BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wah,,,,gambar apa ni?
Ha,,inilah ayam golek,,,pertama di rumah saya,,Qasr Nuha tercinta. Ketidakstabilan ekonomi Mesir ditambah lagi dgn mogok sesetengah pihak barangkali menyebabkan kekurangn bekalan gas,,,dan bayangkan tong gas tu dlu charge utk isian penuh cuma LE5,sekarang meningkat ke LE40 ! Memang mencabar tugas sbg seorg ketua rumah ni(
Nak sediakan ayam je 5 minit,,nak bako lain cerita.
Bahan2 perap
- madu hitam
- garam
- jintan
- bawang putih
- serai
- halia
- black pepper
Masa cucuk ayam utk digolekkan di dlm oven Ridwan oDeil,,lumurkan butter sikit. Alas ayam tu dgn dulang yg dipenuhi kentang dan tomato yang dipotong dadu bersalut air perapan ayam tadi.
Bila ayam mula dibakar,pastikan air ayam tu jatuh meresap ke dalam kentang,,haha.
Almuhim,suhu hampir 200'C selama 45minit,ikutlah setakat mana yg kita mahu ayam tu masak.
Warning!!
Then,klu nk tahu,mggu depannya sy masak utk breakfast,sy gne resepi perap ayam tu sy olah utk buat mee kerang.Syukran kepada yg sponsor kerang,memang besar2 kerang Dumyat ni! Saya juga telah bakar kerang2 tersebut menggunakan resepi yang sama.
Konklusinya,,bila kita kreatif dan inovatif,satu resepi yg ringkas dan mudah blh diolah utk menghasilkan 3 resepi yg pelbagai ! Yang penting kena pandai main gula garam. Mudah je masak ni..Hehe
Ok,la sebagai renungan:
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
No comments:
Post a Comment