بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak lahir lagi kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w seorang yang bercakap benar.Oleh kerana
itulah,berduyun2 manusia memeluk Islam selepas kenabian baginda,,,
Jadi apabila Nabi mengetahui cerita2 ghaib
sama ada yang telah berlaku atau yang akan datang berlaku,semuanya bukanlah
dari idea atau kehendak nafsu semata2 bahkan itulah yang telah diwahyukan oleh
Allah s.w.t.Ini semuanya menjadi bukti kenabian baginda sendiri….benarlah
firman Allah,
“Dia tidaklah berbicara dari hawa
nafsu * melainkan dengan wahyu yang
diwahyukan padanya” (an-Najm : 3-4).
diwahyukan padanya” (an-Najm : 3-4).
Hari ini saya hendak berkongsi dengan
sahabat2 kisah sahabat baginda yang bernama Umair bin Wahb.
Digelar “Syaitan Quraisy”
Itulah jolokan yang diberi penduduk Makkah
kepada sahabat Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau memeluk Islam.Beliaulah Umair
bin Wahb.Namun selepas memeluk Islam,beliau digelar Rahib Islam.
Jadi
ceritanya,suatu hari di
Makkah,Umair duduk bersembang dengan Safwan bin Umayyah dan mereka berdua telah
berpakat agar Umair ke Madinah dan berpura-pura memeluk Islam. Beliau telah
dijanjikan Safwan dengan hadiah unta yg banyak
jika beliau berhasil membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Menyelesaikan misi
Jadi ,Umair menuju ke Madinah.Sesampai beliau
di sana,beliau mengkhabarkan bhw telah memeluk Islam dan ingin membaiah Nabi.
Maka ,sahabat Nabi yang lain besama2 dengan Umair ke Masjid Rasulullah. Namun sahabat2
tidak mempercayai Umair untuk membiarkannya bersama nabi berseorangan .Jadi
,mereka menemani Umair ke masjid dan mengelilingi Nabi.
Nabi menanyakan Umair sebab beliau ke
Madinah.Umair menjawab bhw beliau ingin memeluk Islam.Namun,jawapan itu tidak
diterima baginda,lantas berkata , “ Aku akan beritahu mengapa kau ke sini.”
Baginda pun memberitahu tentang rancangan
sulit antara beliau dengan Safwan di Makkah. Terperinci Nabi memberitahu,tiada
satu isi penting pun yg tertinggal.
Hairan,bingung,terkejut,,,itulah yang
dirasakan Umair ketika itu.Beliau lalu mengumumkan keislaman beliau dan
bersaksi bahwa bagindalah Rasulullah!
Kemudian,beliau berubah menjadi ahli ibadah
yang tekun sehingga digelar “Rahib Islam”
Namun,,siapakah yang memberitahu Rasulullah
tentang apa yg terjadi antara Umair dan Safwan di Makkah??!
Kitab anNur Khalid,Muhd Fathillah Golan
p/s a week more,,
No comments:
Post a Comment