Pages

Tuesday, January 7, 2014

~Keizinan menggunakan harta suami untuk bersedekah~

Bismillah,,,    
         


                        ~Keizinan menggunakan harta suami untuk bersedekah~


Seperti yg disyarahkan maulana Sheikh Yusri h.a, ada tiga jenis izin :

1)    الصريح  : Meminta izin secara jelas. “ Bang,nak  sedekah duit abang boleh?”
2)    العرفي   :   Memang sudah diketahui suami kita ni memang suka menderma,sedekah. So,kita diharuskan untuk mengambil wang itu utk diinfakkan di jalan Allah.
3)     بغير إذن  :Jika kita tidak meminta izin,dan suami itu bukanlah secara tabiat semulajadinya yang suka bersedekah ,jika kita guna juga hartanya,ia merupakan israf (berlebih-lebihan dlm membelanja) atau ifsad.





))عن أسماء قالت: قال رسول الله : انفحي أو انضحي أو أنفقي ولا تحصي فيحصي الله عليك ولا توعي فيوعي الله عليك ((

((Berikanlah atau sebarkanlah atau nafkahkanlah dan jangan engkau menghitung-hitungnya, sebab kalau demikian maka Allah akan menghitung-hitungkan nikmat  yang akan diberikan padamu. Jangan pula engkau mencegah  atau menahan untuk memberikan sesuatu-, sebab kalau demikian maka Allah akan mencegah pemberianNya padamu.))



Saidatina Asma’ binti Abu Bakar merupakan isteri kepada sahabat nabi  yang bernama azZubair bin alAwwam ( Orang pertama yang menghunus pedangnya fi sabilillah). Anak beliau Abdullah bin azZubair bin alAwwam,bayi Muhajirin yang pertama lahir di Madinah Munawwarah. Saidina azZubair bin alAwwam seorang yang kaya dan dermawan. Seseorang yang tidak pernah menolak permintaan orang lain (لا يرد سائلا).

Ada riwayat lain dari Saidatina Asma’ :


))عن أسماء بنت أبي بكر أنها جاءت النبي فقالت: يا نبي الله ليس لي شيء إلا ما أدخل علي الزبير فهل علي جناح أن أرضخ مما يدخل علي، فقال ارضخي ما استطعت ولا توعي فيوعي الله عليك((

Saidatina Asma’ mengadu kepada alHabib s.a.w bahawa dia tidak mempunyai harta selain yang diberikan suami beliau, jadi haruskan dia bersedekah juga. alHabib s.a.w mengiyakan kerana sudah makruf bahawa saidina azZubair bin alAwwam seorang yang pemurah. Jadi,jika diketahui hartanya digunakan untuk sedekah tidaklah beliau marah malah gembira dan senang hati.

Jadi keizinan untuk menggunakan harta suami hendaklah mengikut 3 hal tersebut.Tidak perlulah kita tamak mengejar kebaikan.Memang Allah menyuruh berkejar-kejar kearah kebaikan.Namun sedekah itu amalan sunat.Sanggupkah kita mengejar amalan sunat,tetapi mengundang kemarahan suami kita?!


Keratan hadis yang pertama :

((ولا تحصي فيحصي الله عليك))
((.…dan jangan engkau menghitung-hitungnya, sebab kalau demikian maka Allah akan menghitung-hitungkan nikmat  yang akan diberikan padamu.))

Maulana Sheikh Yusri selalu melihat guru beliau apabila ingin bersedekah,tidak pernah melihat jumlah wang yang akan dikeluarkan dari saku beliau. Guru Sheikh kadang-kadang keluarkan le50,le100,,tanpa  melihat sedikit pun. Pernah suatu hari maulana Sayyid Ahmad bin Muhammad asSiddiq alGhumari  (ini merupakan catatan sahabat,saya pula mendengar maulana Sayyid Abdullah bin Muhammad asSiddiq alGhumari ) memasuki Masjid Saidina Hussein. Ada peminta sedekah meminta sedekah,maulana Sheikh pun menghulurkan LE1… pada zaman itu LE1 bersamaan harga emas. Adzim.

wallahua3lam.

via maulana Sheikh Yusri h.a,Kitab Zakat, Sahih Muslim.








No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com