Pages

Friday, November 2, 2012

Satu kehilangan....






Bismillah..


Seorang tokoh ulama dan penulis, Maryam Jameela (gambar), telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sini pada Rabu 31hb Oktober 2012 ketika berumur 78 tahun.

Margaret Marcus telah dilahir pada 23 Mei 1934 dan kemudiannya dibesarkan di New York, Amerika Syarikat sebagai seorang Yahudi tetapi memeluk Islam ketika berumur 27 tahun selepas kagum dengan tulisan-tulisan a

l Marhum Maulana Syed Abul Ala Mawdudi.

Setelah memeluk Islam, dia menukarkan namanya kepada Maryam Jameela dan berhijrah ke Lahore pada tahun 1961, kemudiannya telah berkahwin dengan ahli Jamaati Islami, Yousuf Khan. Beliau telah menumpukan keseluruhan hidupnya kepada penyebaran Islam.



Maryam Jameela telah menulis 34 buku mengenai Islam termasuklah buku-buku popular yang bertajuk 'Islam di antara Teori dan Amalan' dan 'Islam dan Orientalisme' yang telah digunakan oleh umat Islam di dunia antarabngsa. Semua tulisan beliau adalah dalam Bahasa Inggeris.

Beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Sunnat Nagar di sebelah petang. Solat jenazah beliau telah diketuai oleh Al-Hafiz Muhammad Idrees.

Pemimpin-pemimpin Islam antaranya Ch Muhammad Aslam Saleemi, Dr Farid Ahmed Piracha, Mian Maqsod Ahmed, Prof Ghafoor Ahmed, Prof Khurshid Ahmed turut bersedih dengan pemergiannya.

Mereka bersepakat bahawa beliau adalah seorang wanita yang hebat yang telah menemui kebenaran serta banyak berkorban dengan perjuangan yang besar lagi mulia ini dengan cubaan meyakinkan umat sejagat bahawa Islam sebagai agama yang praktikal kepada seluruh umat manusia.

Semoga beliau dikurniakan syurga Firdaus bersama para syuhada' solehin dan para siddiqin.


No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com