*ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم*♥
Dalam kt sibuk mencantum serpihan-serpihan “Kesempurnaan Iman”,pasti serpihan Iman yg
setengah tu jg yg mjadi prioriti .Sunnah Nabi
yg itu mudah tp…. besar tggjawabnya dan besar pahalanya jika kt dpt
mlksanakan tggjawab yg digariskan syariaat dgn sebaik mgkin. Sunnah apakah itu?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakn lelaki yang pakar segala macam itulah imam pilihan.
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki kaki talaqi itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Tempoh inilah kita dapat mengetahui bhw sebenarnya fikrah kt dan dia itu sama atau sebaliknya.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada.
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada.
Method berbincang, jika
kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati
ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Bagi saya,jika seseorang lelaki
serius mahukan saya mjadi pasangan hidupnya,berjumpalah dengan orang yang
membesarkan saya sejak kecil. Saya lebih mempercayai ibu bapa saya dlm penilaian kerana mereka orang yang sudah
lama makan asam garam kehidupan. Selain itu,lelaki ini bagi saya berani dan
serius,yg plg penting patuh pd kehendak syariat!
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati atau terjanji ,tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak rajin talaqi pun, jarang gi surau, asalkan dia baik. Dia hormat keluarga dia.Dia sayang saya,hormat , prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
p/s teringat jwpn kwn baik bila sya menceritakan kpd dia yg
hati saya ni tersepit antara 2 lelaki hebat. Msg2 ada kehebatan tersendiri. Sy tanya,” Kalaulah akak tak kahwin lagi,,yg mana
akak pilih?” Jwpan beliau membuatkan
saya terkedu dan terdiam… “Kalau akak,akak biar Allah yg pilih. Kt xpayah minta
lelaki yg mcm ni mcm tu, sbb bila kt hebat Allah pasti memadankan kita yg
hebat! Yg penting jgn putus doa!”
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA
No comments:
Post a Comment