Bismillah..
(Perhatian,post yg bakal anda baca adalah tersangat panjang.Tapi,menarik kerana saya yang menulisnya ,,haha^0^, Siapa yang mata cepat lenguh,baik bergerak ke post lain.Tetapi,sesiapa yang berminat untuk berkongsi future planning dgn saya,bolehlah jump ke section yg akhir sekali,,,mungkin ada idea bernas yg dpt dkongsi....niat krn Allah.Baca baru hukum!)
Siapa kata kalau kita further study dalam bidang agama kita
akan jadi ustazah?
Siapa kata kalau kita minat pengajian Islam kita akan jadi
ustazah?
Siapa kata kalau kita futher study di Mesir,al-Azhar lagi
kita akan jadi ustazah?
Siapa kata kalau kita melazimi talaqqi dan para masyayikh
kita akan jadi ustazah?
Siapa kata? Siapa ‘siapa’ tu?
Itulah mentaliti am masyarakat…tak kurang juga orang yg professional
pun kadang-kadang sering berfikir sedemikian.Mengapa? Adakah seseorang yang
menceburi bidang agama,pekerjaannya sudah tentu ustaz,ustazah,pendakwah bebas,imam.
Seolah-olah ia telah ditetapkan dan diputuskan oleh sesebuah institusi .
Maka,secara tak langsung para pelajar bidang agama akan mempunyai mindset
bahawa kelak mereka pun akan terikat dengan bidang yg sama!
Apa yang cuba saya terangkan ialah bila kita duduk dalam
masyarakat yg berfikiran ‘tidak jauh’ seperti ini,kita juga seperti mereka.
Jadi kita kena cuba keluar,bergaullah dengan pelbagai lapisan
masyarakat.Alhamdulillah,saya diberi peluang melanjutkan pelajaran di Mesir.
Itu pun bila ada kawan Mak dengar,terus dia kata, “Ooo,jadi ustazah la ni.”
Di sini,saya
telah melazimi beberapa orang guru,bertalaqqi,mendapatkan tarbiah dari mereka,cuba
melazimi sunnah baginda s.a.w . Sahabat nak tahu siapa mereka. Di masa lapang
mereka mengajar insan-insan yang dahagakan ilmu-ilmu agama dan tidak lokek memberikan nasihat.Di waktu
siang mereka bekerja,memenuhi tuntutan duniawi. Guru saya maulana Sheikh Ahmad
alHajain,pegawai di sebuah bank Islam.Guru saya yang lain,Sheikh Yusri
alJabr,seorang doktor bedah. Kedua-dua mereka mengambil bidang agama,belajar di
al-Azhar.
Jadi tak
semestinya bila kita belajar bidang agama kita akan jadi ustaz. Boleh juga menceburi
bidang professional,tapi yang penting ilmu agama yang kita pelajari kita
sebarkan.Jangan sesekali menyempitkan fikiran.
Tidaklah
sesekali saya menolak kepentingan profession seorang guru,pekdakwah,ustaz.Kita ada
tugas masing-masing. Orang yang telah ditaklifkan untuk menjadi pendakwah sepenuh masa ini adalah kerana Allah telah memberikan mereka suatu anugerah yang luar biasa. Kata-kata mereka mampu menggerakkan orang yang sedang lena dan syaghal dengan dunia. Kata-kata mereka ibarat panah yang bisa menusuk hati-hati orang yang lalai.
Saya tidak suka pemikiran sekularisme ini menggigit
pemikiran kita secara halus.Bidang agama jangan sesekali dicampur dengan bidang professional. seperti kedoktoran,perguaman,kejuruteraan. Padahal agama Islam adalah luas,mencakupi pelbagai aspek.Lupakah kita siapa pioneer kepada segala ilmu bagi bidang yang dikatakan professional ini?? Ibnu Sina,alRazi,alFarabi,Ibn Khaldun dll.
Sehinggakan jika ada antara anak-anak
kita,adik-beradik kita yang apabila menyuarakan hasrat untuk mendalami ilmu
agama,atau ingin menjadi tahfiz masalan,ibu bapa terus menolak.Persoalan yang sering
diketengahakan,, “Nak makan apa?!” “Nak sara keluarga guna apa?” Semasa saya dipanggil untuk sesi pemanggilan melanjutkan pelajaran ke Jordan,beberapa tahun yang lepas.Pengajian yang saya bakal ambil ialah Bahasa arab.Ada seorang bapa bertanya, "Nanti nak kerja apa?" Saya tak marah kerana ini menunjukkan bapa itu seorang yg concern dengan anaknya,cuma percayalah siapa yang tolong agama Allah,pasti Allah menolongnya.Cuma sabar atau lambat,,,menguji kesabaran kita.
Begitu
banyak pendakwah dan penceramah membanjiri negara kita.Mencurahkan ilmu,cuba
memahami masyarakat dengan pelbagai persoalan agama.Menarik masyarakat dari
terus hanyut. Rata-rata mereka ini apabila diundang untuk berceramah,mengajar,,seribu
ringgit itu sudah pasti.Adakah ada lagi ibu bapa yang masih takut anak-anak mereka
yang menceburi bidang agama tak cukup makan?
Jika kita
ambil bidang agama,usuluddin,syariah,bahasa Arab,,,pekerjaan yang akan membantu
kita untuk terus hidup pelbagai.Jangan sempitkan pemikiran dengan profesyen
yang satu iaitu guru,tak kiralah guru kafa,atau sekolah menengah. Guru saya
yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam siapa sangka beliau adalah
seorang pengusaha tepung yang berjaya.
