Pages

Thursday, June 17, 2010

Bday Gurl ke Giza!


Aku bangun selepas azan subuh berkumandang.Hisy,xsempat lagi…Geram.Hatiku melonjak apabila membaca sms ‘Hepi Bday’ dari mak dan abah.Alaa,dh tua(opss salah istilah,MATANG) dh 19 thun,waaa.Alhmdulillah,allah masih beri aku peluang dan kepercayaan untuk mengimarahkan dunia ini.Buka FB di hp,bnyknya Notifications.Terima kasih kepada yang masih mengingati saya.Sunyinya QN,aku mgerakkan kawan2ku otk solat subuh.
Selepas solat,aku pun mebaca surah Kahfi seperti biasa.Ku buka YM,uit bnyk buzz! Inilah kot keterujaan Bday Gurl,Alhmdulillah! Bersembang sebentar dengan Ucu Nana dan sahabat,Firdaus yang mengkhabarkan berita gembira bhw dia akan ke universiti.Keputusan Matriks yang cemerlang melayakkannya mnymbung pelajaran ke menara gading.Tahniah Firdaus.Jgn lupa solat sunat syukur!
Akumeneruskan penulisanku.Destinasi kali ini,Giza.Its like dream comes true.Kerana pada permulaannya,hadaf aku ke Mesir adalah kerana hendak belajar di al-Azhar dan pyramid(al-Ahram).Kami ditemani Ikhwah seramai 2 orang yang menjadi musyrif kami.Memang layak dapat anugerah ‘Musyrif Mithali’ kerana bersabar melayan karenah kami ,akhawat 2nd batch seramai 10 orang.






Sepanjang perjalanan, hatiku tidak sabar2 .Justeru,apabila aku melihat sahaja bucuan pyramid dari tingkap Tremco,kuterus mengujutkan sahabat2ku yang baru dibuai mimpi,sangkaan mereka perjalanan mengambil masa 2jam,sebenarnya 30 minit sahaja dari rumah kami di Kaherah.
Di sana,ada 3 piramid besar dan Sphinx.Kami tidak menang tangan bergambar.Disebabkan keterikan matahari pagi dan perlakuan yang agak kurang enak daripada para pelancong Eropah,kami senantiasa menjaga dan menundukkan pandangan kami.
Sahabat2ku yang begitu teruja bergambar,teringin bergambar bersama unta.Terdapat bnyk perkhidmatan tunggangan binatang spt unta dan kuda kerana jarak antara satu pyramid ke satu pyramid agak jauh. Aku telah menasihati mereka agar melupakan niat mereka.Ttp,wallahualam,mungkin kerana keterujaan, mereka tidak mengendahkan nasihatku.Aku bercakap berdasarkan pengalamanku dan keluarga yang pernah terkena sewaktu di Jabal Rahmah. Almuhim,sahabat2ku agak keberangan apabila lelaki yang menawarkan khidmat tunggangan meminta bayaran hanya disebabkan BergambaR. Aku hanya mendiamkan diri,bkn tidak mahu membantu.Tetapi,itulah yang dinamakan pengalaman.Klu tidak para sahabat tidak akan mengerti..










