Pages

Saturday, December 29, 2012

Exam Week!!

Bismillah,,

Salam semua!!

Lama nya tak post.Ni semua gara2 study last minute utk exam.Mlm ni dh janji xnk on9 lama. So,nk share tips exam yg dikongsi madam Aisyah. Jom amalkan.

Dalam menuntut ilmu, BUANG 1 BUAT 1.
Buang EGO atau KAGUM DIRI
Buat NIAT BERSIH

Antara 6 tips yang pernah diamalkan oleh beliau sendiri dan sahabat2 terdekat :-
( 5 tips sebelum imtihan + 1 tips menjelang imtihan )

Pertama : Perkasakan ilmu bahasa. (paling lemah boleh buat jumlah@ayat yang tidak salah maksud-segelintir dari kita buat ayat yang pjg sehingga lari maksud kerana tidak kuasai bahasa)

Kedua : Bantu sahabat atau pasangan.

Ketiga : Doa Zohril ghaib. Mendoakan org lain tanpa pengetahuan dia. Doakan sahabat seorg demi seorg . (antara doa yg dimakbulkan Allah SWT insyaAllah)

Keempat : Bantu agama Allah. (Kita org mengaji agama tidak ada benda yg kita buat tu salah. Melainkan yang berlawanan dengan syara')

Kelima : Sistematik dalam pengajian. (walau dapat 1jam dalam sehari. Diikuti dengan 6 pesanan dari Imam Shafie ; zakak, hirs, ijtihadi ~ ila aakhirihi)

Tips keenam menjelang hari imtihan :
*Solat Hajat 2 rakaat sebelum keluar rumah
*Keluar rumah dengan kaki kanan mendahului (Allahumma yassir wala tu'assir)
*Duduk di dalam dewan. Baca surah an-Nisa ayat 113 tiga kali (wa a'llama...) dan tiup kertas soalan dan jawapan.
*Kaedah menjawab ; pastikan menulis nama n roqom julus - muqaddimah ringkas 2 baris - jgn gunakan pen merah - arab tidak suka tulisan terlalu kecil/besar - tulisan sederhana dan ada fasil dari setiap perkataan.
*Diakhiri dgn tulisan tawakkal (ma'attaufiq wannajah dsb...)
*Sabda Nabi SAW : "alhalaku ithnain ; qunut قنط wa u'jub عجب" ~ au kama qol. Sodaqa Rasulillah

Semoga tips di atas dapat membantu saya dan anda semua. Dengan izin Allah SWT mudah2an kita semua najah IMTIAZ tahun ini. Aamiin
 Doakan ye!

p/s maaf tak de gambar baby la,, hehe

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com