Pages

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Saidatina Ummu Aiman


Bismillah...

Tahu tak Saidatina UMMU AIMAN r.a ada dua orang sebenarnya??!!

Yup...ada 2 orang Ummu Aiman di rumah alHabib-sollallahu alayhi wasallam-. Dan kedua-duanya dari Habsyah(Ethiopia).

1)Ummu Aiman-pengasuh al-Habib s.a.w.

Aiman merupakan hasil perkahwinan Ummu Aiman bersama Ubaidillah alHabasyi. Aiman meninggal dunia selepas Fathu Makkah.
Ummu Aiman r.a datang bersama2 tentera Abrahah yang datang utk menghancurkan Kaabah. Datuk alHabib,Abdul Muthollib berjumpa dengan Abrahah bagi menuntut unta2 yg dirampas. Abrahah terkejut krn beliau hanya meminta unta bukan utk menghalangnya dari menghancurkan Kaabah. Abdul Muthollib menerangkan bahawa ada Tuan yang memelihara Kaabah sedangkan beliau adalah Tuan empunya unta2. Dengan rasa takjub akn jwpn yg diterima, Abrahah menghadiahkan budak perempuan iaitu Ummu Aiman utk berkhidmat kpd Abdul Muthollib. Abdul Muthollib menerimanya...dan apabila anak beliau s.Abdullah r.a (ayahanda alHabib) menikahi s.Aminah r.a (bonda alHabib) Abdul Muthollib menghadiahkan Ummu Aiman kepada s.Abdullah...dan seterusnya sampai ke tangan alHabib s.a.w.
AlHabib s.a.w juga telah mengahwinkan Ummu Aiman dengan s.Zaid bin Haritsah lalu dengan itu lahirlah s.Usamah bin Zaid, komander Islam yang termuda.
Beliau wafat 5 bulan selepas kewafatan alHabib s.a.w iaitu sebulan sblm kewafatan saidatina Fatimah, ummu sibthoin.
 


2)Ummu Aiman - hamba yang berkhidmat kpd saidatina Ummu Salamah r.a (isteri alHabib)

Apabila suami beliau,Abu Salamah meninggal dunia, alHabib pun mengahwini beliau. S.Ummu Salamah pernah berhijrah ke Habsyah. Sekembalinya dari Habsyah,beliau membawa seorang perempuan iaitu Ummu Aiman utk membantunya. Dan apabila mengahwini alHabib,Ummu Aiman turut dibawa bersama.
Dan Ummu Aiman inilah yang meminum air kencing alHabib...dan baginda berkata beliau tidak akan sakit perut atau perutnya tidak akan disentuh api neraka.

Tunggu sambungannya...

Wallahua3lam
Via kitab Sahih Muslim, dars Fajr -maulana Sheikh Yusri h.a

Monday, January 6, 2014

Jundub bin Junadah


Bismillah...



Harus bagi seseorang dinamakan dengan kuniyahnya sekiranya ia masyhur dengan nama itu.

Tahukah anda nama sebenar,sahabat alHabib s.a.w ialah Jundub bin Junadah? Namun beliau masyhur dipanggil dgn kuniyahnya.

Sabda alHabib s.a.w :
(( يرحم الله أبا ذر, يمشي وحدة ويموت وحدة ويبعث وحدة))
Semoga Allah merahmati Abu Zar yang hidup sendirian, wafat sendirian,dan akan dibangkitkan sendirian.

P/s Kuniyah adalah nama julukan seseorang dgn meletakkan di hadapan namanya 'abu' utk lelaki atau 'ummu' utk perempuan. Kuniyah alHabib s.a.w : abu alQassim.

Wallahua3lam.

Via maulana Sheikh Yusri h.a,dars Sahih Muslim.

Wednesday, December 25, 2013

Penghuni Bumi yang pertama?



Bismillah,,,


Alhamdulillah sangat seronok akhirnya dapat jawapan.
Semuanya bermula semasa saya sedang lihat satu video ni di youtube,satu rancangan di Indonesia,rancangan Trans. Tak ingat tajuk apa,,tapi dokumentari tentang pembongkaran misteri. Saya tengok masa tu tentang  awal kejadian manusia.
Persoalan di akhir video tentang ayat,




Allah s.w.t العليم العالم العلام  Ilmu s.w.t tiada had. Malah Allah s.w.t mengetahui  كلي و جزئي Tiada apa yang tersorok daripada pengetahuan Allah tidak masa silam tidak masa hadapan.Tiada yang bersifat dengan sifat Allah swt.
Namun Malaikat di sini seolah2 mengetahui tentang jika ditaklifkan manusia untuk mengimarahkan bumi ini pasti hanya kerosakan yang akan dilakukan bangsa yang bernama manusia ini.Mereka akan saling menumpahkan darah.