Selepas melawat ketiga-tiga pyramid,kami meneruskan perjalanan ke tempat peraduan isteri Firaun.Keterikan matahari dan jalan yang diliputi najis unta dan kuda menyesakkan nafas kami.Namun,kami gagah juga.Di dalam tempat peraduan,ada lubang2.We were wndering how the queen sleeps.Bt,no one knows.
Kami keluar stlh puas mrehatkan diri.Musyrif #2 meminta kami meneruskan perjalanan kerana ada ‘tempat yang paling cantik’.Kami pun akur walaupun hati tidak 100 peratus setuju kerana air telah mengawal segala pergerakan minda kami..Akhirnya sampai juga di ‘tempat paling cantik’.Udara segar dan agak dingin melegakan kami.Itu tidak penting,kerana kami ternampak di suatu sudut perempuan dalam lingkungan 50-an menjual…..AIR!!!! Kami berlari (dgn kesopanan,musy mungkin azhariah nak lari mcm Watson Nyambek,betoiii ke,aku main sebut je). Harga air? Fuh,mahal khalis.Teringat aku,ketika aku dan keluarga bercuti d Bukit Tinggi,Pahang.Mahal mcm kat Ahramat(pyramids) la juga. Satu botol mineral LE5,puas aku memujuk dengan suara yang agk kemanjaan(hehe), tidak menjadi.Kebal juga mama ni. Namun,dahaga menbatasi segala-galanya,kami terus bayar dan merasakan kedinginan air mineral yang sejuk yang meluncur laju melalui anak tekak.Kata sahabat, ‘ LE5,dapat 5 air asob(tebu).’
Kami meneruskan perjalanan ke Abu Hul (Sphinx).Di sepanjang perjalanan ,ada juga yang menjual cenderamata dan minuman.Aku yang tidak hilang dahaga kerana berkongsi minuman dengan sahabat,terus menanyakan harga air mineral.LE5? Main Fasy,lepas tu penjual itu mengurangkan harga kepada LE3.Aku minta LE2,xboleh.Masyi Amu. Wah,klu tahu ,tak beli kat mama tadi.


Abu Hul….teringat aku kepada blog aku yang pertama dnsphinx,dh lama x upd8 sjak ada blg yang baru ini.Aku pun bergambar sakan.Terik pun teriklah.Lepas ni tak pergi dah.Aku agak terkilan kerana tidak ke The King of Valleys,spt yg kutonton di Nat Geo. Kudengar harga untuk masuk ke dalam pyramid untuk melihat mumia,haraganya mencecah shg ratusan.Tidak tahu sahih atau tidak.Yang penting aku dah tgk abu hul dan pyramid wth my own eyes.Itupun Alhamdulillah.Sebelum melangkah pulang,hatiku tertarik kepada topi ala2 topi yang sahabatku pakai.Aku yang hanya bawa sunglass ke Ahramat ni teringin juga nak pakai topi,kat Malaysia xboleh.Hang jgn nak buat gharib2 + malu! Dari LE20 aku takhfid(minta kurang) ke LE15.Masyi Amu.Bergaya semua orang!Padahal di Giza Zoo,LE10 je.Semua kaya,baru keluar Sorofah(Money Exchange).
Kesimpulannya,ada 3 pengajaran yang kami dapat di Ahramat:-
1)Jangan lupa bawa air dalam beg(masa Ain Sukhnah,elok je bw)
2)Pergi pada musim sejuk(dah musim panas baru pergi,hah terimalah akibatnya)
3)Jangan bergambar dengan unta2,kuda2.(jauh2 xpe)
3)Pandai tawar harga(kaedah? Korang pandai2 la).
Perut berkeroncong lagu burung pipit.Kami pun open table,dlm tremco je.Mkann Tghari dmassak akhwat Bait Qura.Akhwt Qasr Nuha menyediakan sarapan berupa sandwich yang dah separuh habis semasa menunggu Tremco ,satu jam di Laman ilmu Tun Habib Omar(library di rumah kami)







Baik,kami teruskan ke destinasi ke2,Zoo Giza! Haiwan pertama: kucing,anjing.Aik,di Madinat Masr(Bandar kami duduk) pun ada juga. Slps itu kami ke haiwan seterusnyamrusa.Aku beri rusa makan. Selepas itu keluar,mencari haiwan yang lebih ganas….auuummm…! Kami jumpa Burung Unta.Amboi,jalan seperti model lelaki. Nama: Lembi,Adam dan Prince.


