Bismillah...
Pas sorang,,,sorang pergi meninggalkan kami,,, (ambil mood smbil dgr lagu Mihrab Cinta-Afgan)
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Dengan setulus kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul 'Izzah dan penuh
sukacitanya, saya SITI SABIHA BINTI SEMAN, mewakili bakal pasangan
sehidup semati ABDUL RAUF BAHARUDDIN berbesar hati menjemput
abang/akak/adik/kawan-kawan Amanahraya Berhad untuk memeriahkan lagi
Majlis Walimatul Urus kami.
Kami juga memohon doa daripada sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah
agar selalu mendoakan kami demi memulakan bahtera hidup yang baru ini
agar sentiasa bertunjangkan syariat Allah dan sunnah Rasulullah
sallallahualayhiwasalam. Semoga dengan ikatan yang ingin dijalinkan ini
akan menguatkan lagi jiwa-jiwa kami untuk berjuang dan berjihad di jalan
Allah subhanahu wa taala.
Semoga Allah menggolongkan kami
dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur dan moga ikatan ini menjadi
saksi ibadah yang baik di akhirat kelak.
Semoga dikurniakan penyejuk-penyejuk hati yang akan membanggakan baginda Rasulullah sallallahualayhiwasalam.
Terima kasih tidak terhingga buat sahabat, rakan ikhwah akhwat yang
secara langsung dan tidak, yang sentiasa memberi semangat sejak mula
menjejakkan kaki di bumi ini sehingga bakal meninggalkannya kelak.
*Akhir kata sejuta kemaafan dipohon atas segala khilaf daripada pihak
diri yang tidak lari daripada kesilapan. Maaf pemberitahuan mengejut
atas faktor urusan dengan kedutaan yang baru sahaja confirm tarikh ini
tepat 12.00 tengahari 12hb tadi, dan juga faktor sahabat-sahabat sedang
periksa. Semoga Allah memudahkan urusan bagi sesiapa yang bakal
menyusul.
Majlis ini majlis yang sederhana, setakat ini
jemputan untuk pelajar ARB sahaja, harap tidak sebar-sebarkan dahulu
kerana jemputan lain akan dijemput sendiri oleh pihak kami. Walimah akan
diadakan lagi di Malaysia. Jemput datang :)
Maklumat walimah di link blog kami :
http://bmaryamjameela.wix.com/baytulmuslimmaryamar/
No comments:
Post a Comment