Pages

Saturday, November 5, 2011

apa itu LGBT?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Segala puji hanya milik Allah ta'ala, selawat dan salam kepada utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w keluarga dan sahabat-sahabatnya. ...
Di samping umat Islam seluruh dunia sdg sibuk merebut sepuluh hari Zulhijjah,kita juga telah digegarkan dgn isu2 panas di Malaysia yg mana gegarannya juga turut dirasai pelajar2 yg belajar jauh di benua afrika ini. Utk memendekkan kalam krn jap lagi azan Maghrib pun nk berkumandang,sy nk berkongsi sedikit dgn sahabat2 ,ada apa dengan Seksualiti Merdeka yg heboh sekarang ni?
Baik,Seksualiti Merdeka (SM) adalah suatu festival atau program yg bermatlamat utk memperkasakan hak golongan homoseksual: gay,lesbian,biseksual dan transgender(LGBT). Festival ini bakal diadakan di Annaxe Gallery,Cental Market,Kuala Lumpur pada 9-11 November dan 13 November 2011. Tema program ini adalah "Queer without Fear".Tema ini mengetengahkan bagaimana Homophobia dan Transphobia telah menyerang rakyat Malaysia dan ramai LGBT yg telah didiskriminasi.
Bila sy check makna Queer,ertinya dlm bahasa Melayu: abnormal/odd/weird.Makna tema ini,"Jadi ganjil tanpa rasa takut"?

Saya sempat menjengah tentatif program SM,ada forum,talkshow,workshop,book launches,art exhibition dan juga persembahan2. Entrance fee pun berbeza,ada yg RM35.ada yg RM45,,bergantung anda ni 'rainbow massacre' atau 'justice for sisters'....(Ni bukan promosi yer,,la budda kena ambil tahu.Klu nk makan pun kena tahu asal mana dpt mknn tu,jgn tahu makan je)
Tapi,sahabat.Sy peliklah.Sy ada terbaca di Malaysiakini yg sebenarnya program ini telah diadakan sejak 2008,siap dirasmikan oleh anak pemimpin utama Malaysia lagi selain Ambiga Sreenevasan. Then,kenapa baru sekrang ni nk kecoh.Ada yg kata sebab pilihanraya dah nak dekat,so stp parti kena tampil buat kenyataan ttg isu ni..Ada yg kata media yg membesar2kan isu ni,,sama dgn isu murtad.Wallahua3lam,kena kaji lagi ni.

Jadi,skrg kt dh dpt gambran umum ttg program ini.Kt beralih pula ke Sejarah. Tak lengkap sst sblm kta tahu tang mana mai sesuatu benda tu.

Pergerakan menuntut hak utk golongan ini bertitik-tolak dari rasa bersalah tamadun barat terhadap perbuatan mrk masa lampau.. Barat dahulu akn bertindak ganas terhadap golongan yg mereka benci. Dahulu,mrk memerangi golongan gay,menindas dan membunuh mrk.Bkn golongn ini shj yg dibenci,malah golongan Yahudi juga mjadi objek penindasan merka.Cuma,sekarang ni setelah Revolusi Islam Iran dan peristiwa 9/11,mereka telah menukar 2 golongn ini kpd Islam. Jadi,utk menutup kejahatan mereka,dan membuatkan mrk kelihatan suci dan murni di mata dunia,mereka iktiraf LGBT,malah tlh menhalalkan perkahwinan bg jantina sejenis!!!

Namun,Islam tak mcm tu.Islam adalah agama yg toleransi dan tidak mempersoalkan hak asasi sesiapa pun,apatah lagi memerangi mereka selagi mrk tidak melakukannya secara terang-terangan.
“Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam…..”  [3:159]

Islam tidak bersetuju dgn homoseksualiti tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu.Kita tidak boleh menindas,memerangi mrk apatah lagi membunuh mereka.Tugas kita ialah membimbing mrk,menarik mrk dari terus tersasar.Jika kita memulau golongan ini,ini yg menyebabkan mrk memberontak.Islam tak lakukan apa yg barat pernah buat sblm ni.

Saya baca penulisan Ustaz Zaharuddin ttg isu ni,dan beliau amat membantah.Beliau menyifatkan org yg menyokong program ini sebagai "pentingkan diri' kerana hnya memikirkan ttg kebebsan seksual tanpa memikirkan kesan negatif terhadap masyarakat. Islam telah menggariskan syariat perkahwinan krn apa.Kerana utk menjaga kesucian keturunan, Nanti taklah macam filem2 Korea,barat yg kt tengok skrg ni,,,penat berkahwin,bercinta bagai nak rak.Rupa2nya,terkahwin abang sendiri,rupa2nya adik sendiri.

Jadi akhir kata,,Islam amat menghormati kebebasan berfikir,menyuarakan pandangan.Tetapi semuanya hendaklah dalam kerangka yg dibenarkan dan  yg penting tidak bertentangan dgn fitrah kejadian manusia.


Jika ada kesalahan apa2,mohon sama2 berdiskus,dgn komen atau terus pm dgn sy.Sama2 menuntut ilmu dan memberi pandangan,InsyaAllah.

p/sSelamat hari raya aidil Adha,,kullu am wa antum bikheir! Semoga amalam kt diterima Allah.Sama2lah kita berdoa agar Umat Islam kmbali kpd agama yg sebenar,,ameen.

2 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com