Pages

Friday, April 20, 2012

ilusi belako,,

                                                             ♥ *ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم*♥
 

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang tidak pernah berpaling dari hambaNya yg mana hampir setiap saat terus leka dgn ilusi dunia ,tenggelam dlm lautan nafsu.Dia jualah yg menghancur dan menghapuskan ciptaanNya stlh sampai pada waktunya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad s.a.w yg telah melafazkan kalimah rindu baginda kepada kita umat akhir zaman lebih seribu empat ratus tahun yg dahulu. Dan kerana tarbiah bagindalah ,kalam baginda yang tidaklah dilafazkan dengan nafsu melainkan olh wahyu Rabbi,mengajar para sahabat dan seterusnya tabi3 dan tabi3 tabien tuntutan syariaat di mana kelazatannya n kehebatannya dpt diteguk olh kita.Alhamdulillah. Pagi ini suka saya ingin kongsi dengan sahabat sepotong ayat alQuran,,dan bukanlah tafsir topik kita namun kita akan bncgkan sedikit ttg apa hakikat sebnarnya dunia,namun perbincangan yg lebih santai,lebih kpd sembang2 cuma tanpa jajan je..^0^



 Bayangkan anda memasuki satu pertandingan ,lebih kurang mcm ‘Running Man ’ atau ‘Survivor’. Bayangkan kereta mewah apa sahaja yg anda teringin nak bawa,xde siapa halang. Cuma anda dikehendaki berada di destinasi sekian pada hari ketujuh.Yg tak bestnya,utk ke destinasi tersebut anda harus melintasi padang pasir sejauh mata memandang.Duit minyak sendiri tanggung. Tak boleh ditemani siapa2. Tak boleh bawa barang apa2 dari rumah,sbb anda akn berehat di R&R,atau rest area .Haa,di sinilah check point. Di sini anda dikehendaki melengkapkan satu tugasan.Sila berjumpa dgn wakil kami di sana. Bersedia,kerana tugasan dilaporkan mencabar.Namun,hadiah cukup lumayan bukan setakat hamper biskut,tapi wang sara diri seumur hidup ,percutian ke lima benua,,,bla,,,bla,,bla.



Wah,anda dh xfikir kepayahan ,kepanasan padang pasir krn anda seorang yg berpegang dgn prinsip “berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian ,bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian”.

 HARI 1 
Anda sahut cabaran demi tiket percutian,anda pulas kunci kereta,gerakkan enjin,kaki anda ‘bersungguh2’ memijak pedal minyak (klu tidak tak gerakla keta,kan). Anda keluar awal pagi nak elak jam. Terus melintasi highway,terus belok kanan ke simpang ,mematuhi signboard yang menunjukkan destinasi yg dituju.

 HARI 2
 Kereta anda mula meragam,minta diisi,dahaga.Seharian semalam bermandikan cahaya matahari. Bekalan air anda mulai kering,tekak loya.Waktu Zohor sudah masuk.Anda tercari2 dari semalam R&R yg dimaksudkan pihak penganjur.Kereta habis minyak,terpkasa anda keluar dan menolak kereta sendiri,nak tinggalkan tak sanggup sbb masih x abis bayar lagi. Tiba2 ada signboard kecil menunjukkan arah R&R tersebut,anda meneruskan perjalanan.Peluh membasahi tengkuk,mengalir deras spt air hujan. Akhirnya sampailah .Anda turun,berlari ke restoran.Dah tak ingat kereta yg tersidai di bahu jalan.Yang penting tekak anda terisi,nyawa perlu diselamatkan. 5 gelas air anda minum,anda lihat sekeliling,indahnya restoran tersebut.Anda pun mengambil tempat.

 “Alang2 jauh,baik makan,pastu solat,Cari orang yg beri tugasan ,isi minyak ,bertolak” Anda mula merancang.

