Kisah ini benar2 berlaku di Pasar Baghdad suatu ketika dahulu. Seorang
Wali Allah ke sana bersama-sama dgn anak beliau. Lalu,anaknya hilang.
Beliau pun berdiri dengan hanya satu kaki di bawah cahaya matahari yang
terik,lalu bersumpah , “ Dengan nama Allah,aku tidak akan berteduh dan
meletakkan kakiku yang satu lagi sampai aku bertemu dengan anakku! “ Tak berapa lama selepas itu,anaknya pun muncul dan berlari menemuinya. Allah,,,
Sheikh Yusri h.a mengulas tentang kisah ini yang boleh kita temui di
Risalah Qusyairiyah bahawa sumpah Wali Allah ini bukanlah untuk mencabar
ketentuan Allah iaitu bukan maqam atTahaddi tapi maqam Idlal. Ini
kerana keyakinan beliau terhadap Allah itu tinggi,thiqah beliau di sisi
Allah itu syadid. Allah telah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi “Aku
adalah sepertimana sangkaan hambaKu,” Beliau yakin Allah akan membantu
beliau.
Maulana Sheikh berkata lagi, “ Kamu semua tak bolehlah
buat macam ni,sebab kamu semua kecil lagi. Kalau dah besar sikit baru
boleh. “ Maqam atau kedudukan kita tak sama dengan para Wali Allah.
Karamah yang Allah berikan pada WaliNya adalah anugerah atas ketekunan
ibadah mereka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui maqam seseorang hamba
itu.
Jadi,jangan ikut sedap mulut mengata para ulamak. Kita
yang baru tahu nak eja kaca,dah pandai nak kutuk orang yang tahu bezakan
kaca dengan permata. Nasihat buat diri sendiri dan aljami3,,, Wallahua3lam.
Via Maulana Sheikh Yusri ,syarah kitab Diat,sunan Ibnu Majah.
p/s saksikan ya Allah,seseungguhnya hambaMu ini sangat merindui utk bersama2 Murobbi spt waktu dulu.
No comments:
Post a Comment