Pages

Monday, June 21, 2010

Perubahan Berhikmah

Hurm,tajuk saya pada kali ini menyentuh sedikit tentang perubahan. Kalimah ‘perubahan’memang kelihatan agak biasa tetapi mengandungi makna yang mendalam dan sering dikatakan berdiri seiring dengan kalimah ‘Hijrah’. Saya yakin para sahabat maklum tentang perkara ini. Mari kita bincang sedikit ada apa dengan perubahan?
Ramai orang berubah dari baik ke buruk.Tidak kurang juga yang berubah dari buruk ke baik.Apa yang penting di sini( sms taip,teringat lagu tema Wonderpets) ialah niat.Niat itu penting kerana dengannya sesuatu perubahan itu dapat berterusan,insyallah. Aspek2 lain yang tidak kurang penting juga seperti :Mengapa seseorang itu berubah?Apakah pucanya?Siapakah yang mendorongnya?
Jika kita hendak membuat sedikit perubahan ,kita perlu consider tentang banyak aspek, penerimaan orang.Penting itu.Memanglah kita tidak perlu mengikut kata orang.Tetapi adakah kita dapat tahan dengan kata2 yang datangnya dari organ yang tidak bertulang ini? Takut2 perubahan ini tidah berkekalan . Penerimaan orang,termasuklah para sahabat,keluarga dan kaca mata masyarakat sendiri.Jadi sering2kan kita tanya diri kita,adakah perubahan yang bakal dilakukan ini kullu khair atau akan membawa fitnah?
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Alhamdulillah,setelah hampir 10 bulan saya di bumi anbiya’. Diri saya sedikit sebanyak telah ditarbiyah.Dan saya yakin ini semuanya kerana dorongan dan nasihat para sahabat yang tidak jemu2 mengingati saya. Saya boleh menerima sesuatu nasihat tetapi yang berhikmah dan tidak memaksa.Saya ikut flow. Semua yang berlaku adalah kerana Hidayah Allah.Pernah suatu ketika dahulu,saya terdengat kalam ini,” Hidayah Allah ….ada yang merangkak..ada yang berjalan…dan ada yang berlari.”
Kini saya mula beralih ke pemakaian tudung labuh.Ada juga terdengar kata2 yang menepis cuping telinga…kata2 yang tidak menyetujui perubahan saya. Mengapa?Mungkin mereka tidak faham mauqi3 di sini,keadaan di sini. Betapa beratnya saya tanggung setiap kali dipanah mata makhluk yang bernama ‘lelaki’. Mungkin ini,ttidak saya rasa ketika di Malaysia.Tetapi di sini lain.
Niat….?Alhmdulillah,niat saya ikhlas,tidak dipaksa dan tiada pula rasa dipaksa.Niat saya hanyalah kerana mengikut syariat Allah,bukan kerana sesiapa. Saya mengambil masa lama juga untuk berfikir dan menerima perubahan ini.Bukanlah saya tidak biasa bertudung labuh.Di Malaysia , sejak Tingkatan 1,saya bertudung labuh sehingga saya menduduki SPM.Tetapi hanyalah diaplikasi di alma mater sahaja. Sejak melangkah kaki ke sekolah menengah,saya banyak belajar dengan cara melihat.Lebih2 lagi kerana saya duduk asrama.Rata2 kawan2 saya apabila di luar sekolah,’tudung bawal’ lah pakaian mereka.Jadi tiada suasana tudung labuh.Dalam keluaraga saya sendiri,mana ada yang memakai tudung labuh.Mana ada.Setahu saya…seorang,isteri sepupu abah,bekas pelajar di university di Morocco.Para sahabat,doakan sya supaya perubahan ini kekal.Takutnya …gerunnya saya pada kalimah’istiqomah’.

Isu Niqab.Ada sahabat saya yang mengusulkan pemakaian niqab kepada saya. Bukanlah saya menentang.Tetapi,ingin saya tegaskan di sini tentang NIAT. Niat penting untuk kita beristiqomah dalam segala hal. Jika saya menerima cadangan beliau.Adakah saya memberi peluang kepada diri saya untuk berfikir mampukah saya beristiqamah?Saya tidak menyukai istilah ‘on-ff’. Din sini pakai,Di certain places,buka.Apa ni??!!! Sekarang ini niat saya,jika saya menerima pemakaian niqab ialah kerana kecantikan. Saya amat tertarik dengan watak utama,Aisya dalam filem Ayat2 Cinta.Saya khuatir,jika saya pakai niqab kerana saya ingin menjadi seperti Aisya,saya takut ia tidak mampu berterusan.Jadi,biarlah masa yang menentukannya.Perkara ini tidaklah menjadi suatu kewajipan mahupun paksaan.Bahkan ia adalah pilihan yang setiap orang berhak memilih.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com