Pages

Saturday, February 16, 2013

Jika Rasulullah berada di samping kita...

Bismillah,,

Jika Rasulullah berada di samping kita...
 
Cuba sebelum tulis status kita ni, kita anggap Rasulillah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi duk pandang kita senyum kat kita.. Apa rasa..?

Cuba dalam solat nanti nak bagi salam selepas tahiyat akhir itu kita anggap yang kita bagi salam kepada Rasulillah صلى الله عليه وسلم dan Baginda صلى الله عليه وسلم pun tersenyum lagi menjawab salam kita.. Apa rasa..?

Cuba sebelum bicara dengan suami atau isteri kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi kita dan pesan. "Aku adalah orang yang paling baik dengan ahli keluarganya.." Apa rasa..?

Cuba sebelum ponteng solat ataupun kelas kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada kat tepi senyum lagi dan memberitahu kita "Orang yang tidak amanah itu adalah orang yang tidak beragama.." Apa rasa..?

Cuba sebelum pangkah undi nanti, kita anggap Rasulullah صلى الله عليه وسلم masih setia di sisi dan bertanya dari hati ke hati.. "Nak pilih pemimpin dan parti yang teruskan perjuanganku atau nak pilih pemimpin dan parti yang tidak mengikut bahkan memburuk serta mencaci sunnahku..?" Apa rasa..?

Cuba yang tak boleh di cuba ialah sebelum kita nak mati nanti, akan datangnya gambaran segala amalan kita di dunia ini. Indahnya hidup jika pengakhiran kita juga masih setia kita menganggap dan merindui Rasulillah صلى الله عليه وسلم. Pasti rasanya sangat manis menemui kekasih yang telah lama dirindui..

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pasti sedih dengan sikap kita terhadap ahlussyam dan saudara kita tertindas di Burma sekarang.. Cuba kita pula yang merasai kesedihan Baginda صلى الله عليه وسلم...

Terima kasih Ustaz yang selalu mengingatkan diri ini kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.


No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com