Bismillah,,,
Dialah seorang pemuda yang dahagakan kebenaran. Membesar
sebagai seorang Majusi dari suatu desa bernama Jiyan di wilayah kota
Asfahan,Iran. Hati pemuda Persia ini terbakar kerinduan untuk menemui agama
yang benar.Beliau tertarik dengan agama Nasrani lalu memeluk agama
tersebut.Beliau sering beriktikaf di gereja,hidup bersama-sama dengan rahib agar
agama yang baru itu dapat difahami.Akhirnya,seorang Rahib yang hatinya cintakan
Akhirat semasa menjelang kematiannya sempat menasihati pemuda Persia itu,,
'Hai anakku! Terus - terang saya tidak
menemukan seorang pun di muka bumi ini yang masih berpegang dengan agama kita,
namun waktunya sudah tiba, seorang nabi yang akan membawa agama Nabi Ibrahim
akan muncul di tanah Arab, dia akan berhijrah dari tanah tumpah darahnya ke
daerah yang penuh dengan pohon kurma di antara dua gunung, dia mempunyai tanda
kenabian yang sangat jelas, dia menerima hadiah tapi tidak memakan apa-apa yang
disedekah, di antara bahunya terdapat tanda kenabian. Jika anda dapat menyusul
ke negeri itu, berbuatlah.'
Tidak lama kemudian dia pun meninggal
dunia, pemuda itu pun tinggal di kota Ammuriah untuk beberapa waktu.
Perjalanan antara dua gunung
Ketika rombongan pedagang dari suku
kabilah Arab Kalb melintasi Ammuriah, Pemuda itu berkata kepada mereka,
'Jika kalian sanggup membawa saya ke tanah Arab, saya berikan kepada kalian
sapi dan harta kekayaan saya ini.'
Mereka menjawab, 'Ya, kami sanggup membawa
kamu.'
Pemuda itu pun memberikan sapi dan
kekayaannya kepada mereka dan mereka pun membawanya bersama. Ketika di Wadil
qura, mereka menzalimi pemuda tersebut dan menjualnya kepada seorang yahudi
sebagai hamba.
Suatu ketika, saudara Yahudi tersebut
dari suku Quraizah datang menemuinya, lalu dia membeli dan membawa pemuda
malang itu ke Yatsrib (Madinah). Di sana beliau melihat pohon kurma yang
disebut oleh temannya di Ammuria, dari diskripsi yang disampaikan temannya itu,
beliau amat pasti bahawa inilah kota yang dimaksudkan itu. Maka beliau pun
tinggal brsama tuannya di kota itu.
Ketika itu Nabi saw. sudah mulai
mengajak kaumnya di Mekah untuk masuk Islam, namun pemuda itu tidak mendengar
apa-apa dari kegiatan dakwah Nabi kerana
kesibukan beliau sehari-hari
sebagai seorang hamba.
Sinar Islam
Kemudian, Rasulullah saw. pun berhijrah
ke Yatsrib. Demi Allah ketika pemuda Persia berada di atas sebatang pohon kurma
milik tuannya, sedang menyelesaikan pekerjaannya .Tuan beliau pula duduk
di bawah. Seorang saudaranya datang dan mengatakan kepadanya,
'Celaka besar ke atas
bani Qailah, mereka sekarang sedang berkumpul di Quba’, menunggu seorang lelaki
dari Mekah yang datang hari ini yang
mendakwa dirinya sebagai seorang nabi!'
Pemuda itu menggeletar apabila terdengar
perbualan mereka, sehingga dia bimbang akan jatuh ke atas tuannya. Dia segera
turun dari pohon kurma tersebut lalu berkata kepada tetamu itu,
'Apa yang anda katakan
sebentar tadi? Tolong ulangi!'
Tuannya marah dan memukulnya lalu berkata,'Urusan
apa kamu dengan berita itu? Kembali teruskan pekerjaanmu!'
Menguji kebenaran kata-kata Rahib
Pada sebelah petangnya, pemuda itu mengambil
sedikit kurma yang telah dikumpulkan sebelumnya, lalu berangkat ke Quba’.
Ketika itu dia mengatakan kepada Rasulullah,
'Saya mendengar bahwa Anda adalah orang saleh, datang bersama teman-teman dari
jauh memerlukan sesuatu. Di tangan saya ada sedikit sedekah, nampaknya kamu lebih
berhak menerimanya.'
Didekatkan kurma itu kepada mereka.
Rasulullah saw. mengatakan kepada para Sahabat, 'Makanlah'. Sedangkan baginda
sendiri tidak memakannya. Pemuda itu
mengatakan dalam hati, 'Ini dia satu tanda kenabiannya.'
Kemudian pemuda itu kembali ke rumah
dan mengambil beberapa buah kurma, ketika Nabi saw. berangkat dari Quba' ke
Madinah, dia mendatanginya dan mengatakan kepadanya,
'Nampaknya Anda tidak
memakan sedekah, ini ada sedikit hadiah saya bawa sebagai penghormatan kepada
Anda.'
Rasulullah pun memakannya dan menyuruh
sahabat untuk turut memakannya, lalu mereka makan bersama-sama.
Dalam hati pemuda itu berkata, 'Ini dia
tanda kenabian kedua'
Ketika Nabi berada di Baqi’ Gharqad,
ingin mengebumikan seorang sahabat, pemuda itu mendatangi baginda dan melihat baginda sedang duduk memakai dua
selendang. Pemuda itu mengucapkan salam kepada baginda, kemudian berjalan
berputar mengelilingi baginda s.a.w untuk melihat tubuh belakang baginda, untuk melihat tanda kenabian yang diceritakan
Rahib.
Setelah Nabi melihat bahwa pemuda itu asyik memerhatikan belakang baginda,
Maka tahulah baginda akan tujuan pemuda itu, lalu baginda mengangkat selendangnya .Oleh itu pemuda itu
dapat melihat dengan yakin tanda kenabian tersebut ,lalu dia memeluk dan
mencium baginda sambil menangis.
Melihat hal itu Rasulullah saw. berkata,
'Beralihlah' Pemuda itu pun beralih dan duduk di hadapan Baginda s.a.w ,lalu
menceritakan kisah beliau .Baginda sangat kagum dan beliau menginginkan agar diperdengarkan
kepada para sahabat r.a.
Pemuda yang dahagakan kebenaran.Itulah Salman
alFarisi .Seorang sahabat yang sangat
mulia.Sempat menjadi gabenor di zaman
khulafa’ Rasyidin di beberapa negeri. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau.
Kitab anNur Khalid,Muhd Fathillah Golan
No comments:
Post a Comment