Bismillah,,,
Ibnu Khaldun dalam karyanya Mukaddimah yang merupakan
sintesis yang paling lengkap dalam Ilmu Kemanusiaan telah memuatkan sembilan
bab penting yang perlu kita sebagai seorang pelajar ilmu menghadamnya. Antara sembilan
bab itu ialah ‘Pengetahuan dan Masyarakat’.
Ibnu Khaldun telah menghuraikan bab ini dengan begitu cantik
dan mendalam sekali. Jika Imam Syafie
menetapkan enam syarat untuk menjadi seorang penuntut ilmu iaitu berdamping
dengan guru.Ibnu Khaldun telah menghuraikan dalam kitab beliau panduan menjadi
seorang guru.
Proses Pembelajaran
Untuk menghasilkan pelajar yang mantap dan berkualiti,proses
pembelajaran yang perlu dilaluinya mestilah secara sistematik dan
sedikit-sedikit.Tergesa-gesa dalam menuntut ilmu tidak membawa sebarang faedah.
Tiga proses yang perlu seseorang guru terapkan iaitu pertama membincangkan
masalah pokok terdahulu tanpa membincangkan masalah cabang boleh yang mengelirukan
pelajar. Kemudian,bila guru mendapati pelajar itu sudah bersedia untuk ke
peringkat seterusnya,barulah menerangkan ilmu dengan pendapat-pendapat dan
masalah-masalah yang rumit. Setelah itu,bawa kembali murid ke peringkat awal
agar ilmu itu dapat diliputi secara keseluruhan.
Kebanyakan guru-guru zaman sekarang kurang mengetahui cara mengajar
yang efektif dengan membebankan para pelajar dengan masalah-masalah yang kabur.
Pelajar terpaksa memeras otak bagi memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah.Guru-guru
kadang-kadang menyesakkan pelajar dengan perbincangan-perbincangan yang tinggi
tanpa pelajar itu bersedia . Jadi,pada akhirnya pelajar merasa jemu dan
menganggap sesuatu bidang ilmu itu payah.Ini sangat bahaya.
Masa Belajar
Jangan memperuntukkan masa yang lama untuk sebuah buku dan
jangan menghentikan jam belajar tidak pada tempatnya. Jika sekali kita baca pendapat
ini sepertinya bercanggah dengan syarat lain Imam as Syafie bagi penuntut ilmu
iaitu طول الصحبة . Namun apa yang saya fahami,mungkin
Ibnu Khaldun melihat suasana pembelajaran pada waktu itu. Dan semestinya zaman
itu dan zaman sekarang berbeza benar dengan zaman para sahabat dan tabien.
Mereka menuntut ilmu bersungguh-sungguh ,tidak mengenal waktu.Ibarat orang yang
kehausan di padang pasir,apabila mendapati walau segelas air pasti diteguknya sehingga tiada
yang tersisa.Begitulah lumrah orang yang menuntut ilmu.Mereka dahagakan ilmu
sehingga mereka merasakan setiap ilmu itu harus mereka dapatkannya.Berbalik
pada pendapat Ibnu Khaldun,guru harus menjaga masa mengajar kerana jika tidak
pelajar akan lupa perkaitan antara bahagian-bahagian dalam sesuatu ilmu
pengetahuan dan ingatlah konsep
kemahiran iaitu sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang dan berterusan.
Oleh itu,guru seharusnya tidak membingungkan pelajar dengan dua buku sekali gus
kerana kan menyebabkan perhatian pelajar terbahagi dua.
Buku
Berlebih-lebihnya Ikhtisar dalm ilmu pengetahuan hanya
merosakkan ilmu pengetahuan. Ikhtisar ini terdiri daripada sejumlah
masalah-masalah tentang mata pelajaran dan tentang bukti-bukti daripadanya , dalam bentuk yang ringkas dan
tiap-tiap kalimatnya padat dengan istilah-istilah yang diambil dari ilmu
pengetahuan.Cara ini merugikan para pelajar kerana mereka tidak bersedia untuk
belajar tetapi tiba-tiba mendapati dirinya berhadapan dengan bahagian-bahagia
yang tinggi dalam matapelajaran. Seterusnya,cara ini amat merugikan waktu dan
kerja pelajar kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk memahami
istilah-istilah yang kabur. Dan semestinya kemahiran yang diperoleh pelajar
kurang sempurnya jika hendak dibandingkan dengan kemahiran yang dihasilkan
daripada hasil penyelidikan yang mengambil proses yang lama dan berulang-ulang.
Perjalanan dan belajar
Proses pembelajaran akan lebih sempurna jika kita mencari
dan bertemu guru.Hubungan secara terus
antara guru dan pelajar atau bahasa
mudahnya talaqqi akan menyebabkan pelajar lebih menghayati watak,sifat
dan fikiran guru tersebut. Jadi,sesuatu kemahiran itu dapat dikuasai pelajar
dengan lebih mendalam dan sempurna.
Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukaddimah telah membahagikan
ilmu kepada dua : Ilmu Alat dan Ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah
dasarnya. Ibnu Khaldun menasihatkan supaya tidak menghabiskan banyak masa
mempelajari ilmu alat (seperti Bahasa dan Mantiq). Tidak salah untuk mempelajarinya
kerana ianya membantu pelajar dalam memberi pengertian yang jelas tentang sesuatu istilah dan memudahkan
pelajar untuk sampai ke ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah dasarnya
itu tadi.Belajarlah Ilmu Alat sekadar yang perlu ,tiada perbincangan yang hebat
kerana khuatir akan menyimpangkan pelajar dari tujuan . Peruntukan masa yang
banyak untuk ilmu alat juga boleh menyekat penguasaan ilmu yang lain.Hidup ini
singkat dan amat mustahil untuk kita menguasai
kesemua ilmu.Dan inilah yang banyak dilakukan pemikir-pemikir zaman ini.
Wallahua3lam
sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar
No comments:
Post a Comment