Bismillah,,,
Ada seorang pok cik tanya,,,
Pok Cik tak faham syarat sah solat Jumaat iaitu bilangan jemaah solat Jumaat. Kenapa berbeza-beza
mengikut empat mazhab? aCuba terang sikit. ( soalan yang telah dimodifiedkan
sesuai mengikut bahasa Malaysia edisi terkini.)
Jawapan ringkas : Tadi tengah belek2 kitab كتاب الفقه على المذاهب الأربعة karya Sheikh Abd Rahman
alJaziri dan Google, terjumpa jawapan yang Pok Cik perlukan,,,. Saya selak
kitab ni pun kerana saya hendak buat rujukan utk post sblm ni +picit klu berani+
Mazhab Syafie mensyaratkan sekurang-jurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. Jika kurang
daripada itu,maka tidak sah solat Jumaat dan hendaklah digantikan dengan solat
Zohor.
Contoh dalil yang
mensabitkan 40 orang.
1)Abdullah ibnu
Mas'ud radiallahu-anhu telah diriwayatkan berkata: Kami solat Jumaat bersama
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Ibnu Mas'ud) adalah orang terakhir
yang datang sedang jumlah kami adalah 40 orang laki-laki.
2) Abdurrahman bin Ka'ab menceritakan
bahawa apabila ayahnya mendengar seruan azan hari Jumaat, dia mendoakan rahmat
untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku: Apabila
engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad
bin Zurarah ?Jawab ayahku: Kerana dialah yang pertama kali melakukan solat
Jumaat bersama kami di Hazm Annabit, terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah,
iaitu di Naqi'ul Khadhamat.Aku bertanya: Berapa orang (yang hadir) ketika itu ?Jawab
ayahku: 40 orang.
Mazhab Maliki mensyaratkan 12
orang.
Pernah sekali
suatu rombongan perdagangan dari Syam tiba di kala Nabi sallallahu-alaihi-wasallam
sedang memberi khutbah solat Jumaat lalu para jemaah terus keluar dan menuju
kepada rombongan tersebut sehingga yang tertinggal di masjid hanya 12 orang
sahaja. Solat Jumaat itu diteruskan dengan jemaah yang 12 tersebut tanpa
apa-apa halangan atau pembatalan dan tidak pula diulangkan.
Mazhab Hanafi mensyaratkan 3
orang.
Ok,yang ni tak jumpa lagi dalilnya.
Manakala Mazhab Hanbali
mensyaratkan 40 orang seperti mazhab Syafie.
Saya tak buat research yang
mendalam sgt kerana kitab2 Fikh setiap mazhab belum kumiliki lagi.Hah!!Cuma tgh
search kat google tadi terjumpa dalil2 ni,,,so klu salah minta betulkan.
No comments:
Post a Comment