Bismillah,,
Ilmu pengetahuan itu amat penting dalam kehidupan setiap insan
kerana dengannya kita dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Seperti yang kita semua
tahu,kita berkongsi tabiat dengan haiwan,dari segi perasaan,gerak-geri dan
keperluan. Kita perlukan makanan dan perlindungan seperti mana haiwan pun.
sepupu I |
Namun,dengan ilmu kita boleh mendapatkan lebih hasil
makanan,lebih kualiti,perlindungan yang lebih selesa dan kondusif bagi menjamin
keharmonian keluarga dan komuniti sesebuah masyarakat.
Jadi,bagi mengecapi kesemua ini,kita perlu ada Kemahiran dan Pertukangan. Kemahiran dapat
diertikan sebagai suatu sifat yang berurat berakar hasil daripada tindakan yang
berulang-ulang sehingga bentuk tindakan itu melekat dengan kukuhnya (dalam
pemikiran).Pertukangan pula merupakan suatu kemahiran yang praktis dan
intelektual yang bersangkut-paut dengan badan dan pancaindera.
Kemahiran dan Pertukangan tidak pernah sempurna,ia adalah
proses yang memakan masa yang panjang.Manusia akan terus berfikir agar
kesinambunagn hayat dapat diteruskan.Dengan itu rekaan baru akan dicipta,yang
akan melahirkan pertukangan-pertukangan baru dan selanjutnya memajukan
pertukangan yang lama.
Ibnu Khaldun juga mengemukakan pendapat beliau dalam
pengkhususan kemahiran. Seseorang yang telah memperoleh sesuatu kemahiran dalam sesuatu jenis pertukangan jarang mahir
dalam kemahiran yang lain. Contoh,seorang tukang jahit yang mahir dalam
kemahiran menjahit jarang mahir dalam membuat rumah.Ini kerana kemahiran dalam
menjahit itu telah menjadi darah daging baginya.Namun,boleh jadi dia mempunyai kemahiran lain sekiranya kemahiran
yang pertama belum dia kuasai sepenuhnya atau mewarnai fikirannya. Ibnu Khaldun
telah menyifatkan kemahiran sebagai sifat atau warna jiwa yang tak mungkin
berkumpul semuanya sekali.Manakan boleh bercampur merah dan hijau.
Namun,sesetengah hal yang istimewa,dua kemahiran boleh
besatu.Mereka adalah orang-orang yang telah Allah beri keistimewaan.Kita boleh
lihat ramai ulamak-ulamak terdahulu yang beliaulah pakar hadis dan pada masa
yang sama beliau juga ahli tafsir..
Kemahiran dan Pengetahuan Kemahiran
Adakah perbezaan antara kedua-duanya? Tentu sekali. Ibnu
Khaldun telah menjawab dalam kitabnya. Contoh mudah,Bahasa dan Tatabahasa.
Bahasa adalah bahasa itu sendiri,dan tatabahasa adalah undang-undang atau pola
yang menjadi dasar bahasa tersebut. Namun begitu,tak semua orang menguasai
kedua-duanya sekaligus namun tidak juga mustahil. Contoh lain,seorang yang
berpengetahuan tentang menjahit,dia tahu teorinya-menjahit adalah memasukkan
benang ke jarum,,,- Tapi,apabila disuruh menjahit tidak tentu dia tahu.
Sesungguhnya kita dapati sesetengah ahli tatabahasa yang
tahu tentang semua peraturan bahasa,tetapi tidak mampu mengarang malah menggubah puisi mudah.Seperti
juga,seorang puitis yang kata-katanya mampu menggetarkan jiwa pendengar namun tidak
dapat membezakan subjek dengan predikat suatu ayat kerana sama sekali tidak
mengetahui peraturan tatabahasa.
Namun pendapat ini tidak boleh digunakan dalam sesetengah
hal.Pakar bahasa,Sibawayh menguasai kedua-duanya dengan baik sekali.Beliau
tidak merasa puas dengan sekadar mnghuraikan peraturan-peraturan bahasa,tetapi mengisi
kitab-kitabnya dengan contoh-contoh peribahasa dan puisi Arab. Jadi
penulisannya membantu beliau dalam kemahiran menulis sehinggakan ramai yang
terpaku dengan kefasihan lidah beliau.
Kesimpulannya, Ibnu Khaldun mengambil berat setiap bidang
ilmu dan tidak memandang dari sudut teori sahaja ,malah perlu diselarasakan
dengan praktikalnya.Proses ini akan berulang-ulang dan terus berulang
sehinggalah ia menjadi sesuatu yang dipanggil kemahiran.
Wallahua3lam.
sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar
No comments:
Post a Comment