Pages

Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

KopiPasta : Huruf Muqottaah / Muqotta3ah

Bismillah,,,

~kopi pasta dari dapur Ukhti Arifah ude!~

Hari ni madah quran doktor baru ganti sebb doktor tak sihat ( syafahullah ) moga doktor cepat sembuh .

Selesai tasmi’ n baca untuk hafazan seterusnya doktor terangkan mengenai tajwid dan tadabbur ayat al-quran .

Tadabbur ayat surah al an’am ayat 153

Firman ALLAH S.W.T :

( ……. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda TuhanMu tidak berguna lagi iman seseorng yg belum beriman sebelum itu atau (belum) berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu …. )

Doktor : Bilakah masa yang disebutkan itu ,disaat tiada lagi berguna iman seseorg itu?

Kami : (ada yg menjawab) saat sakaratul maut ..

Doktor : saat itu tiba bilamana matahari berubah arah terbitnya iaitu tidak lagi terbit dari timur akan tetapi terbit dari barat .
…………………………………………………..
Tadabbur ayat surah al a’raf ayat 17

Firman ALLAH S.W.T :
( Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan , dari belakang , dari kan dan dari kiri mereka…. )

Doktor : Kenapa iblis / syaitan tidak datang dari atas dan bawah ?

Kami : hurmmm x tahu

Doktor : ini kerana bahagian atas adalah maqam ALLAH s.w.t ( tiada yg menhlang antara hamba dan Tuhannya ) dan bahagian bawah adalah tempat sujud .

Kami : ouh …
……………………………………………………
Tajwid :

Huruf muqotto’ah (14 huruf) cth huruf muqotto’ah الم ، يس ، المص

- Kesemua 14 huruf ini terkandung dalam beit صِلْهُ سُحَيرًا مَن قطعك

Terbahagi kepada 4 :-

1) yang mana tidak di baca secara mad (أ)
2) yang mana di baca 2 harakat ( حَيٌّ طَهِّر )
3) yang mana dibaca 6 harakat ( سنقص علمك )
4) huruf ع boleh dibaca 6 @ 4 harakat dalam surah Maryam & as –syura

** dalam ( ) merupakan pecahan huruf muqotto’ah yg dibahagi mengikut harakat kesemua 14 huruf

** dan harakat yang paling banyak diantara huruf muqotto’ah ialah dalam surah Maryam ade 22 harakat bacaan كهيعص ...

Juga bagi bacaan ءالذكرين & ء الله

Terbahagi kepada 2 cara bacaan kerana disitu bertemu hamzah istifham dengan hamzah wasal :

1) secara ibdal ( tukar ) daripada hamzah wasal kepada alif bacaan 6 harakat
2) secara tashil yakni baca tanpa mad

Wallahu’alam … betulkan kalau silap ya

Naqal min muhadarah al-quran .. moga bermanfaat

.... Allahuma zidna 'ilma ...
....Allahumma thabbit qulubana 'ala dinika wa 'ala taatika ...



tambahan dari Ukhti Ain

Sekadar tambahan,

Utk bacaan huruf muqottoah "كهيعص" ianya mengandungi 24 harakat sekiranya kesemua huruf kaf, 'ain dan shod dibaca dgn isyba' (6 harakat) . Dr. mungkin terlepas pandang tadi kerana antara huruf 'ain & shod ada ghunnah (dengung) dgn kadar 2 harakat.


Wallahu'alam.

Sunday, February 2, 2014

Kelembapan pada faraj Wanita.




 Bismillah,,,


Apa-apa sahaja yang keluar dari faraj wanita dan bukanlah darah yang tiga (haid,istihadah dan nifas) maka ia dinamakan kelembapan pada faraj wanita ataupun keputihan . Ia adalah cecair putih yang diragui antara mazi dan peluh. Maka seringkali kita tertanya-tanya, adakah ia suci atau najis? Adakah ia membatalkan wuduk atau tidak?



Oleh itu kesimpulan hukumnya ( kerana masalah ini terdapat banyak pendapat ulamak) adalah seperti berikut:


Jika cecair ini keluar dari zahir,maka ia bukanlah najis dan tidak membatalkan wuduk.