Ada juga pendakwah yg merupakan komposer muzik yang berjaya.
Yang penting
seseorang hendaklah berpandangan jauh,bijak merancang mengatur langkah.Untuk
melakukan sesuatu yang di luar kepakaran kita atau bidang ilmu kita memerlukan
kegigihan dan keberanian.Usaha dan tawakal saling melengkapi.
Teringat
masa di Malaysia cuti yang lepas.Kami sekeluarga keluar bersarapan di kedai.Pada
masa itu di saluran radio ikim,ustazah Nurhafizah Musa (kalau tak salah) sedang
mengacarakan slot pagi. Pantas abah berkata, “Abah nak Nisha macam ni..” Saya
terdiam seribu bahasa.
Sebenarnya
saya masih sedih kerana tidak dapat further study dalam bidang yang saya suka
iaitu Sejarah. Saya tidak pernah sesekali menyesali takdir Allah menghantar saya untuk
belajar agama kerana bagi saya ini tugas mulia,tugas pewaris nabi. Di mana saya
nak dapatkan ketenangan hidup selain dengan cara ini.
Tapi,saya
ada tugas yang penting iaitu menyampaikan.Selepas proses tahammul, ada’ akan
menyusul. Tapi,bagaimana saya nak berdepan dengan masyarakat?
Jika untuk
bercakap di hadapan masyarakat,seperti seorang pendakwah bebas.Jiwa saya tak kearah
itu. Berdiri di hadapan public membuatkan penyakit azali saya sering muncul
iaitu gemuruh.Memikirkan akan bercakap di hadapan orang sahaja sudah cukup
untuk membuatkan saya kecut perut.
Jadi saya
cuba menulis.Alhamdulillah,hidup dalam dunia yang serba canggih ini,segala
tugas dakwah dapat dijalankan secara mudah. Kehadiran Facebook,Blogger,Twitter
dan lain-lain menjadi wasilah saya untuk berhubung dengan dunia luar,menyampaikan
ilmu serba-sedikit yang saya ada..
Selama
ini,saya tercari-cari apalah bakat saya. Melukis,,,lukisan yang mampu saya
hasilkan nampak kaku,walaupun ada gaya pelukis professional ^0^. Menjahit,membuat
baju? Saya hanya tahu mencuba baju yang sudah siap dan membeli-belah memang
kegemaran saya. Rupa-rupanya bila saya sampai di Mesir,saya telah dianugerahkan
Allah suatu bakat.Taklah luar biasa,,tapi cukup untuk membuatkan saya terkejut
kerana sebelum ini,saya tidak pernah ke dapur.Maklumlah,cucu dan anak sulung
yang sering dimanjakan ^0^. Saya teringat lagi sewaktu membantu Mama Tok di
restoran,saya cuba untuk menggoreng telur mata kerbau.Mama Tok tanpa ragu-ragu
menyuruh saya duduk dan mengambil pesanan.Kini,saya sering menghubungi Mama
Tok,bertukar-tukar resepi! Ibu saya ada membuat perniagaan catering secara
kecil-kecilan,saya hanya dibenarkan memegang senduk sahaja! Kini,saya
ditaklifkan memasak untuk housemate seramai 13 orang. Ada ura-ura yang
mengatakan saya pandai masak.HAH! Bukan bangga,tapi kenyataan yang sukar untuk
dipercayai.
Bila
memasak,hati saya tenang dan bersemangat.Sama seperti bila saya belajar Sejarah.
Tiba-tiba teringin untuk menceburi bidang masakan dengan lebih mendalam.
Dan,saya ingat nak menyambung perniagaan Mak. Who with me?
Abah selalu
cakap,siang kerja,,malam mengajar orang.Sama seperti apa yang guru-guruku
lakukan. Tetapi,memang memerlukan usaha yang padu dan sokongan yang
jitu.Kawan-kawan selalu pesan,oleh sebab itulah kita kena cari pasangan yang
memahami,,^0^
Bayangkan
betapa ramai orang dapat menikmati makanan yang halal,suci dan sihat tanpa
ragu-ragu.Dari mana minyak ini datang? Tepung ni halal ke? Daging ini sembelih
ke tak? Bayangkan dengan makanan yang bersumberkan halal 100 %,bagaimana
khusyuk ibadahnya nanti. Subhanallah.
Tiba-tiba
teringat rancangan Martha Stewart,,,dia ada rancangan memasak sendiri,ladang ternakan
sendiri,barang-barang masakan sendiri. Allah,adzim.
Jadi,sebelum
fikiran saya menerawang terlebih jauh,sehingga masa yang diperuntukkan untuk
menyiapkan artikel ini berlebihan.Saya akan berhenti setakat ini,memberi ruang
untuk mengulangkaji Tasawwuf kerana selepas itu saya akan menyiapkan
barang-barang untuk memasak sarapan esok,,fettoucine Carbonara dan tom yam..(sekali lagi?
Peduli apa aku,haha)
Jadi,saya
tinggalkan anda so,ada lah food for thoughts. Moga ada sebarang idea bagi saya
memperkemaskan lagi perancangan kehidupan saya.Ingat,kita hanya merancang,tapi
Allah lah sebaik-baik perancangan.Wallahua3lam.
No comments:
Post a Comment