Pages

Friday, January 10, 2014

Peringkat Wali Allah

Bismillah,,,

Imam Asy-Syafi'i r.a merupakan seorang yang faqih dan hakim. Syair beliau yang sangat luarbiasa. Banyakkanlah membaca karangan Imam. Beliau merupakan seorang wali Allah.Bukan Abdal tetapi Nujaba'. Kerana wali Allah yang berada di peringkat Abdal tidak akan mempunyai zuriat walaupun sudah berkahwin.



Siapakah Wali Abdal?
Iaitu suatu kumpulan/golongan dari kalangan para wali Allah SWT, apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang wali yang lain. Mereka ini wujud pada setiap zaman, dan realiti menunjukkan bahawa darjat kewalian ini adalah satu peringkat tertinggi dalam bidang/alam kerohanian. Dikatakan, mereka adalah daripada kumpulan para wali Allah yang dengan merekalah diminta daripada-Nya untuk diturunkan hujan, mengalahkan musuh serta dijauhkan daripada bala dan azab.

Siapakah Nuqaba' ?
An-Nuqaba berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai arti ketua suatu kaum. Wali Nuqaba itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi dihati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk tahu tentang sifat seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah.
 1 Abad 12 orang  {وَبَعَثْنَا مِنهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيباً }

Siapakah Nujaba' ?
An Nujaba berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai arti bangsa yang mulia. Wali Nujaba pada umumnya selalu disukai orang. Dimana saja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahwa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya.

Apakah Qutub Atau Ghaus?
Al-Aqtab berasal dari kata tunggal Al-Qutub yang mempunyai arti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al-Aqtab adalah pangkat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai pangkat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Pangkat ini berpindah dari alHabib s.a.w kepada Saidina Abi Bakr r.a apabila alHabib s.a.w wafat.Dan dari Saidina Ali r.a kepada Saidina Hassan r.a .

ِApakah Qalb?
Setiap Nabi yang wafat maka wali akan mewarisi qalb nabi-nabi itu.
Qalbu Adam a.s - 1 Abad 300 orang, Qalbu Nuh as - 1 Abad 40 orang,Qalbu Ibrahim a.s - 1 Abad 7 orang.

Sahabat2 juga boleh membaca risalah Imam asSuyuthi:
 (الخبر الدال على وجود القطب والأوتاد والنجباء والأبدال )

Bagaimana dapat diketahui tentang ilmu ini?
Daripada Ahli Kasyfi.
Diketahui bahawa para Aulia di bumi ini dalam 1 Abad 124,000 orang yang mempunyai tugasnya masing-masing sesuai pangkatnya atau maqamnya.

Read more,,,
http://otam67.blogspot.com/

Wallahua3lam,,,

via maulana Sheikh Yusri h.a, Kitab Zakat, Sahih Muslim.



p/s  semua cerita tentang peringkat wali bermula hanya kerana Sheikh ingin menerangkan takrif  الغنى di sisi Imam asSyafie r.a.

الغنى : الغنى عن الشيء لا به
(Kalau kita amek duit kita faqir,,,kalau kita tak amek kita kaya)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com