Bismillah
Suatu hari Pok Cik bertanya,,
“ Kamu olang Islam
tak boleh sembah berhala,tapi kau olang sembah batu.
Gua lihat dengan mata kpla sendiri kamu olang pusing-pusing itu
batu hitam empat segi. Belebut-lebut mau cium batu hitam.
Sebenarnya kamu olang ni sembah batu juga ka?”
Ha,,apa kita sebagai orang Islam nak jawab.Kadang-kadang
benda ringkas mcm ni buat kt termangu-mangu. Puas kerut. Jangan risau. Saya ad
several ways utk jawab pok cik ni.
PERTAMA
Batu hitam yg pok cik tgk tu namanya Kaabah. Kami tak sembah
Kaabah , tapi tuhan Kaabah itu sendiri. Tak pernah kita dengar orang muslim
berdoa,,wahai Kaabah,berilah rezeki kpd aku. Wahai Kaabah,ampuni dosa aku. Pok cik pernah dengar ke??
KEDUA
Kalaulah kami sembah batu,kami akan sembah mana2 batu yg
wujud di muka bumi ini. Tapi,itu tak terjadikan? Kami memuliakan batu menurut perintah Allah.Dan kami
juga menghina batu sesuai dgn perintah Allah.
Contohnya,kami lempar batu semasa manasik haji di Jamratul Aqabah.
Maka,perbuatan memuliakan ini semuanya mengikut perintah Allah.
KETIGA
Kami memuliakan batu hitam atau HajarulAswad kerana Allah
telah memuliakannya. Ingatlah
perkataan Khalifah Umar bin Al-Khattab ketika beliau mencium batu itu (Hajar
Aswad) :
“Sesungguhnya aku tahu
bahwa kamu adalah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan memberi manfaat,
kalaulah bukan karena aku pernah melihat Rasullah saw menciummu nescaya aku
tidak akan memciummu” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Subhanallah,hajarul
Aswad adalah contoh kekuasaan Allah. Kerana ia adalah satu-satunya batu yang
tiada padanya kuman,bacteria. Kalaulah tidak kerana kekuasaan Allah,telah
berpindah pelbagai penyakit antara jutaan manusia yang menciumnya!
Subhanallah! Ianya batu dari Syurga.Nabi
bersabda :
“Sesungguhnya Hajar Aswad dan Maqam adalah dua
buah batu diantara batu batu Yaqut (batu mulia) diambil dari surga, andaikan
Allah tidak menghilangkan cahayanya niscaya sinarnya akan menerangi antara
timur dan barat. (H.R. Ahmad )
Selesai ye pok cik?
Wallahua3lam.
No comments:
Post a Comment