Jika cecair ini keluar dari batin,maka ia adalah najis dan membatalkan wuduk.

Namun,jika kita syak adakah ia keluar dari zahir atau batin, maka ia tidak  membatalkan wuduk dan bukanlah najis.


Dalil bagi hukum ini adalah : Mazi najis dan membatalkan wuduk kerana ia keluar dari batin. Jika cecair keluar dari batin maka ia seperti mazi. Dan jika ia keluar dari zahir ia seperti peluh. Dan peluh suci dan tidak membtalkan wuduk. Dan pada  keadaan syak, sesungguhnya yakin tidak hilang dengan syak    (اليقين لا يزال بالشك)  kerana yang asal adalah suci dan tidak membatalkan wuduk.



Bila dirujuk maulana Sheikh Yusri h.a, sheikh menerangkan bahawa kedudukan rahim yang dua : Rahim Dalam (أقصى رحم) dan Rahim Luar(أدنى رحم).
Rahim dalam iaitu uterus, manakala rahim luar adalah dari serviks sehingga vagina.



Dan apa yang saya faham,betulkan jika salah. Rahim luar terbahagi kepada dua iaitu zahir dan batin.  Mazi yang keluar akibat permulaan syahwat adalah dari batin.Manakala Wadi iaitu cecair yang keluar kerana penat keluar di bahagian vagina seperti diterangkan Sheikh. Maka kedua-dua ini sahaja adalah najis dan membatalkan wuduk. 
Sedangkan cecair atau keputihan yang lain adalah suci kerana keluar dari zahir.

 Dr Dahlia pernah memberitahu saya bahawa hatta serviks sendiri mengeluarkan lendir bagi melindungi faraj dari jangkitan kuman akibat tidak menjaga kebersihan atau makan makanan yang tidak seimbang. 

Kesimpulannya,mudah. Semua keputihan adalah suci kecuali mazi dan wadi. Jika kita syak keputihan itu asalnya mana, maka kita anggap keputihan itu suci,,,,setel. Alhamdulillah. Sheikh Yusri h.a pun suruh kita anggap keputihan itu iaitu keputihan yang keluar semasa kita sedang bersenang-senang (tidak penat atau disebabkan syahwat) anggap sahaja seperti peluh dan air liur. Boleh terus bawa solat,tetapi afdalnya jika ada tandas,kita cuci dahulu sebelum dibawa ke solat agar lebih selesa. 

   Mula-mula malu juga nak post gambar ni,tapi tak pe demi ilmu. Bagi kaum Adam. Ini adalah pantiliner,yang kami pakai apabila ada keputihan. Ia lebih nipis dari pad yang digunakan ketika haid. Ada pantiliner yang dibekalkan dengan herba,agak mahal dari pantiliner yang biasa.







Cara pakainya sama...
Jadi kalau isteri2 anda minta belikan,jangan confius pula.


Rujukan:

  الإبانة والإفاضة في أحكام الحيض والنفاس والاستحاضة على مذهب الإمام الشافعي  karya Sheikh Abd Rahman asSaqqaf.
      

Wallahua3lam.



PC 004: Darah ketika Hamil


Bismillah,,,

Pok Cik bertanya : Anak Pok Cik melihat darah ketika hamil. Adakah itu haid atau istihadah ? Bagaimana hendak menyesuaikan antara hukum Fikh,kata-kata Saidatina Aisyah r.a dan Sains?



Baik Pok Cik,saya akan jelaskan satu-persatu dengan izin Allah.

1)kata-kata Saidatina Aisyah r.a: (الحامل لا تحيض) yang bermaksud perempuan yang mengandung tidak kedatangan haid. Dan kata-kata beliau boleh diandaikan telah didengari dari alHabib sollahualaihiwasallam.

2)Sains mengatakan bahawa orang mengandung tidak akan kedatangan haid kerana :
 -Perempuan yang mengandung telah tertutup rahimnya.Ini beerti tidak ada suatu pun yang dapat keluar dari rahimnya.
 -dinding uterus sedang ditebalkan.
 -pendarahan yang berlaku mungkin kerana ancaman keguguran atau masalah pada uri/plasenta atau akibat luka pada serviks sekiranya mengalami kanser.