Kami teruskan perjalanan meredah zoo.Alhamdulillah,agak redup di sana kerna dilitupi pokok2 besar.Kami ke tempt anjing laut.Bnyk org2 arab menngelilinginya.Sepertinya anjing laut itu tidak banyak membuat aksi yang lucu spt di Msia,mgkin kerana tidak terlatih(mgkin ye,berdasarkan ilmu saya yang cetek).Anjing laut itu berenang dalam kolam,dan membuatkan kami ‘terliur’ melihat kesejukan air kolam.Klu bersih,kami terjun dah.Nasib baik akal kami masih waras.Klu x, msk akhbar Ahram,’10 pelajar al-Azhar merampas kolam Anjing Laut.’ Tak pasal2.Apa nak jawab dgn pihak ARB??
Selepas itu kami melihat beruang,ada yang bergaduh,ada yang gaya kepenatan di sangkar,ada juga yang menggerakkan kepala dan badan seperti sedang berzikir.Tetepi,beruang2 ni makan kurma.Amboi,cukup khasiat.No wonder how tough n chubby they were,macam WonderPet!

Ekor Merak yang berwrna –warni menarik perhatian kami.Kami terus berjalan mencari…buaya!!Tetapi sahabat2ku sudah keletihan.Jadi aku menawarkan diri untuk mencari buaya bersama sahabat yang lain.Jika ada ,aku ‘miss call’. Kami minum Mirinda dahulu spy ada tenaga.Jauhnya tempat buaya.Jam menunjukkan tepat pukul 3. Aku pun bersiap-siap untuk menyahut seruan Allah,(zohor,la).
Slps itu,aku mnghubungi sahabat2 dan meminta mereka bersembahyang dahulu.Mereka kata mereka dah jumpa dengan buaya.Siap pegang dan bergambar dengan ular.Alaaaaaa…..nk ikut.Tapi,mrk kata jauh.Alaaaaa….melepas aku.Xpe,klu pergi pun,ko nk pgg ke Nisha???!Jawab!
Sementara tunggu sahabat2 solat,aku pun melyan diri,melihat karenah orang2 arab.Tiba2 aku ditegur 2 orang kembar,kanak2 Arab.Aku pun bersembang2 dgn mrk,di samping mengisi waktu terluang blh juga mengkatkan maharat Muhadasah(conversation). Kanak2 ini namanya: Ismail dan Umniah,bercakpa Fushah.Bagus,jarang nak jumpa kerana rata2 kanak2 arab bercakap Ammi(bhs pasar).Kami bersembang.Namaku yang masyhur klu orang Arab tanya,’Noura’ hehe(teringat filem Ayat2 Cinta).
Sebelum itu,mrk bersembang dgn pak2 Musyrif kami,namanya ehem dan uhum.Aik,Ustaz menipu nama yer?? X baik…kan dah masuk Rejab.

Selepas itu kami mencuci mata di mall ,tidak tahu namanya,tetapi banyak menjual pakaian lelaki.Sahabat2 ku hanya ke kedai menjual cenderamata.Aku hanya membeli 4 gelang.2 untuk adik2 yang tercinta di Msia.Selepas itu kami menunaikan solat di Mall.This is the best thing in Egypt.You can pray at any place.Theres quite comfortable musolla n a nice toilet(mostly filthy,lol) .Unlike,Malaysia,we must find Mosque first.Its not supermarket in Malaysia doesn’t has musolla.Tetapi mgkin ma xselesa dan la budda blk rumah atau pergi masjid.Blk ni kena islah,boleh shopping satu hari suntuk,tetapi solat kat nafsil mall.

Selepas itu kami bergerak pulang,keletihan,Komik Miki di tangan tidak dapat kuteruskan lagi.Bgus baca komik.Bkn sahaja tarwih(fun),tetapi bahasa fushah di dalamnya sesuai digunakan untuk kehidupan seharian..Blk rumah,air buat hal.Lps Maghrib ada mesyuarat di Musolla dan bacaan Yaasin.Tetapi sms mesyuarat,aku tidak tahu apa yang aku dengar,sebab mcm tidak dengar apa2.Kurasakan kata2 ustaz seperti menari2 di cuping.Then,vanished!Mlm ini aku tidur awal….keseronokkan memikirkan jaulah di siang hari.Terima kasih kpd yang terlibat…akhwat 2nd batch dan musyrifani.
I really enjoyd myself n indeed,it’s the best p-thing in my life!!Alhamdulillah.
Kang adik2 aku confirm tanya: p-thing =present.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com