Bismillah,,,
))عن أبي هريرة قال أتى رسول الله رجل، فقال:
يا رسول الله أي الصدقة أعظم، فقال أن تصدق وأنت صحيح شحيح تخشى الفقر وتأمل الغنى
ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا ولفلان كذا ألا وقد كان لفلان((
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa ada
seorang laki-laki yang datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam
bertanya, "Wahai Rasulullah sedekah apa yang paling utama?" Beliau
menjawab:"Engkau bersedekah dalam keadaan sihat dan mengeluarkannya dan
dalam keadaan kamu khuatir miskin dan mengharapkannya. Maka janganlah kamu
tunggu sehingga ruh sampai di halkummu, ketika mengatakan, "Untuk sekian,
untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian padahal telah menjadi fulan."
Maksud ((صحيح
شحيح)) adalah
ketika di zaman muda,di masa kita sibuk mencari duit untuk membeli
rumah,kereta,kahwin,nafkah isteri,ibu bapa dan anak-anak dll. Di masa inilah
sedekah yang paling utama. Sebab waktu ini kita merasa susah kerana duit banyak
nak pakai. Tapi,tak mengapa. Makin kita merasa susah sesuatu ibadah itu,makin
tinggi ganjaran pahalanya di sisi Allah,insyaAllah.
Kita di masa muda ni bersiap-sedia
untuk kesenangan di hari tua. Maulana Sheikh Yusri berkata,sama juga dengan
peperiksaan. Maulana Sheikh tidak suka ‘study last minute’. Beliau selalu
bersiap-sedia dari awal. Jadi semasa minggu peperiksaan,selepas solat Isyak
Sheikh tidur sedangkan sahabat-sahabat beliau bertungkus-lumus mengulangkaji.
Pada waktu subuh pula,Sheikh tidak lupa untuk membaca Aurod atau wirid harian. Semasa exam,tenang je jawab.Kalau 'study last minute' otak kita memerah
untuk mengeluarkan maklumat kerana ia tidah dilatih sejak awak dan tidak
bersedia.
Samalah juga halnya dengan seorang
hamba Allah.Kita tak lama lagi akan menghadiri peperiksaan (final exam) di
hadapan Allah kelak.Segala amal kita kelak akan dipersoalkan.Oleh itu dari
sekarang kita harus membuat persediaan. Jangan dah terbaring nazak baru nak
ulangkaji rukun iman rukun islam berapa.
Salah seorang pelajar Sheikh
bertanya, “Sedekah apa yang paling utama ialah dalam keadaan sihat dan
mengeluarkannya dan dalam keadaan kamu khuatir miskin dan mengharapkannya,
adakah bercanggah dengan hadis yang mengatakan ((Sebaik-baik sedekah adalah dari orang yang banyak harta)) ?”
Hadisnya :
((أن رسول الله قال:
أفضل الصدقة أو خير الصدقة عن ظهر غنى واليد العليا خير من اليد السفلى وابدأ بمن
تعول))
Maulana Sheikh menjawabnya tiada percanggahan
kerana Nafkah terbahagi kepada dua :
1)
الفوري: iaitu nafkah yang disegerakan. Ini termasuklah
nafkah isteri dan anak-anak,nafkah menyediakan keperluan rumah. Nafkah ini
tidak boleh dilambat-lambatkan.
2)
العاجلة: nafkah yang boleh dilambat-lambatkan mengikut
keperluan,contohnya membeli kereta dan rumah.
Jadi nafkah yang kedua ini lebih kepada
hadis pertama tadi iaitu sebaik-baik sedekah ke
((صحيح
شحيح)). Jadi ,tahap keafdalan sedekah itu boleh
berubah-ubah mengikut hal individu. Memang ((صحيح
شحيح)) dalam keadaan
cukup-cukup dek kerana banyak keperluan seperti rumah dan kereta untuk
disediakan. Tetapi,keperluan itu semuanya boleh dilambatkan. Sedekah lagi
penting. Tetapi,jika kita senang dan mempunyai harta yang berlebihan ((ظهر غنى)),lagi
afdal bersedekah.Dan mulailah dengan tanggungan dan kaum kerabat.
Sesungguhnya Allah tidak melihat
kepada jumlah yang diinfakkan tetapi hal atau keadaan seseorang hamba itu. Makin kita merasa susah sesuatu
ibadah itu,makin tinggi ganjaran pahalanya di sisi Allah,insya Allah.
Wallahua3lam.
Via Maulana Sheikh Yusri h.a, kitab Zakat, Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment