Pages

Wednesday, May 2, 2012

alamak,ada uban!!!

بسم الله الرحمن الرحيم




Teringat masa raya dulu2, mak2 sedara slalu buat announcement , “Cepat-cepat,sehelai uban dua puluh sen. “ Pastu mesti saya balas,” Ucu,klu satu singgit baru Nisha cabut!”
Berebut2 sepupu saya menyahut seruan tu, pakat2 tambah duit raya.Tapi saya tak la join.
Tapi,sahabat... 

Rupa-rupanya Nabi Muhammad s.a.w melarang kita cabut uban. Kerana uban adalah cahaya yang akan menerangi kubur kita. Tapi,kita pakat2 cabut. 

Tapi,Nabi tahu mesti dalam kalangan kita yang kurang selesa dgn kehadiran uban. Jadi Nabi menyuruh kita menginai uban  agar tidak sama dgn kaum Yahudi dan Nasrani.Mereka membiarkan uban begitu sahaja.Jadi klu kita nak pahala sunat,inailah uban agar tidak menyerupai Yahudi dan Nasrani.

Inai seperti henna yg berwarna oren atau kuning.Dan Nabi melarang menginai uban dgn warna hitam.Kecuali zaman dahulu,sahabat berinai ktk hendak keluar berperang agar musuh tidak menyangka bhw tentera Islam semuanya tua-tua belaka.Namun skrg ramai ingin berinai hitam agar dpt mengaburi mata org sekelililng bhw dia masih muda belia lagi..Awas,,itu menipu!

Masa berlalu,zaman berubah. Adat juga berubah. Sheikhuna almaulana  Dr.Yusri al Jabr menceritakan dahulu ketika mana beliau mensyarah kitab Syamail Muhammadiyah (keperibadian Rasulullah)  di bab ‘berinai’,,beliau telah menginai janggut beliau. Namun keesokan harinya,ketika di hospital, orang2 disana menyangka beliau berkahwin lagi.Ini kerana adat masyarakat Mesir,org yg kahwin lain akan menginai janggut mrk.Selepas peristiwa itu,Sheikh meninggalkan inai.
Nabi dikhabarkan tidak berinai,kerana uban di kepala Nabi s.a.w berjumlah 2o helai sahaja.Dan baginda beruban krn memikirkan surah2 yang berkaitan Hari Kiamat.Risau baginda dgn keadaan kita.

Kesimpulannya,menginai uban mmg dianjurkan Nabi.Namun Nabi juga menggesa kita agar melihat suasana masyarakt,kita kena rai adat selagi tidak  melanggar perkara wajib/fardu. Yang penting,,,jangan cabut uban!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com