بسم الله الرحمن الرحيم
Benarnya kalam Nabi Muhammad s.a.w tidaklah hanya dibuktikan melalui khabar
ghaib yang telah berlaku.Allah juga telah mewahyukan kepada baginda khabar
ghaib yang belum pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w,,,,,bukan zaman sahabat
bahkan berlaku 9 kurun
slps diberitakan Nabi s.a.w iaitu
Pembukaan Kota Kostantinople pada tahun 1453 oleh seorang pemuda yang hebat
Sultan Muhammad alFateh atau Muhammad II. Mustadrak al Hakim mencatatkan sabda
Nabi s.a.w,,
“Sesungguhnya akan dibuka Constantinople (kini Istanbul) .
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
Namun,kali ini saya nak kenalkan anda dengan seorang pemuda
yang bernama Hassan Ulubate,matinya syahid sewaktu memacakkan panji Uthmaniyah di kubu pertahanan Constantinople.
Hassan bukanlah tentera biasa bahkan dialah pelajar keluaran
madrasah “ أندرون ” ,
antara sekolah yang terhebat pada masa itu,dan lebih menarik lagi,beliau merupakan
rakan Sultan alFateh bersama-sama menuntut ilmu.
Hassan memanjat tembok Istanbul untuk memacakkan panji
Uthmaniyah walaupun tubuhnya tiada seinci pun yang lekang dari panahan dan
luka.Ketika itu,Sultan alFateh di sisi beliau,maka terpancarlah senyuman di
wajah Hassan. Sultan bertanya,kehairanan
:Senyuman apakah di bibirmu wahai Hassan? Maka beliau menjawab, “Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w sedang berjalan di sini…aku
melihat indahnya wajah baginda…..inilah sebab kegembiraanku.”
Baginda s.a.w sesungguhnya
mengkhabarkan ttg pembukaan kota ini 9 kurun yang dulu,,,,dan Baginda s.a.w di hari pembukaan kota Konstantinople berjalan2
mengelilingi tentera Sultan alFateh.
Penulis, Syeikh Muhammad Fathillah
Golan selalu berkata dan menyandarkan kata2 beliau dgn
kisah ini bahawasanya jika dikumpulkan tiga kelompok dengan hati yang ikhlas dan niat yang suci utk berkhidmat
kepada agama,maka nak dapat tidak ruhaniah Rasulullah s.a.w akan bersama2 mereka dan memberkati mereka.
Allahummaja3lna
minhum,,
terjemahan dari kitab anNur Khalid, bab Sifat2
Nabi:Benar,karya Muhammad Fathillah Golan)
p/s terkilannya masa pergi Turki winter hari itu xsempat nak menziarahi makan alFateh,geram betul bila depa xnak bawa,,,,takpelah,mgkin Allah nak bg peluang kedua,hehe. Allahmusta3an .
No comments:
Post a Comment