Pages

Thursday, December 20, 2012

Pekerjaan Para Nabi a.s

Bismillah,,,









Masih dalam Kitab Tijarat,Sunan Ibnu Majah.

                ((Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata Zakaria a.s seorang tukang kayu))

Para Nabi terdahulu telah membuktikan di samping kerja dakwah mereka yang hebat dan sibuk,mereka masih tidak melupakan tuntutan duniawi mereka kerana mereka juga manusia,punya keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w dalam banyak hadis telah menceritakan pekerjaan Para kekasih Allah ini.  Oleh itu setiap pekerjaan yang membawa manfaat kepada masyarakat sebenarnya mulia biarpun tidak duduk 24 jam dalam pejabat,biarpun tidak memakai tali leher yang mencekik dan kot yang tidak selesa. Asalkan kerja itu ikhlas  kerana Allah dan disertai niat,insyaAllah akan mendapat tempat di sisi Allah.

Nabi Idris a.s seorang tukang jahit.Teringat lagi kisah semasa Iblis berjumpa dengan nabi Idris dalam rupa seorang lelaki tua. Selepas berakhirnya perbualan Nabi Idris mencucuk jarum ke mata Iblis. Nabi Idris juga seorang penulis.
Sheikh Yusri sempat menyentuh tentah kitabah. Orang-orang dahulu sangat mengambil berat dengan pen. Sehinggakan pen itu diletakkan dalam bekas kaca. Dan mereka  membaca bismillah sebelum menulis.Ini semua kerana Allah telah bersumpah dengan Pena dalam AlQuran. Jadi Pena telah mereka anggap sebagai sesuatu yang suci.

Nabi Zakaria a.s seorang tukang kayu.

Nabi Isa a.s seorang pengamal perubatan.

Nabi Daud a.s seorang tukang besi,,,manusia pertama yang memperkenalkan baju besi!
Kekasih kita,,,jungjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seorang pengembala kambing dan peniaga yang  jujur .

Nabi Adam a.s seorang pakar bahasa. Beliau mengajar anak-anaknya bahasa yang pelbagai.Jadi setiap seorang anak Nabi Adam a.s menguasai satu bahasa. Allahkan telah mengajarkan Adam nama-nama itu semua!

Wallahua3lam.


P/S Congrats kpd adik bongsuk sy,,Iylia Balqis krn cemerlang dlm PMR baru2 ni dgn mdapat 9a's. Alhamdulillah,,moga ini semangat utk terus buat yg lebih baik akn dtg. Hang apply Kisas,,akak harap hang dpt twrn tu,,,n celonok ye dpt ipad,,blk nnti blh akak pinjam kan?

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com