Pages

Monday, June 11, 2012

Ummi Hiraam - Pasangan Armada Pertama Islam

بسم الله الرحمن الرحيم




Pasangan Armada Pertama Islam

Ummu Hiraam binti Milhan merupakan ibu saudara susuan nabi mengikut sesetengah riwayat.Nabi Muhammad s.a.w sering menziarahi beliau dan berehat di rumah beliau.
Suatu hari,Nabi sedang berehat di rumah Ummi Hiraam.Beliau kemudiannya terbangun sambil tersenyum. Maka,bertanya Ummu Hiraam sebab baginda tersenyum
Lalu Nabi s.a.w menjawab : ((Sudah ditunjukkan kepada aku suatu golongan dari umatku meredah lautan hijau bagaikan raja-raja di atas takhtanya.

Ummu Hiraam menyuruh baginda s.a.w mendoakan agar beliau  termasuk dalam golongan itu.Maka Nabi s.a.w pun mendoakan beliau ,kemudian tidur untuk kali keduanya.
Setelah Nabi s.a.w terjaga,perbualan di atas berlaku sekali lagi ,dan Ummu Hiraam meminta Nabi mendoakan beliau dgn doa yang sama.Namun,kali ini Nabi berkata : ((Kamu sudah pun memasuki golongan yang pertama.))

Maka,pada pemerintahan Khalifah Saidina Uthman r.a ,Ummu Hiram keluar bersama suami beliau,Ubadah bin asSomit sebagai Armada Islam yang pertama bersama tentera yg dipimpin Muawiyah ke pulau Cyprus.
Tentera Islam mendarat di Pulau Cyprus.Mereka telah diserang oleh penduduk pulau tersebut.Dalam serangan tersebut,Ummu Harami syahid lalu dikebumikan di pulau itu.
Sejak dahulu sehingga sekarang,orang menziarahi makam Ummi Hiraam dan suami beliau di pulau Cyprus. Mengalir air mata mereka saat mendoakan mereka berdua,namun tangisan itu kerana benarnya kata-kata Rasulullah s.a.w  yang mengkhabarkan berita ghaib. Pulau  dan makam dua sahabat Nabi itulah menjadi saksi  bahawasanya kata-kata Nabi s.a.w benar dan tiada siapa pun yang mampu menafikannya.


p/s Ubadah bin asSomit adalah sahabt yang meriwayatkan hadis emas dengan emas,perak dengan perak,sebuah hadis Nabi s.a.w dalam bab Riba.
(terjemahan dari kitab anNur Khalid, bab Sifat2 Nabi:Benar,karya Muhammad Fathillah Golan)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com