Pages

Tuesday, June 15, 2010

Mereka yang berdiri di belakangku....


Semua orang idamkan keluarga bahagia.Ia merupakan satu nikmat Allah kpd sesiapa yang Dia kehendaki. Seperti blog saya yang lepas keluarga tulang belakang kita.Memang tidak saya nafikan ,berdirinya saya pada hari ini adalah kerana teguhnya sokongan keluarga di belakang saya.Keluaraga saya tidaklah sebesar sahabat2 saya yang lain.Dan saya selesa.Mungkin sebab itu saya agak ‘manja’ berbanding sepupu saya yang lain.Abah saya selalu tegur spy saya lebih tegas sedikit.Tetapi kdg2 abah saya pun manja.Dia pun 3 org adik-beradik juga,seperti saya.

Abah,Suhaimi Mohamed.September ini genaplah abah 45 tahun.Abah seorang jurutera di Freescale(dahulunya Motorola di Sg.Wei) ,lulusan University of Nebraska.Abah garang,kdg2 dia suka marah tak bertempat.But deep inside,he was sooooo caring.Abah suka buat lawak mcm tok wan.Saya suka tgk abah senyum,mcm kucing.Bila saya ckp abah mcm kucing,abah akn cakap,”Lepas ni keluar xpayah minta apa2,sbb ckp abah mcm kucing’.Saya rindukan semua itu!!! Abah baik.Mak kata jarang nak jumpa suami yang klu lapar mlm,masak sendiri,xminta isteri masak.Abah pandai masak nasi Bukhari.Saya dahulu xsuka krn klu abah datang mood nk masak,mesti nasi itu menjadi santapan.Sekarang saya rindukan keenakannya.Sehinggakan di Mesir,jika tiba giliran saya untuk masak,Nasi Bukharilah menu utama.Abah sporting.Dia tak suka orang minta,biar dia bagi sendiri,kita just bagi hint je.Cth,klu nk mkn McD,kt sebut bnyk kali ttg McD,lg 5 minit,confirm kereta akan berhenti di hadapan McD.



Mak,Robiah bt Awang Senek.Thn ini msk 43.Ada 3 pggilan utk mak:Ibu,Mak,Ma.Mak,bagi sya seorang perempuan yg perfect.Shes good in cooking,sewing,’shopping’(as she was born wth tht). Mak jenis yang bekerja sambil cakap.Mak up-to-date.Saya dgn mak mcm dgn kawan.Semua benda mak tahu,not even single kuman mak tak tahu(bt theres certain tht I must keep it as a hush2).Mak tabah dan penyanyang.Pernah suatu hari dia pergi Avon( xbw saya,geram!) dengan adik .Dia beli perfume.Dahlah adik saya baru darjah enam.Saya pun menyuarakan ketidakpuasan hati saya(its not I’m jealous,bt its not a r8 time 4 her,adik)Mak kata dgn nada lembut,”nanti klu hang ada anak,hang akan tahu.” Saya rindukan karipap mak.Masa awal tahun di Mesir saya cuba buat karipap,kwn2 saya suka.Alhamdulillah!Saya sekarang ialah kerana acuan ibu sya.Dari kecil dia amat menjaga penampilan sya.Jadi smpai sekarang saya terkesan dgn didikan beliau.Ibu selalu nasihatkan hidup jgn menyusahkan orang.


Ainaafina,adik pertama bawah saya.Thn ini ambil PMR.Seorang yang ceria.watak seperti seorang lelaki,suka kereta sport,tidak suka kelas tambahan sehinggakan pernah bercadang untuk lari rumah.Seorang yg pendiam,ttp jgn bagi dia gelak,nnti dia blh lupa diri.Seorang yang pandai,taat,cepat tersentuh dan pendam.Beberapa jam sebelum ke KLIA,saya minta maaf,dia marah sya (dan kutuk saya)sambil nangis.Sya selalu sakat dia sbb dia comel dari saya.Nama panggilan:Bam2.Duduk asrama 6 bulan,slps itu tukar sekolah (sek.18),ibu hantar stp hari,sbb Fina xtahan duduk jauh.



Iylia Balqis,adik bongsu saya.Seorang yg buat kerja ikut mood,kena dpujuk dan agak degil.Tetapi dia baik.Tak suka tanya saya apa2 krn menyangkakan saya tak tahu,dia shj yg tahu segala2nya. Tetapi dia suka ikut apa yang sya buat.Seorang yang sukakan kerja berkumpulan,senang cerita org kuat prsatuan.Likes to explore everything.Di rumah,ibu kata,klu ada barang rosak,ibu akan tanya 2 orang:saya dan dia.Baru memasuki Tingkatan satu.Tidak duduk asrama kerana ibu dan abah risau pada dia.Jadi,dalam keluarga,saya shj yang bertahan duduk asrama sehingga Form 4.Tetapi,Balqis seorang yang memang sekepala dgn saya.Xsabar nk tggu dia besar bila boleh ceritakan segala-galanya pada dia. Kedua-dua adik saya sekarang bersekolah di Sek Men Keb.Agama sek.18,Shah Alam.




Pengalaman paling manis dengan keluarga ialah menunaikan umrah dgn keluarga.Sya rindu pengalaman itu…mak,abah,Fina ,Balqis!!!


(tempat Nabi Ismail hendak disembelih bapanya.)




(di Jabal Magnet)



(rindunya lambaian Baitullah)

Ala kulli hal,syukur kpd Allah krn memberi kami peluang untuk meziarahi rumah-Nya dan Rasul-Nya.Sesungguhnya ziarah ini bkn shj membawa seribu barakah bahkan merapatkan ikatan keluarga.Berbaktilah kepada mereka sementara nyawa dikandung badan.Wallahualam.

1 comment:

  1. salam.betul apa hang ckp pasal abah tu.sejak hang takde kurang 1 kepala makan so dah byk kali dapur ni tak masak,apa lagi makan kat luar la(tak leh bgtau yg selanjutnyer)jgn mare yer.apasal saya punya sikit jer abah punya banyak mana aci,hang tukar blk tp ingat tulis yg lok2 aje yg buruk2 tu tak bole yer.byebye salam.

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com