Atau ,,,adakah ada manusia lain sebelum Nabi Adam a.s  sehinggakan Malaikat r.a berkata sedemikian?



Lepas tu  video tu habis macam tu,,,,meninggalkan aku kecengangan. Tanya roommate,dia peminat Tafsir dan Hafizah lagi. Dia pun turut tercengang. Kami sama2 buntu.
 Baru-baru ni masa kelas alQuran aku Tanya lecturer sbb masa tu maulana Dr sedang mensyarah ayat :




Tapi penerangan Dr kurang jelas . Mungkin aku pun tak berapa faham sbb Dr cakap dengan lahgah ammiy yg pekat.



Kelas tutor,,,trial exam,,malas,,,alasan,,,

Membuatkan aku terlupa utk mengkaji,mencari,,,



Suatu hari, (semalam lah,,^0^) Otak tak boleh masuk dah dengan Adab Nusus,UsulFikh lagi,,memang tepu beku. Aku pun renggang2 kan otak sikit belek kitab الكامل في التارخ karya Ibnu Athir r.a



Memang seronok,sheikh muallif menceritakan tentang awal makhluk yg dicipta Allah (pena) dan seterusnya. Aku teruskan lagi pembacaan tentang khilaf pada zaman,,,seronok. Habis tajuk,akhirnya mesti   WOW !!!
Sebelum tidur aku sambung tentang penciptaan Nabi Adam a.s.  Kisah tentang bagaimana bumi memohon perlindungan pada Allah di saat malaikat Jibril a.s ingin mengambil tanah.
Kisah di mana takabburnya Iblis,sehinggakan Iblis menendang tubuh Adam a.s yang telah dibiarkan 40 tahun untuk mengeraskan tanah liat tersebut.
Sehinggalah pada fakroh tentang penciptaan Adam a.s menerangkan  ayat Surah alBaqarah iaitu :





 "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang seperti bangsa jin yang membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya". ---riwayat Ibnu Abbas.
 

Rupa-rupaya bangsa jin adalah yang pertama Allah utuskan di bumi,selepas itu mereka membuat kerosakan dan pembunuhan.

Jadi Malaikat khuatir manusia akan membuat  kerosakan yang sama.
Maulana Sheikh juga merujuknya di kitab Tarikh  Imam Thobari r.a dan Imam Ibnu Kathir r.a .
Lega rasanya dapat jawapan. Tapi tak memberi suatu kepuasan pada saya utk menerima riwayat ini.

Saya tak boleh nak buat further bahas kerana kekurangan rujukan. Dan saya pun tak check lagi taraf hadis tersebut. Ni memang kerja lepas exam insyaAllah.

Lagi satu persoalan yang roommate sya tujukan ialah tentang perkahwinan Saidatina Khadijah r.a dengan alHabebb s.a.w . Adakah S.Khadijah yang melamar atau ada perantara.
Rujukan yang saya ada cumalah kitab kuliah,kitab sirah Ibnu Hisyam,kitab alKamil. Musykilah saya nak tawfiq antara  nusus kalimahو تعارضت  بعثت و أرسلت إليه .
So,,,kena buat banyak research lagi.Tapi sebenarnya kalau search di google ada je jwapan. Tapi lebih seronok klu kita yg jumpa sendiri.

Wallahua3lam,,doakan. Nak baca madah Orientalis pula!



Friday, March 22, 2013

Abdur Rahman Hurmuz,seorang Murobit.







