Pages

Wednesday, November 2, 2011

Tawassul? Boleh ke?

Bismillah,,

Alhamdulillah,sgl syukur dan pujian hnya utk Allah,tuhan sekelian alam.Tiada daun yg jatuh tanpa Dia ketahui. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yg bersusah-payah memastikan kt dpt merasai kemanisan iman dan Islam.Serta sahabat2 nabi yg meneruskan perjuangan baginda.
Hari Jumaat yg mulia ni bnykkan berselawat.Lebih2 lagi hari ni 1 Zulhijjah.Kita dianjurkan berpuasa.Kata sheikh,jgn kita niatkan puasa hari ni Jumaat,tp qasadkan pd 1zulhijjah.


Baik,pagi ni kta nak sembang2 sikit ttg Tawassul.Sahabat tahu tak tawassul tu apa? Post kali ni tidaklah akan mbincgkan Tawassul scr mendalam dan cukuplah sekadar maklumat Am.Bagi sesiapa yg takhassus dlm bab ni,mgkin post ini tidak menjanjikan apa2 ilmu baru buat anda.Ttp,jika ada sebarang kesalahan,segera maklumkan pd saya!


Tawassul menurut bahasa berasal dari bahasa Arab iaitu: ثني ول yang berarti mendekatkan diri dgn menggunakan wasilah. Jadi  Doa yang memakai tawassul adalah memohon kepada Allah  dengan perantaraan sesuatu. Sedangkan  sesuatu yang di pakai perantara itu disebut dengan wasilah.Tawassul dan istighatsah adalah amalan para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Tidak ada ulama Sunni yang menentang amalan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin, sama ada sewaktu hayat mereka maupun setelah wafat. Yang menentang hanyalah mereka yang suka benar sendiri dan menghukum orang lain sebagai sesat, bid'ah dan sebagainya.

Terdapat banyak ayat dan hadith yang menunjukkan bahawa Tawassul itu dituntut di dalam ajaran Islam, di antaranya:

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu" (alA3raf.180)

Di dalam Al Qur'an Al Karim terdapat banyak isyarat yang menunjukkan bahawa Tawassul itu dituntut di antaranya: surah Al Fatihah.

Surah ini jika kita mempelajarinya secara mendalam nampak jelas bahawa Tawassul itu telah dipraktikkan di dalam surah ini, pertama dilihat pada ayat yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima adalah pada hakikatnya Tawassul dan ayat-ayat tersebut merupakan wasilah yang dikemukakan sebelum berdoa kepada Allah S.W.T. iaitu pada ayat yang keenam dan akhirnya.


Baik,kini pergi ke masalah yg berkaitan dgn Tawassul. 
1) Bolehkan kita bertawassul dan beristighasah dengan para anbiya' dan awliya' yang telah wafat? Tapi kenapa S.Umar r.a bertawassul dgn S.Abbas,pak cik Nabi dan bukan dgn Nabi MUhammad s.a.w sendiri?
J: Telah menjawab para ulama : Adapun tawassul Sayyidina 'Umar r.a. dengan Sayyidina 'Abbas r.a. bukanlah dalil yang menunjukkan ketidakharusan bertawassul dengan orang yang telah wafat meninggal dunia. Bahawasanya tawassul Sayyidina 'Umar dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah untuk menjelaskan kepada manusia bahawa tawassul dengan selain Junjungan Nabi s.a.w. adalah harus yakni boleh (jaiz) dan tidak apa-apa (yakni tidak berdosa). Dan dikhas bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. daripada sekalian sahabat adalah untuk menzahirkan kemuliaan keluarga Junjungan Rasulullah s.a.w.

2) Tawassul apa yg syar3ie dan dibenarkan?
J: 1) Dengan nama2 Allah dan sifat2Nya
2) Dengan amalan yang baik yang dilakukan oleh orang yang berdoa/bertawassul.
3)Dengan doa orang-orang yang soleh. 




“ …… sesungguhnya Allah hanya menerima (pengabdian) dari orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al- Maidah : 27)

Jadi sahabat,,seelok2nya apbila hendak memohon sesuatu kpd Allah,mohonlah dgn memakai perantara  orang-orang yang dekat kepada Allah, para Nabi, Waliyullah, Ulama, dan Orang-orang yang Solih; Sebab merekalah orang-orang yang paling berhak memperoleh kenikmatan dari Allah dan permohonannya selalu dikabulkan.

3) Bagaimana nak bertawassul?
Ada 2 bentuk. Yang pertama ialah bertawassul dgn orang lain spt:
a). Meminta tolong kepada orang lain agar orang itu     memohonkan     sesuatu yang kita kehendaki kepada Allah.
b)b.) Memohon kepada Allah dengan perantara keagungan darjat  orang lain di sisi Allah. Misalnya membaca Selawat Badar.