3)Terdapat perbezaan pendapat Fuqaha’ dalam masalah ini :
-Mengikut pendapat baru (قول جديد)  mazhab Syafie dan Imam Malik: Ia adalah darah haid.
-Pendapat kedua daripada Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad  menghukumkan darah itu sebagai darah rosak iaitu istihadah.


 Jadi,jauh dari taksub kepada mana2 mazhab. Kita boleh ambil mana-mana pendapat . Tetapi bila dirujuk Sheikh Yusri h.a, beliau dan doctor-doktor perubatan lebih kepada pendapat yang mengatakan darah ketika hamil adalah haid kerana darah tersebut mungkin keluar dari bahagian yang ditanda bulatan.



Bagi menjawab kata-kata Saidatina Aisyah r.a: (الحامل لا تحيض) Ummu Mukminin berkata begitu kerana kebiasaan orang mengandung,mereka tak keluar haid (على سبيل الغالب).Tapi harus keluar darah.

Sheikh Yusri h.a berkata hikmah darah itu dihukumkan haid kerana memberi peluang perempuan mengandung itu berehat. Bayangkan jika istihadah,setiap kali hendak solat dia dikehendaki membasuh darah itu dengan bersih dan berwuduk.Terlampau banyak bergerak,silap-silap boleh beranak terus.

Jadi, Pok Cik,,,darah yang keluar semasa hamil adalah haid dan kena beramal dengan hukum-hakam haid. 

Wallahua3lam.

Rujukan: 
    Darah-Darah Haid,Nifas & Istihadah, Tuan Guru Sheikh Nuruddin.
               Fikah Perubatan,PTS.
3      الإبانة والإفاضة في أحكام الحيض والنفاس والاستحاضة على مذهب الإمام الشافعي  karya Sheikh Abd Rahman asSaqqaf.
      

Sunday, January 27, 2013

Menjadi seorang guru,,

 Bismillah,,,

Ibnu Khaldun dalam karyanya Mukaddimah yang merupakan sintesis yang paling lengkap dalam Ilmu Kemanusiaan telah memuatkan sembilan bab penting yang perlu kita sebagai seorang pelajar ilmu menghadamnya. Antara sembilan bab itu ialah ‘Pengetahuan dan Masyarakat’.
Ibnu Khaldun telah menghuraikan bab ini dengan begitu cantik dan mendalam sekali.  Jika Imam Syafie menetapkan enam syarat untuk menjadi seorang penuntut ilmu iaitu berdamping dengan guru.Ibnu Khaldun telah menghuraikan dalam kitab beliau panduan menjadi seorang guru.



Proses Pembelajaran
Untuk menghasilkan pelajar yang mantap dan berkualiti,proses pembelajaran yang perlu dilaluinya mestilah secara sistematik dan sedikit-sedikit.Tergesa-gesa dalam menuntut ilmu tidak membawa sebarang faedah. Tiga proses yang perlu seseorang guru terapkan iaitu pertama membincangkan masalah pokok terdahulu tanpa membincangkan masalah cabang boleh yang mengelirukan pelajar. Kemudian,bila guru mendapati pelajar itu sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya,barulah menerangkan  ilmu dengan pendapat-pendapat dan masalah-masalah yang rumit. Setelah itu,bawa kembali murid ke peringkat awal agar ilmu itu dapat diliputi secara keseluruhan.
 
Kebanyakan guru-guru  zaman sekarang kurang mengetahui cara mengajar yang efektif dengan membebankan para pelajar dengan masalah-masalah yang kabur. Pelajar terpaksa memeras otak bagi memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah.Guru-guru kadang-kadang menyesakkan pelajar dengan perbincangan-perbincangan yang tinggi tanpa pelajar itu bersedia . Jadi,pada akhirnya pelajar merasa jemu dan menganggap sesuatu bidang ilmu itu payah.Ini sangat bahaya.