Bismillah,,,

~Murobit dari kalangan Tabieen~

Abdur Rahman Hurmuz berasal dari Madinah Munawwarah tetapi dikebumikan di Iskandariah,Mesir. Beliau merupakan anak murid kepada saidina Abu Hurairah,sahabat alHabeeb s.a.w. Beliau seorang yang abid,alim dalam Tafsir,Hadith,Bahasa dan Qiroat. Dan beliau digelar الأعراج kerana tempang. Beliau juga merupakan sahib silsilah zahabiyah dalam periwayatan hadis berisnadkan Abu Hurairah,

" عن أبي زناد عن الأعراج عن أبي هريرة "

Abdur Rahman Hurmuz telah membahagikan tahunnya kepada 4 bahagian:
-3bulan :Beliau berniaga,jauh melalui terusan Suez.
-3bulan :untuk ilmu,,,belajar dan mengajar.
-3bulan :menunaikan haji.
-3bulan :menjaga sempadan negara di Iskandariah.

Allah telah memilih beliau utk wafat pada bulan Ribat/jihad iaitu pada 3bulan dari setahun beliau yang diperuntukkan untuk mejaga keselamatan sempadan di Iskandariah.

Allah telah menjanjikan bagi alMurobitun pahala dan kelebihan yang berlipatganda. Ribat adalah (perjuangan/penjagaan/pengawasan/pengawalan). Antara kelebihannya ialah semalaman kita ribat di jalan Allah bersamaan dgn seribu malam kita berpuasa dan qiyam. Pahala setiap amalan soleh akan berterusan sehingga ke hari Kiamat walaupun kita sudah tiada di muka bumi.Allah akan meluaskan rezeki kita sehingga ke anak cucu dan kita akan aman dari fitnah syaitan dan kubur. Allah juga akan membangkitkan kita kelak di hari Kiamat dalam tanpa rasa resah gelisah.

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah, sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. H/r Muslim. 133

*  keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk

Maulana Sheikh Yusri menerangkan bhw tidaklah alMurobitun di jalan Allah adalah yang hanya berkawal di sempadan Rafah bahkan setiap kali kita berjuang untuk taat kepada Allah adalah alMurobitun kerana kita berjuang menahan diri dari godaan Syaitan.
So,apa2 shj ibadah yg dilakukan hatta utk menuntut ilmu atau ketika tension bnyk sgt benda nk kena hantar niatkan Ribat di Jalan Allah! Semoga kita tergolong dlm alMurobitun fi sabilillah.
Wallahua3lam.

via Maulana Sheikh Yusri h.a, Sunan Ibnu Majah, kitab Jihad.

Sunday, January 27, 2013

Menjadi seorang guru,,

 Bismillah,,,

Ibnu Khaldun dalam karyanya Mukaddimah yang merupakan sintesis yang paling lengkap dalam Ilmu Kemanusiaan telah memuatkan sembilan bab penting yang perlu kita sebagai seorang pelajar ilmu menghadamnya. Antara sembilan bab itu ialah ‘Pengetahuan dan Masyarakat’.
Ibnu Khaldun telah menghuraikan bab ini dengan begitu cantik dan mendalam sekali.  Jika Imam Syafie menetapkan enam syarat untuk menjadi seorang penuntut ilmu iaitu berdamping dengan guru.Ibnu Khaldun telah menghuraikan dalam kitab beliau panduan menjadi seorang guru.



Proses Pembelajaran
Untuk menghasilkan pelajar yang mantap dan berkualiti,proses pembelajaran yang perlu dilaluinya mestilah secara sistematik dan sedikit-sedikit.Tergesa-gesa dalam menuntut ilmu tidak membawa sebarang faedah. Tiga proses yang perlu seseorang guru terapkan iaitu pertama membincangkan masalah pokok terdahulu tanpa membincangkan masalah cabang boleh yang mengelirukan pelajar. Kemudian,bila guru mendapati pelajar itu sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya,barulah menerangkan  ilmu dengan pendapat-pendapat dan masalah-masalah yang rumit. Setelah itu,bawa kembali murid ke peringkat awal agar ilmu itu dapat diliputi secara keseluruhan.
 
Kebanyakan guru-guru  zaman sekarang kurang mengetahui cara mengajar yang efektif dengan membebankan para pelajar dengan masalah-masalah yang kabur. Pelajar terpaksa memeras otak bagi memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah.Guru-guru kadang-kadang menyesakkan pelajar dengan perbincangan-perbincangan yang tinggi tanpa pelajar itu bersedia . Jadi,pada akhirnya pelajar merasa jemu dan menganggap sesuatu bidang ilmu itu payah.Ini sangat bahaya.

