Bismillah…
Assalamualaikum
semua. Amacam sihat? Hari ni tekak sakit sikit.
Sakit dari Allah bukan kafarah tapi tanda cintanya. Sakit tekak ni sakit
biasa2 je mudah-mudahan. Kalau nak merungut pun cepat2 ingat insan2 yg jauh
menderita. Tengok masa saya menderita appendiks tengah tahun dah lah.
Hari ni
Malaysia cuti Xmas,,, Orang2 Nasrani di Mesir bermazhab lain so mereka
xmenyambut Xmas hari ni.
Ahad ni insyaAllah exam : Adab Nusus, meaning
lots of lots of syair need to memorise woooo. So,hari ni mcm nak merenggang sikit jari-jemari utk menulis , maklumlah
semalam seharian menelaah Adab n UsulFikh. Pas Zohor kang guru urut saya nak
urut kaki.Kaki tak boleh pusing,mungkin ada suatu hari tu geliat
terlebih,,,ingat ke ok lepas tu.Baru2 ni
masa tutor Adab Bahas,dia urut, dia kata bnyk urat2 pelik ni. (*maqul Qaul yg
tlh dimodified penulis)
Semalam,masa
rehatkan diri dari baca Adab, usik jap kitab alKamil fit Tarikh,along
punya.Jumpa smthg yg interesting utk share. Budget pagi n ink tulis yg tu je
la,,,tgk note kat tab,,,rupa2nya bnyk gila nota ceramah yg xsempat ditaip kat
Msia ari tu. Tengoklah klu sempat saya tulis. Yg ttg persoalan akidah pak Ustaz
hari tu pun xsempat tulis lagi. Allah,bnyk betul masa terbuang. T_T
Itu lah
muqaddimah hari ini. Panjang x? Sesuailah dah berapa bulan xmenaip.
Ok,saya
masuk pada point.Ceramah Us.Zulkarnain Hamzah Astro pada 10 Mei 2013. (time ni
balik sbb appendiks)
Bismillahirrohmanirrohim.
Manusia
mempunyai 3 komponen dalam diri manusia :
-Nafsu
-Akal
Hidayah
Roh atau
Nafsu merupakan sultaniah yang mengarahkan kepada sesuatu . Rohaniah inilah
yang akan melahirkan nafsu ammarah,lawwamah,rodiah,mardiah dan seterusnya yg
mana bilangannya berbeza2 menurut ulamak.
Hidayah ada
lima seperti yg dinukilkan dari Dr.Wahbah dalam kitab beliau Tafsir Munir:
1) Ilham Fitri– Hidayah
ini adalah fitrah yang Allah SWT berikan kepada semua makhluk ciptan-Nya.
Contohnya, Allah SWT memberikan hidayah ilhami kepada lebah yang suka hinggap
di bunga untuk mengambil madunya. Seorang bayi yang lapar diberi hidayah ilhami
oleh Allah SWT untuk menangis dan merengek-rengek pada ibunya agar diberi susu.
2) Hawasi – mampu
merespon suatu peristiwa dengan respon yang sesuai. Contoh : Bila orang tipu
kita,kita geram marah. Kita sedih air mata akan keluar.
3) Akli – Hidayah
akal adalah hidayah yang diberikan khusus pada manusia yang membuatnya berfikir
untuk menemukan ilmu dan sekaligus merespon peristiwa dalam kehidupannya dengan
respon yang bermanfaat bagi dirinya. Hidayah akal boleh kita miliki apabila
kita selalu mengambil pelajaran dari segala sesuatu, segala peristiwa, dan
seluruh pengalaman hidup kita ataupun orang lain. Contoh, anak kita ni kadang2
(gai insyaAllah) dia ada spot atau tempat untuk dia menyendiri bila dia sedih.
Dulu masa dapat adik baru dia suka sorok bwh katil masalan (aku le tu) Jadi
kalau tiba2 dia hilang,kita tahu mana nak cari dia.
Semakin banyak kita mengambil pelajaran maka semakin tinggi kualiti
hidayah akal kita.
4) Deen – Hidayah
agama adalah sebuah panduan ilahiyah yang membuat manusia mampu membezakan
antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk.Hidayah jenis
ini perlu dicari .Ia juga merupakan hidayah mencari ilahiyyah, rububiyyah ,nubuwwah,
sam3iyyat.
5) Taufiq – ni yang
paling adzim,,,hidayah yang membuatkan manusia hanya menjadikan agama Islam sebagai panduan hidup. Contoh
kekasih Allah yang mendapat dan menggunakan hidayah kelima ini :
Imam asSyafie r.a diikat dan dituduh sebagai orang yang bermazhab
syiah,beliau hampir dipenggal.
Imam Hanafi r.a dipaksa minum racun kerana tidak bersetuju dengan dasar
kerajaan.
Imam Malik r.a disebat 70x kerana sering mengeluarkan fatwa yang tidak selaras
dengan pemerintah.
Imam Hambali r.a disebat di belakang sehingga terlucut kain kerana fatawa
beliau.
Imam Sufian asSauri r.a ditangkap tanpa bicara kerana menegur
pemerintah.Beliau digantung. Semasa hukuman dijalankan,kilat menyambar
pemerintah dan ditelan bumi. Subhanallah.
Hebat
sungguh ulamak2 mempertahankan akidah dan syariah. Kita pula yang baru 4 tahun
belajar di Mesir,Jordan ,Madinah cakap macam dah setengah umur dihabiskan
menuntut ilmu.Malah ada golongan yg extreme senang2 mengutuk ulamak2 hebat
sepanjang zaman ini.
Itulah 5
hidayah yg sempat saya ambil istifadah dari Us Zul, beliau juga berkata ramai
antara kita yang hanya sampai pada hidayah ketiga,,,tak kurang juga yang tidak
menyedari bahawa dia masih ketiga. Sama2lah kita berdoa agar kita juga dikurniakan
Allah hidayah yang kelima, kerana ia adalah sesempurna hidayah apabila kita
hanya menjadikan Islam yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan kita.
Hidayah
Allah SWT memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. Semakin besar perjuangan
dan kesungguhan kita, maka insya Allah kita akan semakin mudah mendapatkannya,
karena semuanya tergantung kepada usaha kita. Hidayah Allah SWT ibarat sinar
matahari yang menyinari seluruh alam ini, dan kita adalah penerima sinar
tersebut. Jika kita membuka diri dengan hati yang bersih maka kita akan mudah
untuk mendapatkan sinar hidayah Allah SWT. Tapi jika kita menutupi hati dan
diri kita dengan kotoran dan hama penyakit hati maka kita akan sulit untuk
mendapatkan sinar hidayah-Nya.
via kelas kitab Rahsia Kematian,Alam Akhirat dan Kiamat- Us Zulkarnain Hamzah h.a
rujukan : Tafsir Munir karya Dr Wahbah h.a
rujukan : Tafsir Munir karya Dr Wahbah h.a
No comments:
Post a Comment