Masa Belajar
Jangan memperuntukkan masa yang lama untuk sebuah buku dan jangan menghentikan jam belajar tidak pada tempatnya. Jika sekali kita baca pendapat ini sepertinya bercanggah dengan syarat lain Imam as Syafie bagi penuntut ilmu iaitu طول الصحبة . Namun apa yang saya fahami,mungkin Ibnu Khaldun melihat suasana pembelajaran pada waktu itu. Dan semestinya zaman itu dan zaman sekarang berbeza benar dengan zaman para sahabat dan tabien. Mereka menuntut ilmu bersungguh-sungguh ,tidak mengenal waktu.Ibarat orang yang kehausan di padang pasir,apabila mendapati  walau segelas air pasti diteguknya sehingga tiada yang tersisa.Begitulah lumrah orang yang menuntut ilmu.Mereka dahagakan ilmu sehingga mereka merasakan setiap ilmu itu harus mereka dapatkannya.Berbalik pada pendapat Ibnu Khaldun,guru harus menjaga masa mengajar kerana jika tidak pelajar akan lupa perkaitan antara bahagian-bahagian dalam sesuatu ilmu pengetahuan  dan ingatlah konsep kemahiran iaitu sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang dan berterusan. Oleh itu,guru seharusnya tidak membingungkan pelajar dengan dua buku sekali gus kerana kan menyebabkan perhatian pelajar terbahagi dua.

Buku
Berlebih-lebihnya Ikhtisar dalm ilmu pengetahuan hanya merosakkan ilmu pengetahuan. Ikhtisar ini terdiri daripada sejumlah masalah-masalah tentang mata pelajaran dan tentang bukti-bukti  daripadanya , dalam bentuk yang ringkas dan tiap-tiap kalimatnya padat dengan istilah-istilah yang diambil dari ilmu pengetahuan.Cara ini merugikan para pelajar kerana mereka tidak bersedia untuk belajar tetapi tiba-tiba mendapati dirinya berhadapan dengan bahagian-bahagia yang tinggi dalam matapelajaran. Seterusnya,cara ini amat merugikan waktu dan kerja pelajar kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk memahami istilah-istilah yang kabur. Dan semestinya kemahiran yang diperoleh pelajar kurang sempurnya jika hendak dibandingkan dengan kemahiran yang dihasilkan daripada hasil penyelidikan yang mengambil proses yang lama dan berulang-ulang.

Perjalanan dan belajar
Proses pembelajaran akan lebih sempurna jika kita mencari dan bertemu guru.Hubungan secara terus  antara guru dan pelajar atau bahasa  mudahnya talaqqi akan menyebabkan pelajar lebih menghayati watak,sifat dan fikiran guru tersebut. Jadi,sesuatu kemahiran itu dapat dikuasai pelajar dengan lebih mendalam dan sempurna.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukaddimah telah membahagikan ilmu kepada dua : Ilmu Alat dan Ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah dasarnya. Ibnu Khaldun menasihatkan supaya tidak menghabiskan banyak masa mempelajari ilmu alat (seperti Bahasa dan Mantiq). Tidak salah untuk mempelajarinya kerana ianya membantu pelajar dalam memberi pengertian yang jelas  tentang sesuatu istilah dan memudahkan pelajar untuk sampai ke ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah dasarnya itu tadi.Belajarlah Ilmu Alat sekadar yang perlu ,tiada perbincangan yang hebat kerana khuatir akan menyimpangkan pelajar dari tujuan . Peruntukan masa yang banyak untuk ilmu alat juga boleh menyekat penguasaan ilmu yang lain.Hidup ini singkat dan amat mustahil untuk kita menguasai  kesemua ilmu.Dan inilah yang banyak dilakukan pemikir-pemikir zaman ini.

