♥ *ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم*♥
Isu Syria hangat dibincangkan,,dari mulut ke mulut. Lebih2 lagi apabila saudara seakidah diperlakukan dengan zalim,kanak2 disembelih dsbnya. Namun,adakah hnya kata2 sahaja yg mampu diungkapkan?Caknakah kita sebenarnya dgn masalah yg dihadapi mereka?Atau kt hnya sekadar mampu menutup mata kengerian apabila menonton video di utube ttg kekejaman rejim Basyar al Asad,kemudian slps puluhan video kita tonton,apabila semangat JIHAD mulai melonjak2 kemudian luntur,,tiada apa2 hasil seperti minuman bergas yg dibuka,gasnya terhambur keluar namun setelah beberapa ketika turun kembali. Nasib ummah di Syria masih sama,,namun ada antara kita yg tersalah menyalurkan semangatnya,,tersalah saluran. Menghentam para Ulamak,waris nabi dgn pelbagai tohmahan pencacai,tali barut,,,Ya Allah.
Perbezaan pndpt antara Dr Yusof alQaradawi dan Dr al-Bouty telah menyebabkan ramai tersalah langkah bukankah Nabi telah berkata ikhtilaf ummati rahmah,,siapa kita untuk menunding siapa benar siapa salah. Mereka adalah Ulmak yg ternyata mempunyai keahlian dalam berijtihad.Kita yang masih baru nak menyelak kitab2 turath usahlah mendabik dada,memenuhi mulut dgn caci nista.Siapakah kita utk menghentam mereka,menghukum mereka.
Pakar tarikh islami,Dr Abd Maqsoud Basha berkata ttg pendirian dr Muhammad Said Ramadhan al-bouty yg dikatakan memihak kpd kerajaan basyar asad,Dr Yusof mahukan kejatuhan kerajaan basyar dgn lebih cepat supaya kezaliman dpt dihapuskan secara drastik,seperti mana dr Yusof mahukan kerajaan mesir dulu tumbang dgn segera lalu menyeru rakyat keluar,manakala pendirian dr Bouty pula mahu menyelamatkan nyawa rakyat Syria yg dalm sehari ratusan meninggal dan dlm masa yg sama mengislahkan kerajaan. Dr Basha berkata ini adalah ikhtilaf dikalangan mujtahid wa ikhtilaf ummati rahmah..tidak layak utk kita menghukum siapa yg betul dan salah.
Syeikh Ramadan al-Buti bersetuju bahawa kita wajib menegur pemimpin zalim... itu beliau tak nafikan... apa yg khilaf di sini hanya cara bagaimna nk tegur... mungkin beliau dah berijtihad sedaya upaya beliau dengan segala ilmu yg Allah berikan kepada beliau, dan akhirnya natijah ijtihad beliau mcm tu... Namun,bukan hak kita untuk menghukum beliau.Beliau seorang yg pakar dlm ilmu sirah.(ulamak Fikh Sirah yg sy segani,,huhu.Sedih bila dgr dia diperburukkan!!)
Kata Syeikh Abdul Halim Mahmud : Kalau kita nampak 2 ekor gajah bergaduh, jangan duk dekat, tengok je dr jauh...
Begitulah khilaf antara ulama, jangan kita berani nk maki mana2.. kalu xsetuju cakap x setuju... tp hormat ttp hormat...
Tadi baru Sheikh Ahmad mbincangkan syarah Sahih Bukhari,,,kata ulmak "Diam itu selamat". Ambil pengajaran,faham dan hormat ijtihad ulamak.Diam,xpayah pandai2 nk buat fatwa sendiri. Tiba2 teringt kisah S.Ali dan S.Muawiyah,,,
Yg penting kita ingat betul kata2 al-imam ibn Hajar al-Haitami: "Sesiapa yg lidahnya mengeluarkan kata2 yg buruk terhadap ulama', Allah akan mematikan hatinya.."
dan kata al-imam ibn 'asakir:
أَنَّ لُحُومَ الْعُلَمَاءِ مَسْمُومَةٌ!
No comments:
Post a Comment