Bismillah,,,
Alhamdulillah,baru-baru ni usai imtihan pada hari Selasa,Rabu
tu kami ke Dumyat untuk mencari kerang. Tiba-tiba tercetus idea untuk buat
daurah bedah kitab
الإبانة والإفاضة في أحكام الحيض والنفاس والاستحاضة على
مذهب الإمام الشافعي karya Sheikh Abd Rahman asSaqqaf.
Amboi bukan kemain panjang tajuk,,,haha.100 muka surat je.
Je,,,jangan main2 sheikh dalam banyak2 kitab-kitab haid yang sy baca,ni yang
paling pening sekali sebab apa,,sebab ni yang daqiq sekali. Sheikh Abd
Rahman mendatangkan setiap kaedah contoh. Contoh pula berderet-deret dan makin
baca makin faham.Memang banyak main nombor. Tu sy nasihatkan kawan2,sebelum
baca kitab ni,baca kitab melayu dulu then baru selak kitab ni.Kemampuan
Matematik pun kena tinggi,sebab ada aktiviti mengira. Alhamdulillah,bnyk
istifadah gak sy dapat dari kitab ni. Banyak sgt kot. Alhamdulillah,daurah ni pun berjalan lancar berkat Sheikh Yusri mendoakan.
Daurah ni tiga hari,pada asalnya dua hari . Memandangkan
banyak tajuk yang penting dan perlu dibahaskan kami extend masa. Kami tu adalah sy dan roommate,Kak Ain (org Ganu) . Sy ambil empat tajuk awal,along amek
4 tajuk akhir. Kelas start pukul 9,jadi bayangkan kelas Sheikh Yusri habis
pukul 7.30am, Sy terkejar-kejar. Ada suatu hari tu Sheikh habis kul
8, lepas kelas pula sy mesti Tanya Sheikh sebab tajuk sy ada kena-mengena
dengan Sains.(Takut gak Us Lokman marah) Time ni la nak kenal mana location vagina,cervix,uterus dan mcm2
istilah genital lagi.Sy siap tunjuk sheikh lagi diagram rahim, di mana letaknya
pembuatan Mani,Mazi,Wadi,Keputihan.
(sori,ayat sy petang ni lain macam sikit,ilmu ^0^)
Basically,daurah ni 3 hari,hari pertama adalah slot sy dan
slot Dr Dahlia (student Medic Tahun Tiga dari rumah KL) . Sy rasa cam nak buat
kelainan sikit.Tak syok la,balik2 daurah haid,citer tentang Fikh je.Sy nak
gabungkan antara Fikh dan Sains baru waqie(reality) So here comes Dr Dahlia.
Hari kedua gabung antara sy n K.Ain. Then the next day full K.Ain. Slot K.Ain
lebih kepada Matematik..
So,untuk blogpost kali ni,sy akan bawa 2 masalah penting.Yang
bab kira-mengira ni,kome pinjam je la buku sy,,setel.
Slot bersama Dr Dahlia
Ok .Cari newpost ye utk kupasan2 yg lebih menarik.Cekidout!
Cop,sebelum tu,awal
minggu ni gak xingat tarikh sy gi ARMA,sbb Us don turun Kaherah,,uuit. Sebab
isteri Ustaz bersalin,namanya Don Mustafa.Sy n cik Tim singgah Café ARMA
lapar,terserempak dengan Us Don pula. Nak tgkap gambar malu,sbb Ustaz
dikelilingi ramai ikhwah. Adusss.
Tapi seriously,ceramah Ustaz mantap.Sikit2 ayat AQ. Sy
citer kat Along,Along kata : Mana taknya budak Syubra kan. Seriously,ya Allah
jadikan sy dalam kalangan huffaz. Bila nak berhujjah pun yakin kerana disokong
dengan ayat2 Allah. Ustaz Don cerita
macam2 short story,nampak tak dak kaitan.But,at the end akan keluar satu2
kaitan atr cerita2 tu,,kagum
Ustaz simple je,ceramah pun pkai sweater je.
Antara yang sy ingat. Anak luar nikah yang dibuang ke dalam
toilet adalah kerana permulaannya adalah dari toilet. Betullah,sebab Ustaz kata
lelaki kencing bediri,bila berdiri confirm tak berdehem atau istibra’ .Ustaz
Don siap tunjukkan cara istibra' lagi,tapi sy tak berapa faham sangat sebab sy tak dak
adik lelaki. Tak pe. Seterusnya bayangkan lelaki tadi yang tidak berdehem,air
kencing confirm tak dikeluarkan sepenuhnya,masih berbaki. Kemudia dia
mendatangi isterinya.Bayangkan air mani tadi bercampur dengan najis urine,terus
ke rahim perempuan. Sy tak nak sambung korang faham2 lah.
(group qasidah yang mantap,,,tp still xbuat hati I berdebar2 hehe)
Ni gmbar kerang yang paling besar,,,kalah kerang2 yang kawan2 sy kutip.Winter dah nak habis,so kerang dah tak naik,kami yang turun .Tips : nmpak lumut kecik kat pasir dalam laut,korek lumut tu,sebab lumut tu melekat kat kerang.Pi sehari je.Ingat nak singgah rumah Doktor Labban,lecturer Hadis tp beliau masih di Cairo lago.So pi makan Cook Door je.(tiba2 perut keroncong)
(nama kerang :lilQutuz. nmpak jari kecut tak?!)
Selain Dumyat,kami sibuk ke pesta buku.Maklumlah dah tahun akhir,nak borong banyak kitab.Separuh kitab sy dah cargo dan balut.Ni yang kat rak ni, sy rasa nak KIV dulu sebab tiba2 nak guna senang.
Banyak kitab Sirah sy borong,,rasa nak lompat2 je ^0^.
Ok,gmbar last adalh kek sempena birthday Kak Jannah. Aku buat 2 kek mewakili 2 sem. Inilah kek terakhir sy di Mesir,iallah. Cheese Cake dan Hepi Day Cake. Ulya n K.Ain buat. Ni Ulya tak dak sebab pi Turki.Best!
(yang hitam tu bukan hangus yea,along n ateh gabungkan colour sbb nak dptkan warna biru)
Ok,,sy nak smbung tulis lain pula.Bubye.Doakan Sheikh dan
Dukturan dan semua kawan2 dan sepupu yang musafir.
p/s hari ni last day
sbb maulana Sheikh Yusri h.a ke umrah smpai 18 Feb. Tapi Sheikh kata
jangan pagi2 tu tidur pulak (tahu2 je sheikh ^0^) ulang AQ. Hari kita berehat
adalah hari kita berada dalam kubur,,huhhu
No comments:
Post a Comment