Masa Belajar
Jangan memperuntukkan masa yang lama untuk sebuah buku dan jangan menghentikan jam belajar tidak pada tempatnya. Jika sekali kita baca pendapat ini sepertinya bercanggah dengan syarat lain Imam as Syafie bagi penuntut ilmu iaitu طول الصحبة . Namun apa yang saya fahami,mungkin Ibnu Khaldun melihat suasana pembelajaran pada waktu itu. Dan semestinya zaman itu dan zaman sekarang berbeza benar dengan zaman para sahabat dan tabien. Mereka menuntut ilmu bersungguh-sungguh ,tidak mengenal waktu.Ibarat orang yang kehausan di padang pasir,apabila mendapati  walau segelas air pasti diteguknya sehingga tiada yang tersisa.Begitulah lumrah orang yang menuntut ilmu.Mereka dahagakan ilmu sehingga mereka merasakan setiap ilmu itu harus mereka dapatkannya.Berbalik pada pendapat Ibnu Khaldun,guru harus menjaga masa mengajar kerana jika tidak pelajar akan lupa perkaitan antara bahagian-bahagian dalam sesuatu ilmu pengetahuan  dan ingatlah konsep kemahiran iaitu sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang dan berterusan. Oleh itu,guru seharusnya tidak membingungkan pelajar dengan dua buku sekali gus kerana kan menyebabkan perhatian pelajar terbahagi dua.

Buku
Berlebih-lebihnya Ikhtisar dalm ilmu pengetahuan hanya merosakkan ilmu pengetahuan. Ikhtisar ini terdiri daripada sejumlah masalah-masalah tentang mata pelajaran dan tentang bukti-bukti  daripadanya , dalam bentuk yang ringkas dan tiap-tiap kalimatnya padat dengan istilah-istilah yang diambil dari ilmu pengetahuan.Cara ini merugikan para pelajar kerana mereka tidak bersedia untuk belajar tetapi tiba-tiba mendapati dirinya berhadapan dengan bahagian-bahagia yang tinggi dalam matapelajaran. Seterusnya,cara ini amat merugikan waktu dan kerja pelajar kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk memahami istilah-istilah yang kabur. Dan semestinya kemahiran yang diperoleh pelajar kurang sempurnya jika hendak dibandingkan dengan kemahiran yang dihasilkan daripada hasil penyelidikan yang mengambil proses yang lama dan berulang-ulang.

Perjalanan dan belajar
Proses pembelajaran akan lebih sempurna jika kita mencari dan bertemu guru.Hubungan secara terus  antara guru dan pelajar atau bahasa  mudahnya talaqqi akan menyebabkan pelajar lebih menghayati watak,sifat dan fikiran guru tersebut. Jadi,sesuatu kemahiran itu dapat dikuasai pelajar dengan lebih mendalam dan sempurna.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukaddimah telah membahagikan ilmu kepada dua : Ilmu Alat dan Ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah dasarnya. Ibnu Khaldun menasihatkan supaya tidak menghabiskan banyak masa mempelajari ilmu alat (seperti Bahasa dan Mantiq). Tidak salah untuk mempelajarinya kerana ianya membantu pelajar dalam memberi pengertian yang jelas  tentang sesuatu istilah dan memudahkan pelajar untuk sampai ke ilmu pengetahuan yang dipelajari kerana faedah dasarnya itu tadi.Belajarlah Ilmu Alat sekadar yang perlu ,tiada perbincangan yang hebat kerana khuatir akan menyimpangkan pelajar dari tujuan . Peruntukan masa yang banyak untuk ilmu alat juga boleh menyekat penguasaan ilmu yang lain.Hidup ini singkat dan amat mustahil untuk kita menguasai  kesemua ilmu.Dan inilah yang banyak dilakukan pemikir-pemikir zaman ini.

