Pages

Thursday, April 18, 2013

Riyadhus Salihin-bab 281 “Larangan Berbisiknya Dua Orang Tanpa Orang Yang Ketiga Dan Tanpa Izinnya Yang Ketiga Ini, Melainkan Karena Adanya Keperluan”.


Bismillah,,,

 
Semalam maulana Sheikh Ahmad h.a membacakan hadis dari kitab Riyadhus Salihin,bab “Larangan Berbisiknya Dua Orang Tanpa Orang Yang Ketiga Dan Tanpa Izinnya Yang Ketiga Ini, Melainkan Karena Adanya Keperluan”. Kata-kata Rasulullah s.a.w membuatkan hati menjadi tenang,damai,,,hadirnya hadis ini seolah-olah membela diri dan menjadi remedy bagi luka yang mulai bernanah.
Masalah ini memang nampak ringan namun kalaulah alHabeeb s.a.w sendiri yang menegahnya sudah tentu ia adalah serius!

Allah s.w.t telah berfirman dalam alQuran,

{ إنما النجوى من الشيطان ليحزن الذين آمنوا } ( المجادلة 10 )

{Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan. untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita }

Allah juga telah menerangkan hikmahnya dalam ayat seterusnya, mafhumnya,

{untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah}

alHabeeb bersabda,
وعن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : [ إذا كنتم ثلاثة فلا يتناجى اثنان دون الآخر حتى تختلطوا بالناس من أجل أن ذلك يحزنه ] متفق عليه

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.

Sheikh Ahmad semasa menerangkan hadis dalam bab ini menyebutkan jika kita bertiga,jangan sekali-kali kita berbisik berdua atau bercakap perlahan atau bercakap2 dgn bhs yg xdifahami org ketiga dan meninggalkan orang yang ketiga keseorangan.Perkara ini makruh dan kadang-kadang boleh menjadi haram. Memang perlakuan kedua-dua orang tersebut tidak akan memudharatkan pihak yang ketiga melainkan dengan izin Allah.Namun,orang yang ketiga ini juga manusia biasa. Semestinya perasaan was-was akan timbul. Maksud menyebabkan ia sedih boleh jadi dia merasakan dirinya dipersenda, diperlekeh atau diumpat. Atau mengkin dia merasakan dirinya disisihkan dan diketepikan dari mengetahui sesuatu perkara.


Jadi maulana Sheikh Ahmad menerangkan adab-adab yang sepatutnya dilakukan. Pertama,jika kita bertiga,jangan kita berbisik-bisik berdua sehingga mengabaikan yang ketiga.Kalaulah benda itu penting walau urusan Negara sekalipun, tunggu sehingga orang yang ketiga beredar atau minta izin dari dia atau kita yang pergi tempat lain. Senang. Saya rasa bisikan yang tak nak orang ketiga dengar adalah RAHSIA.Jadi rahsia tidak menjadi rahsia kalau ada orang tahu tentang kewujudannya.

Seterusnya,Sheikh kata boleh berbisik kalau berempat. Yang penting jangan mengabaikan sesorang individu itu. Hangpa berdua bisiklah rahsia apa-apa pun,tidak menjadi masalah kerana orang yang ketiga tu ditemani yang keempat. Semua orang boleh bisik time tu sebab semua dah berpasangan.

Boleh bayang ke perasaan orang ketiga tu,,dia rasa dipersendakan apabila tengok dahlah hangpa berdua ni berbisik,tak pun mula-mula cakap kuat,namun bila orang ketiga ni muncul je,hangpe berdua cakap suara angin. Hangpa tak dak hati ka?

Lepas ni,dah baca hadis.Mungkin baru faham dan tahu,,,tak payahlah buat ye.. Nasihat utk diri sendiri dan kawan2.
 
p/s pagi tadi balik kelas Sheikh Yusri h.a ada seorang hamba Allah ni bayarkan tambang tremco,,,ni bukan kali pertama,selalu gak dia buat mcm tu. Sampai sya naik segan. Lepas tu,dia hadiahkan sy pencil! Uit,,terkejut saya. Ni baru semangat nak exam. Semoga Allah permudahkan urusannya,,ameen.
 
 nak tunjuk pencil ye,,,hp tu penaik seri!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com