Pages

Friday, November 23, 2012

Tahrir lagi?


 Bismillah,

Dua himpunan utama berlaku di Kaherah hari ini selepas Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong ke
putusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah jauh lebih ramai menenggelamkan bilangan pembangkang Mursi yang berhimpun di dataran Tahrir. Dianggarkan 50,000 rakyat yang berdiri di belakang Mursi berhimpun di hadapan kediaman dan pejabat Mursi berbanding hanya tidak sampai 5,000 orang di Tahrir.

Sekitar jam 4 petang waktu Kaherah, Mursi dilihat keluar dari istana dan mengambil tempat di atas pentas bagi menyertai himpunan rakyat yang menanti kemunculan beliau sejak pagi. Mursi kemudian menyampaikan ucapan mengulas keputusan yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Mursi menenangkan semua. Beliau mengulangi ucapan yang diucapnya Jumaat lepas bahawa Presiden Republik mempunyai kuasa yang istimewa dalam perlembagaan tetapi beliau tidak suka menggunakannya. Akan tetapi, apabila melihat revolusi, negara dan rakyat yang disayangi terancam dek kerana perancangan jahat 'fulul' saki-baki Mubarak, beliau tiada pilihan. Walaupun kebanyakan akhbar Mesir menyerang beliau hari ini dengan gelaran 'diktator,bayangan Mubarak' dan lain-lain, sebagai contoh "Masril Youm" meletakkan tajuk utama dengan gambar Mursi (MURSI DIKTATOR "SEMENTARA")

Berkaitan keputusan yang memberikan kuasa penuh kepada beliau untuk bertindak, beliau mengulangi tidak akan menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Bahkan kalimah "musuh" yang diungkapkannya, beliau tidak ingin tujukan kepada pembangkang di Tahrir, maksud "musuh" bagi beliau ialah mereka dari luar negara, bukan rakyatnya sekalipun yang berhimpun di Tahrir, bahkan dipanggilnya dengan panggilan "ahli keluargaku".




No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com