 Habis makan,anda keluar untuk ke kereta anda.Anda melihat sekeliling,tempat itu mmg indah tak terjangkau dek akal bhw sebenarnya ia terletak jauh di padang pasir.
 Tiba2 wanita cantik menarik anda .”Bang,mailah .Baju abang ni mcm luntur je.Kedai kami ada stok baru,semuanya dari Itali,Paris…diskaun akhir tahun.”
 Satgi sampai lagi seorang amoi,” Aya,abe,,,,,kasut mau koyak,mari2 ada potongan harga.”
Anda berfikir,nanti klu menang hadiah nnti,mesti nk bergambar,wartawan serbu nk buat liputan ,,bau busuk pula aku.” Ha,anda pun meluangkan masa ikut wanita2 tu tadi.

 Hari dah malam…anda singgah berehat di motel.. Keesokannya,anda bertekad utk meneruskan perjalanan,anda terpaku dgn keindahan panorama,terbitnya matahari,,,anda pun singgah berehat menikmati sarapan di tepi tasik.Anda leka,,,”Sayangnya nk tinggal tempat ni.Arghh,buat apa bertolak sekarang.Lambat lagi,masa bnyak.Hari ni hari ke3,Ada 4 hari lagi,esok lah aku bertolak…” Begitulah seterusnya,hari-hari terus berlalu,saat,minit,jam berlalu tanpa anda sedari krn asyik dgn layanan pekerja R&R yg peramah. Anda terlupa tugasan dari pihak penganjur..


HARI 7
 Anda terbangun pagi itu apabila pihak penganjur menghubungi anda. Anda masih berselimut lagi ,masih berguling2 di atas tilam empuk. Anda bergegas keluar,namun pengurus motel menyentap bahu anda,,,”Mau lari kaa?” “Ni bil encik!”
 “Allah!”
 Anda hmpir pengsan melihat jumlahnya.Sgl kesenangan dan kelazatan yg anda nikmati anda fikirkan percuma,kerana dijanjikan begitu,namun itu cumalah dusta belaka. Segala kesenangan itu ilusi belaka. Duit anda habis,hutang tak dapat dibayar.Anda bergegas ke kereta,niat di hati mahu meneruskan perjalanan,Minyak masih tak terisi. Anda terduduk,terkulai.Sesal tak berguna.Pertandingan tamat begitu.

 Nampak tak apa yg hendak sy cuba sampaikan?

Itulah hakikat dunia,ilusi belaka.Benarlah apabila Maulana Jami menukilkan bhw ‘segalanya di dunia ini adalah deria2 dan ilusi2 .Ia adalh refleksi di depan cermin atau bayang2’ .

 Cuba,anda aplikasikan kisah tadi dengan kehidupan yg sdg kita lalui sekarang. Kita keluar dari rumah yg saya ibaratkan sama seperti alam roh..keluar dari kegelapan rahim ibu. Keluarnya kita tanpa Seurat benang,tanpa bekalan apa2.Allah kata kita jumpa di destinasi sekian pada waktu yg tlh ditetapkan.Sahabat sedar tak destinasi apakah itu? Itulah Mahsyar,sahabat.Ya,Mahsyar,tempat diperbentangkan sgl amal ibadat kita. Allah berfirman,,,

{Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya * maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah * maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah * dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira * Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang * maka dia akan berteriak: "Celakalah aku."* Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka) * } (84:7-12)

Kisah sebentar tadi ,apabila sampai di R&R atau check point,anda dikehendaki melengkapkan tugasan.Samalah dgn hakikat kita dilahirkan. Apa sebab Allah jadikan kita? Allah berfirman,

 { Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku} 51:56
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.} 2:30
{Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya} 11:61

Sahabat, Tidaklah Allah menjadikan kita sia2,,Malah,diutuskan Rasul untuk menyampaikan syariat,membantu kita,menyedarkan kita.Tidaklah pihak penganjur menyuruh kita ke check point sekadar untuk melepaskan lelah,dahaga.Malah ada tugasan yg diberikan,bila kita lupa dan lalai,,akibatnya kita yg tanggung.
Tujuan utama apabila singgah di R&R,adalah sepatutnya menyediakan bekalan secukupnya,isi minyak,perut.
{Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa} 2:197


Dunia adalah tempat persinggahan atau R&R,,bersifat sementara namun ramai antara kita terleka krn R&R ini telah dihiasi dgn segla kemewahan..

{Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.}
 2:212

 Masa kanak2 kita dihabiskan dgn main masak2,panjat pokok,,,sedangkan Imam Syafi’e ketika 7 tahun dah menghafaz alQuran,umur 10 tahun menghafal kitab Hadith 'alMuwatto' ' karangan Imam Malik dan umur 15 tahun tlh diizinkan memberi fatwa.
Penyair Arab alMutanabbi kehebatannya bersyair tersingkap ketika umur beliau 8 tahun. Tidaklah kita memaksa diri utk begitu,Cuma sy kesal dgn kebanyakan ibu bapa yg tersalah menghidangkan tarbiah kepada anak2 yg lebih bersifat duniawi,leka dengan hiburan,filem2 hantu,permainan video.Didikan agama diletakkan seratus-peratus di bahu guru.



 Pendidikan sejak usia kecil amat berkesan sebagaimana kata bijak-pandai:
                              ‘Pembelajaran ketika kecil seperti ukiran di atas batu’

 Masa terus berlalu,,,melanjutkan pelajaran ke universiti,mendalami segala pemikiran barat .Segala teori -isme dihadam,,Pemikiran Islam kurang diteliti .Apa yg nak dibawa bekal apabila pulang ke tanah air kelak ?Setelah itu,pekerjaan menyibukkan kita,,seharian mencari wang,Meeting sana,sini.Kerja dakwah kurang,masa bersama mak ayah makin kurang.Hanya SMS pengikat kasih.

 30an,,menamatkan usia bujang,bersama2 yang tercinta. Lupa sgl tggjawab,amanah dan janji dgn Allah di alam roh..terus dibuai.Di hati Cuma dia…masa berlalu,anak2 melengkapi siri kebahagiaan. Mula menambah kekayaan,ye la,bnyk perut untuk diisi. Terus leka.



 Apabila ada yg mengingatkan ttg kematian,ditepis,,,telinga ditutup krn hati ini dilanda wahn,,takut nk meninggalkan dunia yg indah,kerana asyik. Fikir pun,lama lagi masa. Muda belia lagi.


70an,,,kekuatan berkurangan.Pelbagai penyakit melanda. Pasangan hidup kita sudah kembali menghdap Penciptanya. Mulalah kita kelam-kabut menyusun langkah ke bilik air,utk mengambil wuduk,terkial2 mengemaskan ibadah. Sahabat,masa tu dah tak larat. Nak angkat bibir pun tak mampu,apatah nk lagi nk mengangkat tgn bertakbir,kaki pula tak pernah memijak tanah haramNya,,,Dah tua2 baru terigin nak bergelar haji,,,Sahabat, masa tu masih mampukah kita?Siapa yg akn membantu kita.Anak2? Itu pun klu kita didik dia dgn agama sejak kecil,klu tak,,,tercongoklah kita di rumah orang2 tua.

 Dunia ini ibarat mimpi.Ketika tidur,kita blh mimpi seindah2 yg kita mahu,apa2 shj watak blh kita mainkan. Menjadi seorang ahli politik,seorang cendekiawan,saintis.Kita blh melakukan apa shj yg kt impikan,hatta mandi dlm dinar emas sekalipun .Namun,apabila kita terjaga esok hari,tiada apa yg tinggal walau sekeping duit emas..tiada apa..
 Begitulah dunia,kita akan tersedar kelak ketika kita berada di Mahsyar kelak,ketika itu semua yg kita kejar,sgl yg kita kumpul di dunia tidak mampu membantu kita melainkan amal kita,syafaat dari Nabi,,alQuran.Masa tu bila kita tersedar,dh terlambt sahabat.

 Banyak betul masa kita terbuang,,bukanlah saya menggesa sahabat agar 24 jam bertemankan buku.Setiap benda ada masanya.Nabi Muhammad s.a.w pernah menasihatkan sahabat baginda,Hanzolah yg apabila gugurnya di medan perang,beliau dimandikan malaikat.Apa nabi kata,setiap benda ada masa.Ada masa bersama keluarga,ada masa utk pengajian. Pandai2lah kita menyusun masa agar seimbang. Bukankah nabi pernah berkata sebaik2 perkara adalah wasatiyyah. Mulalah merancang sekarang…Jangan tunggu hari ketujuh,,,

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com