Pages

Tuesday, May 1, 2012

Seindah Makhluk,,s.a.w

♥ *ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم*♥

Allah bukan sahaja mencipta Nabi Muhammad s.a.aw dengan secantik2 akhlak yg digambarkan Saidatina Aisyah dengan alQuran bahkan fizikal Nabi juga telah dicipta Allah dgn secantik2 kejadian. Kecantikan Nabi Muhammad s.a.w tidak dpt dibandingkan dgn sinarnya matahari dan bulan.

 Sheikhuna almaulana Sheikh Yusri Jabr mengatakan bahawa kecantikan secara keseluruhan ada pada Nabi Muhammad s.a.w dan hanya separuh sahaja ada pada diri Nabi Yusuf .Namun mengapa kita selalu dengar hanya kecantikan dinisbahkan kepada Nabi Yusuf,atau bhs mudahnya Nabi yang paling hensem ialah Nabi Yusuf. Sebenarnya SheikhYusri kata kecantikan Nabi Yusuf itu zahir, tapi kecantikan Nabi terlindung krn gah dan hebatnya kecantikan itu. Bayangkan kecantikan yg separuh sahaja pada Nabi Yusuf menyebabkan wanita2 Mesir pada zaman itu terpotong jari di saat Nabi Yusuf lalu,bayangkan kalau Nabi Muhammad yang lalu,dgn kecantikan baginda yg sempurna.Dan kecantikan nabi itu dilindungi dan tidaklah zahir seperti saidina Yusuf krn khuatir sahabat2 tidak dapat belajar atau mendengar nasihat Nabi krn terpegun dgn keindahan kekasih Allah ini. Seprti iklan Sunsilk: tak boleh tumpu.

 Sebab itulah,jika, insyaAllah diberi peluang berjumpa Nabi ketika mimpi,bangun sahaja kita akan menggeletar krn kecantikan Nabi itu amat memegunkan kita.Subhanallah.Bayangkan makhluk sahaja kita tak mampu,,,bayangkan kecantikan Pencipta makhluk itu sendiri.Subhanallah!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com