Bismillah,,
Mafhum Hadis-Kitab Tijarat,Sunan Ibnu Majah
((Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang jual-beli yg
didahului dgn wang cengkeram))
Cengkeram atau عربون adalah wang yang didahului sebelum transaksi
sebenar berlaku. Wang pendahuluan ini adalah sebagai pengikat akad jual-beli (عمدة الكلام-seperti kata orang Mesir).
Jadi pembeli tidaklah sekadar ‘booking’ sesuatu barang,setelah itu lari.
Mazhab Syafie dan
Maliki mengambil hadis ini .Namun tidak bagi Mazhab Hambali malah mengharuskan wang
pendahuluan jika sesuai dengan caranya.
alFadhil Sheikh Yusri
berkata semasa menerangkan hadis ini , ada 4 perkara yang menjadi asas agama
seseorang muslim.
عمدة الدين من قول خير البرية
1)
اتق الشبهات (menjauhi perkara yang meragukan)
2)
ازهد (Zuhudlah!)
3)
دع ما ليس يعنبك(Tinggalkan
apa-apa yang sia-sia)
4)
عملا بالنية (Berniat dalam setiap
perkara)
Seorang Sufi amat
menjaga keempat-empat perkara ini,lebih-lebih lagi perkara yang pertama iaitu
menjauhi perkara yang meragukan.
Jadi gambaran
jual-beli yang telah Nabi larang ini ialah :
Seorang lelaki ingin membeli sesuatu barang .Penjual
meminta عمدة الكلام . Jadi,pembeli pun
mendahulukan duit beliau sebanyak LE50. Pembeli itu pun pulang ke
rumah,,,meneruskan kerja seharian beliau.Pembeli tersebut itu pun terlupa
tentang akad yg telah dibuat melainkan selepas seminggu. Beliau baru teringat
dan bergegas berjumpa dengan penjual itu.
Jika penjual itu Hambali,beliau akan berkata,”Habis,,duit itu aku
ambil.”
Namun jika penjual itu
bermazhab Syafie atau Maliki,beliau akan memulangkan wang itu kembali. Kalau
penjual itu Hambali yang sufi,beliau akan juga memulangkan wang itu kerana
lazim seorang sufi akan meninggalkan perkara yang meragukan.
Gambaran kedua adalah
seorang lelaki membeli lembu dengan sekian jumlah wang.Beliau turut memberikan
beberapa puluh ringgit sebagai wang
pendahuluan dan berkata ,” Jika aku tak
jadi membelinya maka duit ini milikmu (penjual) .”
Wallhua3lam.
No comments:
Post a Comment