Pages

Tuesday, June 15, 2010

Marahkan anda ????



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Saya sedang membelek2 himpunan hadith 40 sebelum kawan2 saya panggil untuk
berjemaah solat Subuh.Hati saya tertarik dengan Hadith yang ke 16-Menahan Marah.Hadith tersebut:

Daripada Abu Hurairah r.a,seseorang telah berkata kepada Nabi s.a.w: “Berpesanlah kepadaku!Jawab Nabi s.a.w: “Jangan marah!” Orang tersebut mengulangi kata-katanya berkali-kali.Rasulullah s.a.w tetap menjawab: “Jangan marah”

Saya terdiam sebentar,cuba mengingati sesuatu.Sepertinya saya dan marah adalah sesuatu yang lazim.Kenapa? Saya cuba mengingati hari semalam,semasa saya dan seorang sahabat saya ke pasar berdekatan Masjid Hussein di Hayyu Azhar untuk membeli barang2 yang dipesan keluarga. Adakah saya melalui hari tersebut dengan penuh kesabaran? Hurm,tidak. Dibawah sinaran matahari dan muamalah bersama orang arab memerlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi apabila Mesir sekarang berada di ambang musim panas,kehangatannya mengingatkan saya semasa saya dan keluarga mengerjakan umrah di Baitullah.Almuhim,ada sesetengah peniaga yang baik hati,bt when it comes to the bad ones,Allah knows better. Ada sebuah kedai yang kami kunjungi,kami baru 5 minit memilih,peniaga tersebut suruh cepat.Enaknya dia melontarkan kata bahawa kami ini lambat.Pertama kali dia berkata begitu,saya membalas ,perempuan memang begini.Kali kedua,saya terus mengugut untuk keluar dari kedai dengan nada yang agak tinggi. Hati saya agak membara.Di manakah hak pelanggan untuk memilih?Situasi lain, sesetengah peniaga ada yang tidak mengendahkan kehadiran kami,ada juga yang megejek-ejek kami.Ada juga yang mentasywikkan kami dengan harga lain,apabila kami mendekati kedainya,dia terus menukar harga.Tetapi,kejadian di sebuah pasar di Mansoura memang menaikkkan darah saya apabila ketika saya menoleh belakang untuk memanggil sahabat saya dan ada seorang pemuda meletakkan mukanya di hadapan saya.Apabila saya menoleh ke hadapan,diibaratkan hanya sehelai kertas yang memisahkan wajah kami. Tetapi,tidak semua peniaga arab begitu.Ada yang baaaaiiiiikkkk sangat,kuwais awi. Segelintir sahaja yang nakal sedikit.Jumpa sekumpulan pelancong Malaysia,mak cik2 tak senyum pun pada kami.Kami puas bagi lirikan senyuman yang menawan,siap bagi salam lagi,tetapi hanya disambut oleh suami mak cik2.Apa ni?Kami baru teruja jumpa orang Malaysia,tapi mcm ini dilayan??Angin satu badan!Husnuzzon,mereka penat.

Perkara pokoknya,kenapa saya gagal mengawal marah.Darah muda barangkali?Cuaca yang panas?Hasutan syaitan?

Ingatlah sahabat,terdapat 2 kategori marah,iatu marah yang tercela(iaitu marah kerana urusan dunia) dan marah yang terpuji(iaitu marah kerana Allah dan kebenaran).
Arahan Rasulullah s.a.w, “Jangan marah!” mengandungi 2 perkara,iaitu untuk:
a.Melatih diri berlembut dan bersabar.
b.Slps rasa marah diperintah supaya jangan bertindak di atas kemarahan.Lumrahnya,seseorang tidak boleh menghindari rasa marah tetapi ia boleh menahan diri daripada bertindak di luar batasan.

Kemarahan boleh diredakan dengan Isti’azah,mengubah keadaan diri; dari diri ke duduk dan berwudhuk.Ini kerana marah daripada syaitan.Syaitan dari api.Nak padam api?Gunalah air,dan mengambil sikap berdiam diri.

Marilah kita munasabah diri kita supaya belajar mengawal marah kerana Allah menjaminkan syurga bagi orang yang memadamkan api kemarahan.




(santapan pagi sebelum ke Hussein,roti John,I wonder is it John who invented this roti??)





(salah sebuah kedai yang terdapat di sana)



(melepaskan lelah di hadapan Masjid Hussein.Itu baru barang2 untuk family)


(Mcm inilah rupa kedai jam di Kaherah.Sempat bersembang dengan pemilik kedai tentang FIFA,bola sepak(yea kot).Habis sembang,jam pun siap dibaiki.Yang baiknya,pak cik tersebut tidak mengenakan bayaran.Saya hanya mampu bertanya,'Bibalasy?'

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com