Bismillah,,,
Mencegah Kemungkaran adalah Fardhu
alhadis
{ من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان }
Daripada Abu Said alKhudri r.a katanya : Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesiapa di
antara kamu yang melihat kemungkaran , hendaklah ia mengubah dengan tangannya
(kuasa). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya
(nasihat). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya
(tidak meredhai perbuatan tersebut). Yang demikian adalah selemah-lemah iman”
Diriwayatkan Imam Muslim.
Pengiktibaran dengan ‘melihat’ (الرأي) yang membawa maksud yakin. Huruf Fa pada
lafaz hadis (فليغيره) -yang membawa makna hendaklah ia mengubah- adalah fa ta’kid .
Namun, Maulana Sheikh Ahmad h.a berkata kuasa mengubah bukan ada pada pada
setiap tangan masyarakat umum tapi pada hakim. JIka tidak,kehidupan masyarakat
jadi kacau-bilau. Bayangkan ,pantang ada orang murtad,pasti akan dibunuh tanpa
mengikut batas-batas yang telah ditetapkan agama. Oleh sebab inilah,Imam
al-Nawawi terlebih dahulu menyusun hadis
Asas-Asas Kehakiman di Dalam Islam iaitu
hadis yang ke-33 sebelum ini. Jadi,jika nampak ada orang murtad,datangkan
bayyinah,bukti atau saksi bahawa dia memang murtad. Lihatlah betapa bijaknya
Imam al-Nawawi dalam penyusunan hadis. Subhanallah!
alHabeeb s.a.w telah bersabda ((Yang demikian adalah selemah-lemah
iman)) bukanlah bermaksud bahawa orang
yang tak mampu mengubah dan hanya membenci dengan hatinya memiliki iman yang
lemah dari orang lain. Tetapi maksud sebenar adalah tahap iman yang paling
rendah kerana perbuatan adalah hasil natijah iman. Dan setinggi-tinggi hasil natijah iman dalam bab mencegah
kemungkaran adalah mencegah dengan tangan dan jika terbunuh,maka dia mati
syahid. Allah telah berfirman yang
bermaksud ,
"Wahai
anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta laranglah
daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana
yang menimpamu.”
Wajib ke atas orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran
dengan lidah (nasihat) walaupun dia tahu kata-katanya tidak akan didengari
sepertimana dia tahu jika dia beri salam,salamnya itu tidak akan dijawab. Jikalaulah,sabda
Nabi s.a.w ((Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya
(nasihat). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya))
menunjukkan bahawa orang yang tidak
mampu tidak harus ke atasnya untuk mencegah kemungkaran selain dengan hatinya,
maka suruhan itu menjadi wajib! Seolah-olah,kalau tak mampu,ada cara lain.Dan
kalau tak mampu juga, ada cara lain lagi. Ada dua jawapan untuk hal ini :
1)
Ia adalah fahaman yang dikhususkan,Firman
Allah :
“dan
bersabarlah atas segala bala
bencana yang menimpamu.”
Ayat ini telah menggugurkan hukum wajib kerana bala bencana
yang menimpamu yang dimaksudkan dalam
ayat bersifat umum. Mungkin juga bersabar atas ketaatan atau bersabar atas ketentuan Allah
ataupun bersabar atas maksiat yang dilakukan kepada Allah ataupun bersabar atas
amar makruf nahi munkar. Ayat ini umum namun kita khususkan kepada nahi munkar
sahaja.
2)
Suruhan mencegah
kemungkaran dari lidah ke hati kerana untuk memudahkan dan menggugurkan segala
masalah dan susah-payah namun tidaklah mengugurkan hukum mustahab. Jadi,jika
tidak dilakukan tidaklah berdosa.
Jika ada yang berkata mengingkar dengan hati
tidaklah mencegah apa-apa kemungkaran maka apa makna sabda Rasulullah
s.a.w ((hendaklah ia mengubah dengan
hatinya)) ?!
Maka jawapannya, makna sabda Nabi
s.a.w adalah mengingkari sesuatu
kemungkaran dan tidak meredhai nya dan menjauhkan diri daripadanya dengan
mengingati Allah. Allah s.w.t telah memuji hambaNya yang melakukan perbuatan
ini :
“dan apabila
mereka bertembung
dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan
diri daripadanya.”
“Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan
di bumi dengan sopan
santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,hadapkan kata-kata
kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari
perkara yang tidak diingini ”
Diceritakan tentang Imam al-Nawawi r.a ketika bermusafir bersama suatu
kafilah yang jelas mebuat kemungkaran telah berdoa : “اللهم
إني أبرأ بما فعل هؤلاء ولا تحرمني بثمرة صحبة الملائكة وبركته ”
Maulana sheikh Ahmad menambah, tengok jugalah jenis kemungkaran yang hendak
ditegur. Seharusnya mencegah kemungkaran atas perkara-perkara yang telah
disepakati ulamak akan kemungkarannya.
Ini tak,marah orang yang ambil rukhsoh. Contoh,mazhab lain berpendapat hanya
dengan sekali tayammum,kita boleh melakukan pelbagai jenis solat dan hanya
terbatal apabila melakukan perbuatan yang
membatalkan wuduk. Mazhab Syafie sahaja yang mengulangi tayammum untuk setiap
solat fardu. Namun, ada sesetengah pihak
yang masih tak reti-reti masalah furu’ itu tidak mengapa jika bercanggah malah
ia merupakan suatu rahmat gemar menyibukkan diri dengan berbalah kononnya untuk
mencegah kemungkaran.
Wallahua3lam.
Via
maulana Sheikh Ahmad, Syarah Matan 40, Masjid Azhar.
No comments:
Post a Comment