Bismillah,,,
Pok Cik bertanya : Anak Pok Cik melihat darah ketika hamil.
Adakah itu haid atau istihadah ? Bagaimana hendak menyesuaikan antara hukum
Fikh,kata-kata Saidatina Aisyah r.a dan Sains?
Baik Pok Cik,saya akan jelaskan satu-persatu dengan izin
Allah.
1)kata-kata Saidatina Aisyah r.a: (الحامل لا تحيض) yang bermaksud perempuan yang mengandung tidak kedatangan
haid. Dan kata-kata beliau boleh diandaikan telah didengari dari alHabib
sollahualaihiwasallam.
2)Sains mengatakan bahawa orang mengandung tidak akan
kedatangan haid kerana :
-Perempuan yang
mengandung telah tertutup rahimnya.Ini beerti tidak ada suatu pun yang dapat
keluar dari rahimnya.
-dinding uterus
sedang ditebalkan.
-pendarahan yang
berlaku mungkin kerana ancaman keguguran atau masalah pada uri/plasenta atau
akibat luka pada serviks sekiranya mengalami kanser.
3)Terdapat perbezaan pendapat Fuqaha’ dalam masalah ini :
-Mengikut pendapat baru (قول جديد)
mazhab Syafie dan Imam Malik: Ia adalah
darah haid.
-Pendapat kedua daripada Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad menghukumkan darah itu sebagai darah rosak
iaitu istihadah.
Jadi,jauh dari taksub
kepada mana2 mazhab. Kita boleh ambil mana-mana pendapat . Tetapi bila dirujuk
Sheikh Yusri h.a, beliau dan doctor-doktor perubatan lebih kepada pendapat yang
mengatakan darah ketika hamil adalah haid kerana darah tersebut mungkin keluar
dari bahagian yang ditanda bulatan.
Bagi menjawab kata-kata Saidatina Aisyah r.a: (الحامل لا تحيض) Ummu Mukminin berkata begitu kerana kebiasaan orang mengandung,mereka
tak keluar haid (على سبيل الغالب).Tapi harus keluar darah.
Sheikh Yusri h.a berkata hikmah darah itu dihukumkan haid kerana memberi peluang
perempuan mengandung itu berehat. Bayangkan jika istihadah,setiap kali hendak
solat dia dikehendaki membasuh darah itu dengan bersih dan berwuduk.Terlampau banyak
bergerak,silap-silap boleh beranak terus.
Jadi, Pok Cik,,,darah yang keluar semasa hamil adalah haid dan
kena beramal dengan hukum-hakam haid.
Wallahua3lam.
Rujukan:
Darah-Darah Haid,Nifas
& Istihadah, Tuan Guru Sheikh Nuruddin.
Fikah Perubatan,PTS.
3
الإبانة والإفاضة
في أحكام الحيض والنفاس والاستحاضة على مذهب الإمام الشافعي
karya Sheikh Abd Rahman asSaqqaf.
No comments:
Post a Comment