Pages

Friday, June 8, 2012

Saidina Uthman,pemuda yg dihormati malaikat

Bismillah...


Fawaid Jilsah bersama Murabbina Sheikh Yusri Jabr alHasani | 17 Rejab 1433 | Kitab Sunan Ibn Majah | Bab Fadhoil Sahabat2 Nabi.

~ Sayyidina Uthman RA berkahwin puteri Nabi bernama Sayyidah Ruqoyyah RA, kemudian setelah Sayyidah Ruqoyyah wafat beliau berkahwin pula dengan puteri Nabi bernama Ummu Kalthum, kemudian Ummu Khalthum pula wafat. Kata Nabi Muhammad SAW: "Jika aku ada seorang lagi puteri, maka aku akan kahwinkan denganmu"

~ Sayyidina Uthman RA dibunuh ketika membaca alQuran dalam keadaan berpuasa. Sebelumnya beliau telah bermimpi Rasulullah SAW mengajak beliau berbuka puasa bersama-sama.

~ Sayyidina Ali ibn Abi Tolib adalah yg pertama memeluk Islam dari golongan kanak2. Beliau berkahwin dengan puteri baginda Sayyidah Fatimah RA.

~ Sayyidina Nabi Harun wafat sebelum Sayyidina Musa wafat. Rasulullah mengibaratkan kedudukan Sayyidina Ali di sisi baginda adalah seperti kedudukan Nabi Harun di sisi Nabi Musa.

~ Hadis-hadis Nabi SAW hendaklah difahami dengan melihat kepada sebab wurudnya juga, bukan sekadar difahami dengan zohir lafaz hadis.

~ Jika benar Syiah mencintai dan mengikut Sayyidina Ali maka mereka perlu dan mesti cinta dan setuju dengan Sayyidina Abu Bakr, Umar, dan Uthman kerana Sayyidina Ali sendiri memberi bai'ah kepada ketiga-tiga khalifah tersebut.Khulasoh: Syiah silap dlm memahami hadis-hadis kelebihan Sayyidina Ali hingga menyebabkan mereka melampau2 dlm menyanjung sehingga menghina sahabat2 lainnya.

~ Penggunaan hadis Dhoif diharuskan dalam meriwayatkan manaqib(kisah hidup/biodata) para sahabat.

~ Sheikh berpesan, jika menyampaikan cerita mengenai para sahabat kepada masyarakat, maka perlu berhati-hati jangan sampai menyemai rasa kurang senang terhadap sahabat dlm jiwa masyarakat. Para sahabat yg ada berselisih pendapat, mereka berselisih dlm keadaan menjaga beradab. Keputusan mereka adalah berasaskan ijtihad bukan dgn hawa nafsu.

Wallahu a'lam. 


p/s Alhamdulillah,blk  kelas td baru smgt nk menulis sbb hari ni Alhmdulillah faham apa yg hndk Sheikh sampaikan,tapi tadi Housemate share status seorg murid sheikh juga,Hehe,alang2 tu share jg r di blog,mengalir juga ilmu n pahala. Klu terbaca,minta halal ye,,, 


Lagi 12 hari,,,setiap kali lelap mata,mesti mimpi family,,adoiii,

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com