Pages

Friday, November 23, 2012

ERDOGAN: KEMUNGKINAN SAYA KE GAZA MENGEJUT


Bismillah,,

[Laporan jam 03:08 petang, waktu Al-Quds]

ANKARA - Perdana Menteri Republik Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan beliau kemungkinan pergi ke Gaza secara mengejut sambil mengecam pendirian Presiden Amerika Syarikat(AS), Barack Obama yang menjadi penyokong serangan zionis ke atas Semenanjung Gaza.


*Arkib foto: Erdogan

Kata Erdogan semalam, menukil dari media massa Turki ketika dalam perjalanan pulang menaiki pesawat dari Islamabad ke Ankara, "kemungkinan saya pergi ke Gaza secara mengejut," demikian itu jawab balas selepas ditanya sama ada beliau merancang ke Gaza setelah gencatan senjata dipersetujui.

Beberapa hari yang lalu, Menteri Luar Republik Turki, Ahmet Davutoğlu bersama delegasi Menteri Luar Arab yang diketuai Setiausaha Agung Liga Arab melawat Semenanjung Gaza bagi mengungkapkan simpati mereka terhadap Palestin yang ditimpa serangan-serangan zionis.

Erdogan turut melahirkan keyakinan beliau bahawa Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) tidak sesekali melanggar kandungan gencatan senjata yang tercapai dengan Israel selagimana Israel tidak mengulangi pengeboman di Gaza seperti baru-baru ini.

"Turki, Qatar, dan Mesir telah mengemukakan banyak cadangan yang praktikal untuk menyelesaikan serangan di Gaza dan ketiga-tiga buah negara ini telah membuat keputusan Mesirlah yang bertindak mengetuai dari peringkat diplomasi," Ujar Erdogan.

Beliau mengecam pendirian Obama yang menyokong serangan zionis di Gaza yang mana ia turut menggagalkan ketetapan antarabangsa dari Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam tentangan dari pihak yang berkonflik.

Sumber:
23/11/2012, web berita Safa

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com