Bismillah,
Imam Ghazali dalam kitabnya Uhya Ulum adDin telah berkata
setiap perkara yang dilakukan bukan kerana Allah maka ia adalah dunia dan
perkara-perkara yang dilakukan kerana Allah, maka ia bukan dari dunia.
“ما ليس لله فهو من الدنيا وما هو لله فذلك
ليس من الدنيا”
Jadi, apakah perkara yang dilakukan kerana Allah?
Imam Ghazali telah membahaginya kepada tiga :
- Iaitu apa-apa sahaja yang tidak digambarkan kerana Allah iaitu segala macam maksiat,larangan dan kemewahan dalam perkara yang harus,,maka sudah terang lagi bersuluh semua ini adalah dunia.
- Apa-apa yang digambarkan kerana Allah tetapi boleh jadi ia dilakukan utk selain Allah,ada tiga : Fikir,Zikir, dan Menahan Diri dari Syahawat.
Ketiga-tiga perkara ini jika dilakukan secara
sembunyi (sama ada melalui hati,lidah atau kedua-duanya sekali ) dan tidaklah
dilakukan selain kerana Allah dan Hari
Kiamat maka ia bukan dari dunia.
Contoh : Berfikir dan menuntut ilmu pada
asalnya mungkin kelihatan seperti kerana Allah,tetapi rupa-rupanya ia diniatkan
supaya dikenali sebagai professor,dekan. Atau menahan diri dengan menjaga pemakanan
atau menjaga wang kerana agar jauh dari
penyakit atau supaya tidak boros berbelanja . Maka ini adalah dunia.
3. Apa-apa yang digambarkan kerana
kebahagiaan diri,boleh jadi ia dilakukan kerana Allah. Contoh,kahwin. Semuanya
kembali kepada niat.Jika kita berkahwin kerana memang adat manusia
berkahwin,maka ia adalah dunia. Namun,jika kita berkahwin kerana mengikut
sunnah Nabi Muhammad s.a.w atau untuk meramaikan umat,maka ia termasuk dalam
perkara-perkara yang dilakukan kerana Allah.
Konklusinya,mudah sahaja.Sebelum kita
bertindak,fikir sejenak niat kita. Sebab tu ramai kawan2 nasihat tajdid niat
(perbaharui niat) Kerana dengan niat ,ia sebenarnya memberikan impak yang
sangat besar kepada diri individu. Dari segi pahala,dekatnya kita dengan segala
sunnah baginda s.a.w dan juga dari segi adakah kita ni asyik memikirkan dunia
semata-mata tanpa ada sedikit pun rasa hendakkan akhirat sedangkan akhirat itu
jua pasti kita diami kelak,insyaAllah.
Wallahua3lam,,
Syeikh Ahmad Hajain,Masjid Azhar.
No comments:
Post a Comment