Yang kedua,Tawassul dengan amal kebaikan. Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadts riwayat Bukhari dan Muslim.Mahfumnya spt berikut berikut : “ Ada tiga orang tertidur di dalam gua, gua tersebut lalu pintunya tertutup. Dengan Tawassul amal kebaikannya orang bertiga tersebut, ternyata dalam waktu singkat doanya terkabul dan pintu gua pun terbuka. ( Hadts ini termaktub juga dalam kitab syarah Hadits Dalilul Falihin Juz I, hal. 71 – 77 )


4) Tawassul ada menggunakan lafaz2 tertentu ke?
J: 1.    Rasulullah pernah tawassul dengan hak Sa iliin (pemohon kepada Allah) dan hak perjalanan beliau sendiri. iaitu beliau berdoa :

اَلّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِحَقِّ السَّا ئِلِيْنَ لَكَ أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مَمْشَايَ هَذَا إِلَيْكَ
(رواه أحمد وغيره)  
“ Ya Allah kami memohon kepadaMu dengan tawassul pada hak para pemohon kepadaMu dan hak perjalanan kami ini…..”. (HR. Ahmad, Baihaqi, Thabrani ).

2)Beliau mendoakan pada jenazah Ummu Fathimah dan tawassul dengan para Nabi sebelum beliau,
إِغْفِرْ ِلأُمَّ فَاِطمَةِ بِنْتِ أَسَدٍ وَوَسِّعْ عَلَيْهَا مَدْخَلَهَا بِحَقِّ نَبِيِّكَ وَاْلأِ نْبِيَاءِ اّلَذِيْنَ مِنْ قَبْلِي
(رواه الطبراني وصححه إبن حبّان)  
 “ Ampunilah (dosa) Ummu Fathimah binti Asad dan luaskanlah tempatnya, dengan tawassul pada Nabi-Mu dan para Nabi sebelum aku “. ( Riwayat Ath-Thabrani, dan dinyatakan Sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, dari Anas bin Malik )

3)Sahabat Umar pernah tawassul dengan Sayidina Abbas. Sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari :
إِنَّ عُمَرَاْبنَ الْخَطَّاب كَانَ إِذَا قحَطْوَا إِسْتَسْقَى بِاْلعَبَّاسِ بن عبدِ المُطَّلِب، فَقَالَ :
 اَلّلهُمَّ كُناَّ نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا وإنَا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ بِنَبِيِّنَا فَاسْقِنَا – فَيَسْقَوْنَ
(رواه البخاري)
“ Sesungguhnya Umar bin Khathab bila terjadi kemarau panjang memohon hujan dengan tawassul pada Saidina Abbas bin Abdul Mutholib dan doanya : Ya Allah, kami memohon kepadaMu dengan tawassul pada Nabi kami maka turunkanlah hujan dan tawassul dengan pak cik Nabi kami maka, turunkanlah hujan. Maka hujan pun turun dengan deras “. (HR. Bukhari ).

3) Selawat Badar adalah merupakan tawassul dgn para syuhada perang Badar.

:::Jadi,konklusinya tawassul dapat dlakukan dengan orang-orang yang dekat pada Allah, baik masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia.Nabi pun pernah bersabda,

َاْلأَ نْبِيَاءُ أَحْيَاءٌ فِى قُبُوْرِهِمْ يُصَلُّوْنَ (رواه البيهقى)
“ Para Nabi adalah masih tetap hidup di kubur mereka dan melakukan shalat “.
(Riwayat Al-Baihaqi)

Allah pun berfirman,

“ Dan janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang mati di jalan Allah itu mati, melainkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan memperoleh rezeki “.
(QS. Ali Imran : 169 )

Tetapi,ingat sahabat,,,Tawassul boleh berubah menjadi Syirk apabila orang yang bertawassul itu menyimpang daripada ajaran Islam dengan berkeyakinan bahawa wasail yang dikemukakan itu dapat memberi kesan terhadap permintaannya. Atau dia bertawassul dengan hal-hal yang tidak diizinkan oleh ajaran Islam.

Umat Islam sudah semakin jauh,menyimpang dari hadaf asal Allah mencipta manusia.Marilah sama2 kita berdoa agar Islam dpt kembali bertakhta dalam hati ummah. Jika anda yg selesai mbaca post ni,pasti anda dpt serba sedikit kesedaran.Sebar2kanlah ilmu,,agar ramai yg tak tersalah faham antara Tawassul dan Syirk...wallahua3lam.

Sumber maklumat:
1)BahasTawassul
2)Blog hamba Allah
3)Perbincangan sahabat2 ARB di page FB-AISA

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com