Pages

Sunday, February 2, 2014

Hukum Berbilang-Berbilang Jumaat

Bismillah,,,


Hukum Berbilang-Berbilang Jumaat.
SOLAT JUMAAT ke SOLAT ZOHOR??!!




 





Solat Jumaat tidak boleh didirikan berbilang-bilang dalam satu kawasan (qaryah) KECUALI kerana hajat seperti :
1)Masjid yang satu tidak cukup untuk menampung penduduk yang begitu ramai. Jadi dibenarkan untuk solat jumaat di masjid yang lain.
2)Tidak mendengar azan kerana jauhnya masjid.
2)Peperangan




Pendapat berbilang-bilang Jumaat mengikut Empat Mazhab.

Mazhab Syafie:
Jika dilakukan kerana hajat : SAH namun disunatkan menunaikan solat zohor selepas solat Jumaat.

Tanpa hajat : (الجمعة لمن سبق) iaitu SAHnya solat jumaat di masjid yang MULA solat dahulu atau mula Takbiratul Ihram dahulu. Maka BATAL solat Jumaat di masjid yang lain, dan hendaklah digantikan dengan solat Zohor. Jika seiring takbiratulIhram antara dua masjid,maka batallah kedua-duanya.
Jika tidak tahu atau syak masjid mana yang awal,atau berbilang-bilang kerana hajat atau tidak , maka semua masjid BATAL solat Jumaatnya,dan hendaklah diulang solat Jumaat (2 khutbah dan solat 2 rakaat) di tempat yang satu jika masa mencukupi .Jika tidak,maka solat Zohor.

Mazhab Maliki:
TIDAK SAH solat Jumaat kecuali solat Jumaat yang dilakukan di masjid lama yang pertama sekali dilakukan solat Jumaat di kawasan itu
(أول مسجد أقيمت فيه الجمعة ). Contoh, Mesir, hanya solat Jumaat di Masjid Amru ibn As sahaja yang sah kerana itulah masjid pertama dibina.

Mazhab Hanbali:
Jika dilakukan kerana hajat : SAH.
Tanpa hajat : TIDAK SAH, kecuali dengan izin pemerintah.

Mazhab Hanafi:

SAH walaupun ada masjid yang solat Jumaat terlebih dahulu.





 

Menurut Sheikh Yusri h.a, beliau sebagai yang bermazhab Syafie akan melakukan solat zohor bersama isteri beliau dan solat Jumaat. Dan ada seorang anak murid beliau dari Damsyik telah menceritakan di tempat beliau tinggal ada sebuah masjid ( الشافعي الأصيل) yang selepas selesai salam Solat Jumaat,Imam dan Makmum akan bangun untuk mengerjakan solat Zohor. Namun,ini tidak dipraktikkan dalam masyarakat hari ini kerana agresifnya rakyat Mesir lebih-lebih setelah Revolusi baru-baru ini. Ramai yang akan bangun : Kau buat agama baru ke? Saya rasa situasi Malaysia pun lebih kurang Mesir je.

Sheikh Ahmad h.a pun solat zohor selepas solat Jumaat di Masjid Azhar kerana beliau berkata semasa solat beliau terdengar salam dari Masjid Saidina Hussein.

Semasa menghadiri kelas Ustaz Azahar h.a pun beliau turut menyentuh isu ini. Beliau pun solat Zohor juga kerana antara syarat sah solat Jumaat antaranya mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. Masalahnya sekarang makmum itu tidak solid 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu, bahkan yang menyebabkan cukup jumlah itu kerana pekerja-pekerja Indonesia dan Bangladesh yang sedar akan kewajipan menunaikan solat Jumaat di kala sebilangan rakyat Malaysia yang lain terus hanyut.



So,khulasotulQaul,,, selepas solat Jumaat dirikanlah Solat Zohor…setel. Nak bising-bising kat jemaah lain : Weh batallah solat jumaat. Timbul fitnah pula. So,Kita diam-diam solat zohor setelah selesai solat Jumaat. Setel,,,Rakyat Malaysia perlu didedahkan dan difahamkan tentang masalah ini . Sebab tu kalau ada kelas,kena pergi,belajar. Jangan duduk rumah,pastu bila orang buat pelik sikit,terus hentam. Ini BIDAAH itu BIDAAH,,Nabi tak buat,ini haram ni halal.

p/s klu ada salah,minta pm.Takut salah dengar dan naqal.Maklumlah,budak baru tahu mana nangka mana cempedak (xde kaitan haha)

Wallahua3lam.

via dars Sheikh Yusri h.a, kitab Sahih Muslim


Rujukan:
1)كتاب الفقه على المذاهب الأربعة
2)نيل الرجاء
3)حاشية البيجوري
4)الفقه المنهجي

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com