Bismillah,,
Asas-Asas Kehakiman
di Dalam Islam
Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda , “Jika
diterima semua tuntutan orang mengikut dakwaan masing-masing, nescaya dengan
sewenang-wenangnya orang mendakwa harta benda dan darah orang lain sebagai
miliknya. Tetapi orang yang mendakwa mestilah menunjukkan bukti, manakala orang
yang mengingkari dakwaan itu (orang yang didakwa) mestilah bersumpah.”
Hadis ini dinilai Hasan. Begitu juga riwayat alBaihaqi dan
selainnya.Sebahagiannya dalam Sahih alBukhari dan Sahih Muslim.
Para orientalis telah menyangka bahawa alHabeeb s.a.w telah
mengambil kaedah ini dari Yunani.Padahal, Nabi tidak pernah pun menjejakkan
kaki baginda yang mulia ke sana. Bukti atau dalam bahasa Arabnya ‘ البينة‘ -seperti maulana Sheikh Ahmad h.a terangkan-
lebih tepat dari ‘القرينة’ Contohnya,kita Nampak mayat,dan di sebelahnya ada seorang
lelaki dan di tangannya pisau. Kalau
dengan qarinah sahaja,cukup untuk sabitkan bahawa dia telah melakukan jenayah
membunuh. Tapi,Islam agama yang adil mengajar kita agar mendatangkan saksi yang
melihat memang lelaki itu telah membunuh,kerana mungkin boleh jadi dia cuba
menyelamatkan mangsa dengan mencabut pisau.
Nabi s.a.w bersabda
((Tetapi orang yang mendakwa mestilah menunjukkan bukti, manakala orang yang
mengingkari dakwaan itu (orang yang didakwa) mestilah bersumpah)) . Orang yang
mendakwa mestilah menunjukkan bukti kerana dia mendakwa perkara yang bercanggah
dengan zahir( iaitu pada asalnya orang yang didakwa itu bebas dari dakwaan). Namun
beberapa masalah telah terkecuali dari kaedah ini.Dakwaan seseorang itu
diterima tanpa ia mendatangkan bukti atau bayyinah untuk sesuatu yang tidak
diketahui melainkan dia sahaja yang mengkhabarkannya seperti :
1)Dakwaan seorang ayah yang berhajat untuk berkahwin.
Seorang ayah yang kematian isteri ingin berkahwin kerana takutkan
zina.Maka,dia meminta bantuan anaknya yang mempunyai kewangan yang kukuh.Tiada
siapa tahu akan keinginan ayah tersebut untuk berkahwin,melainkan dirinya
sendiri.
2)Dakwaan seseorang yang tidak mampu menguruskan harta (السفيه) untuk berkahwin.
3)Dakwaan seorang Khunsa tentang jantinanya.
4)Dakwaan seorang kanak-kanak yang telah baligh dengan
mimpi.
5)Dakwaan seorang janda yang telah tamat tempoh iddahnya.
6)Dakwaan seorang yang meninggalkan solat jika dia berkata
bahawa dia telah solat di rumah.
7)Dakwaan seorang yang enggan membayar zakat bahawa dia
telah mengeluarkan zakat kecuali apabila apabila fakir miskin mengadu tentang
ketiadaan harta zakat tersebut maka ke atas orang yang enggan itu bayyinah.
8) Seseorang yang makan pada 30 Ramadhan dan mendakwa bahawa
dia melihat anak bulan (Syawal) , tidak diterima dakwaan itu jika dia mendakwa
setelah dia selesai makan kerana seolah-olah dia menafikan hak Takzir(hukuman
hakim) ke atas dirinya . Contoh hukuman
Takzir seperti yang diterangkan Sheikh Ahmad adalah hakim menetapkan sesiapa
yang makan pada siang hari Ramadhan akan disebat 5 kali sebatan. Dan Orang yang
mendakwa itu tadi hendaklah makan sembunyi kerana penyaksiannya bahawa dia
telah melihat anak bulan tidak diterima kerana penyaksian seorang tidak
diterima. Sahabat Nabi s.a.w yang mulia Saidina Anas bin Malik, apabila beliau
tua, kening beliau berwarna putih.Jadi apabila suatu hari beliau memandang ke
langit,beliau berkata “Aku nampak garisan anak bulan” . Padahal yang beliau
nampak itu putih keningnya sendiri. Jadi,beliau membuka puasa seorang diri.
alHabeeb s.a.w bersabda ((orang yang mengingkari dakwaan itu
(orang yang didakwa) mestilah bersumpah)) Sumpah ini dinamakan sumpah sabar (يمين الصبر) dan
juga dinamakan sumpah bohong (يمين الغموس) Dinamakan
sumpah sabar kerana menahan hak orang
yang benar, dan menahan itu adalah sabar. Sumpah ini mestilah di atas uslub
fiil alMadhi atau past tense. Seperti
juga akad jual beli (بعتك) Sheikh Ahmad menerangkan penggunaan lafaz
Madhi kerana tiada syak. Allah telah berfirman banyak ayat dalam
alQuran.Antaranya :
﴿يحلفون بالله قالوا﴾
Wallahua3lam.
Via
maulana Sheikh Ahmad, Syarah Matan 40, Masjid Azhar.
No comments:
Post a Comment