Pages

Monday, May 7, 2012

أصوم مستغفرا "الحمد لله "

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada zaman salafussoleh,,,seorang hamba Allah yg terkenal dengan zuhud dan warak sentiasa beibadah kpd  Allah.Namun begitu,beliau tidak melupakan hal dan tanggungjawab dunianya.Beliau mempunyai sebuah kedai yg terletak di pasar.Suatu hari,ketika beliau sedang beribadah di masjid,datang seorang lelaki memberitahu bahawa ada kebakaran sedang berlaku. Deretan kedai hangus terbakar,kecuali kedainya. Hamba Allah itu mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan menyambung kembali ibadahnya. Tiba-tiba terlintas di fikirannya hadis nabi Muhammad s.a.w :

“Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” HR Bukhari.

Beliau menyesal kerana hanya lega dgn nikmat yg Allah beri kpd beliau tanpa memikirkan nasib malang yg menimpa kedai  jiran2 beliau.
Lalu beliau menghukum diri dgn berpuasa selama 40 tahun! Apabila ditanya sebab beliau berpuasa,beliau menjawab,,,” Aku berpuasa krn  mohon ampun dgn ucapanku ‘Alhamdulillah’ .


p/s caknakah kt dgn saudara seakidah kita di sana?

Doakan saya dan kwn2 imtihan!


No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com