 Wallahua3lam


sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar

Ilmu Pengetahuan menurut Ibnu Khaldun


Bismillah,,

Ilmu pengetahuan itu amat penting dalam kehidupan setiap insan kerana dengannya kita dapat membezakan antara  manusia dan haiwan. Seperti yang kita semua tahu,kita berkongsi tabiat dengan haiwan,dari segi perasaan,gerak-geri dan keperluan. Kita perlukan makanan dan perlindungan seperti mana haiwan pun.

sepupu I


Namun,dengan ilmu kita boleh mendapatkan lebih hasil makanan,lebih kualiti,perlindungan yang lebih selesa dan kondusif bagi menjamin keharmonian keluarga dan komuniti sesebuah masyarakat.
Jadi,bagi mengecapi kesemua ini,kita perlu ada  Kemahiran dan Pertukangan. Kemahiran dapat diertikan sebagai suatu sifat yang berurat berakar hasil daripada tindakan yang berulang-ulang sehingga bentuk tindakan itu melekat dengan kukuhnya (dalam pemikiran).Pertukangan pula merupakan suatu kemahiran yang praktis dan intelektual yang bersangkut-paut dengan badan dan pancaindera.

Kemahiran dan Pertukangan tidak pernah sempurna,ia adalah proses yang memakan masa yang panjang.Manusia akan terus berfikir agar kesinambunagn hayat dapat diteruskan.Dengan itu rekaan baru akan dicipta,yang akan melahirkan pertukangan-pertukangan baru dan selanjutnya memajukan pertukangan yang lama.

Ibnu Khaldun juga mengemukakan pendapat beliau dalam pengkhususan kemahiran. Seseorang yang telah memperoleh sesuatu kemahiran  dalam sesuatu jenis pertukangan jarang mahir dalam kemahiran yang lain. Contoh,seorang tukang jahit yang mahir dalam kemahiran menjahit jarang mahir dalam membuat rumah.Ini kerana kemahiran dalam menjahit itu telah menjadi darah daging baginya.Namun,boleh jadi dia  mempunyai kemahiran lain sekiranya kemahiran yang pertama belum dia kuasai sepenuhnya atau mewarnai fikirannya. Ibnu Khaldun telah menyifatkan kemahiran sebagai sifat atau warna jiwa yang tak mungkin berkumpul semuanya sekali.Manakan boleh bercampur merah dan hijau.

Namun,sesetengah hal yang istimewa,dua kemahiran boleh besatu.Mereka adalah orang-orang yang telah Allah beri keistimewaan.Kita boleh lihat ramai ulamak-ulamak terdahulu yang beliaulah pakar hadis dan pada masa yang sama beliau juga ahli tafsir..

Kemahiran dan Pengetahuan Kemahiran

Adakah perbezaan antara kedua-duanya? Tentu sekali. Ibnu Khaldun telah menjawab dalam kitabnya. Contoh mudah,Bahasa dan Tatabahasa. Bahasa adalah bahasa itu sendiri,dan tatabahasa adalah undang-undang atau pola yang menjadi dasar bahasa tersebut. Namun begitu,tak semua orang menguasai kedua-duanya sekaligus namun tidak juga mustahil. Contoh lain,seorang yang berpengetahuan tentang menjahit,dia tahu teorinya-menjahit adalah memasukkan benang ke jarum,,,- Tapi,apabila disuruh menjahit tidak tentu dia tahu.
Sesungguhnya kita dapati sesetengah ahli tatabahasa yang tahu tentang semua peraturan bahasa,tetapi tidak mampu mengarang  malah menggubah puisi mudah.Seperti juga,seorang puitis yang kata-katanya mampu menggetarkan jiwa pendengar namun tidak dapat membezakan subjek dengan predikat suatu ayat kerana sama sekali tidak mengetahui peraturan tatabahasa.

Namun pendapat ini tidak boleh digunakan dalam sesetengah hal.Pakar bahasa,Sibawayh menguasai kedua-duanya dengan baik sekali.Beliau tidak merasa puas dengan sekadar mnghuraikan peraturan-peraturan bahasa,tetapi mengisi kitab-kitabnya dengan contoh-contoh peribahasa dan puisi Arab. Jadi penulisannya membantu beliau dalam kemahiran menulis sehinggakan ramai yang terpaku dengan kefasihan lidah beliau. 



Kesimpulannya, Ibnu Khaldun mengambil berat setiap bidang ilmu dan tidak memandang dari sudut teori sahaja ,malah perlu diselarasakan dengan praktikalnya.Proses ini akan berulang-ulang dan terus berulang sehinggalah ia menjadi sesuatu yang dipanggil kemahiran.

Wallahua3lam.

sumber :
Filsafat Ibnu Khaldun,Charles Issawi
diterjemahkan oleh Ali Munawar
 

Blog Template by BloggerCandy.com