 Wallahua3lam


sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar

Ilmu Pengetahuan menurut Ibnu Khaldun


Bismillah,,

Ilmu pengetahuan itu amat penting dalam kehidupan setiap insan kerana dengannya kita dapat membezakan antara  manusia dan haiwan. Seperti yang kita semua tahu,kita berkongsi tabiat dengan haiwan,dari segi perasaan,gerak-geri dan keperluan. Kita perlukan makanan dan perlindungan seperti mana haiwan pun.

sepupu I


Namun,dengan ilmu kita boleh mendapatkan lebih hasil makanan,lebih kualiti,perlindungan yang lebih selesa dan kondusif bagi menjamin keharmonian keluarga dan komuniti sesebuah masyarakat.
Jadi,bagi mengecapi kesemua ini,kita perlu ada  Kemahiran dan Pertukangan. Kemahiran dapat diertikan sebagai suatu sifat yang berurat berakar hasil daripada tindakan yang berulang-ulang sehingga bentuk tindakan itu melekat dengan kukuhnya (dalam pemikiran).Pertukangan pula merupakan suatu kemahiran yang praktis dan intelektual yang bersangkut-paut dengan badan dan pancaindera.

Kemahiran dan Pertukangan tidak pernah sempurna,ia adalah proses yang memakan masa yang panjang.Manusia akan terus berfikir agar kesinambunagn hayat dapat diteruskan.Dengan itu rekaan baru akan dicipta,yang akan melahirkan pertukangan-pertukangan baru dan selanjutnya memajukan pertukangan yang lama.

Ibnu Khaldun juga mengemukakan pendapat beliau dalam pengkhususan kemahiran. Seseorang yang telah memperoleh sesuatu kemahiran  dalam sesuatu jenis pertukangan jarang mahir dalam kemahiran yang lain. Contoh,seorang tukang jahit yang mahir dalam kemahiran menjahit jarang mahir dalam membuat rumah.Ini kerana kemahiran dalam menjahit itu telah menjadi darah daging baginya.Namun,boleh jadi dia  mempunyai kemahiran lain sekiranya kemahiran yang pertama belum dia kuasai sepenuhnya atau mewarnai fikirannya. Ibnu Khaldun telah menyifatkan kemahiran sebagai sifat atau warna jiwa yang tak mungkin berkumpul semuanya sekali.Manakan boleh bercampur merah dan hijau.

Namun,sesetengah hal yang istimewa,dua kemahiran boleh besatu.Mereka adalah orang-orang yang telah Allah beri keistimewaan.Kita boleh lihat ramai ulamak-ulamak terdahulu yang beliaulah pakar hadis dan pada masa yang sama beliau juga ahli tafsir..

Kemahiran dan Pengetahuan Kemahiran

Adakah perbezaan antara kedua-duanya? Tentu sekali. Ibnu Khaldun telah menjawab dalam kitabnya. Contoh mudah,Bahasa dan Tatabahasa. Bahasa adalah bahasa itu sendiri,dan tatabahasa adalah undang-undang atau pola yang menjadi dasar bahasa tersebut. Namun begitu,tak semua orang menguasai kedua-duanya sekaligus namun tidak juga mustahil. Contoh lain,seorang yang berpengetahuan tentang menjahit,dia tahu teorinya-menjahit adalah memasukkan benang ke jarum,,,- Tapi,apabila disuruh menjahit tidak tentu dia tahu.
Sesungguhnya kita dapati sesetengah ahli tatabahasa yang tahu tentang semua peraturan bahasa,tetapi tidak mampu mengarang  malah menggubah puisi mudah.Seperti juga,seorang puitis yang kata-katanya mampu menggetarkan jiwa pendengar namun tidak dapat membezakan subjek dengan predikat suatu ayat kerana sama sekali tidak mengetahui peraturan tatabahasa.

Namun pendapat ini tidak boleh digunakan dalam sesetengah hal.Pakar bahasa,Sibawayh menguasai kedua-duanya dengan baik sekali.Beliau tidak merasa puas dengan sekadar mnghuraikan peraturan-peraturan bahasa,tetapi mengisi kitab-kitabnya dengan contoh-contoh peribahasa dan puisi Arab. Jadi penulisannya membantu beliau dalam kemahiran menulis sehinggakan ramai yang terpaku dengan kefasihan lidah beliau. 



Kesimpulannya, Ibnu Khaldun mengambil berat setiap bidang ilmu dan tidak memandang dari sudut teori sahaja ,malah perlu diselarasakan dengan praktikalnya.Proses ini akan berulang-ulang dan terus berulang sehinggalah ia menjadi sesuatu yang dipanggil kemahiran.

Wallahua3lam.

sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar
 

Blog Template by BloggerCandy.com