Pages

Friday, June 25, 2010

Sudahkah anda merancang ???


Salam...dgn nama Allah yg maha pemurah dan maha penyayang.

Di kesempatan ini saya hendak megucapkan semua ahli PMUI,khususnya para ajk yang terlibat menjayakan Hari Keluarga PMUI yg julung2 kali diadakan.alIttihad Quwwah.Setiap kerjasama pasti dimudahkan jalan oleh Allah.

Saya di sini sebenarnya hendak meminta para pendapat sahabat sekalian tentang apa aktiviti yang sahabat rancang untuk cuti sekarang ini.Adakah kita akan biarkan cuti itu berlalu sahaja? Atau sahabat telah memenuhkannya dengan aktiviti2 shg tiada langsung ruang untuk sahabat bernafas? Adakah masa untuk kita mengabdikan diri kpd yang Esa?Adakah ruang untuk berseronok bersama sahabat2 yang lain,keluarga?

Semestinya sahabat telah merancang scr mendalam...saya harap. Seperti saya dan sahabat 2nd batch Kuliah Ulum Islamiah,khususnya ARB.Selesai sahaja imtihan(exam),kami telah merangka perancangan yang padat tapi menyeronokkan.Walaupun tidak sehebat 1st batch,at least we tried to become one.Hadaf utama kami ialah memantapkan bahasa arab dan ukhuwah atr kami di samping mengikut nasihat doctor2(our lecturers).




Sebulan(JUN) adalah masa untuk kami bercuti,menenangkan minda..tp bkn cuti khalis.Kami melawat ke tempat2 yg doktor sarankan.Bkn sahaja melihat keindahan ciptaan Allah,kami juga meningkatkan bahasa kami dengan bermuamalah dengan para Misriyun.Tetapi,maklumlah bahasa Ammi shjlah yg meningkatnya. Kami pergi Ahram,Ain Sukhnah dll.

Bln Julai kian menyusul,kami tertunggu adakah ada kelas untuk musim panas ini? Ada yang bersetuju,tidak kurang juga yang menggeleng2. Tidak mengapa,seperti status sahabat sya'Tajdid Niat'. Kita tajdid niat kita,apakah hadaf kita.Kadang2 saya pun terlupa.Jadi itulah gunanya sahabat.Jadikan sahabt sbg medan menegur,merapatkan ukhuwah,bukan merenggangkan ikatan yang sedia ada.Bulan Julai,kami berbincang akan mengadakan sesi 'story telling' tapi semuanya buku B.arab.Tapi atr hadaf(tujuan) saya selain memantapkan bahasa adalah untuk menghabiskan stok2 buku semasa ma3rad(pameran) buku thn lps. Thn dpn stok lain,so la budda kena habiskan.Kami akan mencari kalimah yang susah dan jarang jumpa dan akan dibentangkan kpd rakan2 stp jumaat bersama tasrifat nya.
Akan ada juga sesi sehari berbahasa Arab,spt yg drancang Dr.Hamdi,siapa yang gagal kena bayar rubu3(25 sen).Nmpk sedikitkan,cuba klu bnyk salah,hitung2...lepas bas ke Jami2 Azhar.
Bulan Julai juga akan bermula kembali kelas AlQuran di rumah ARB.Dan saya kira kesemua akhawat telah maklum.Dan saya amat berharap kejadian yg lalu tidak berulang.Tiada masalah untuk saya mengulangi kembali nasihat hatta seribu kali pun,tetapi laratkah sahabt mendengar perkara yang sama?

Cuti ini saya ke Talaqi Sheikh Ahmad.Nmpaklah perbezaan dgn ketika mula2 saya mengikuti kelas s.Ahmad.Dahulu saya hanya mampu ternganga apabila Sheikh berlawak,kini saya mampu ketawa sama.Alhamdulillah.
Saya juga mengikuti kelas akhbar alAhram di rumah ARB sendiri yg diajar oleh warden kami yang juga akan pulang ke Msia.
Saya sedang mula belajar Khat.Salah satu perkara yang suka sejak menjejakkan kaki ke bumi Anbiya' ini.Ada 5 jenis Khat dan Insyallah saya akan belajar satu2.Yang sedihnya saya akan belajar sendiri,tanpa guru.Kerana tmpt belajarnya ada cuma masa tidak sesuai,nnti ada masalah dengan musyrif dsbgnya.Tapi,terima kasih kpd akhawat Selangor yang sudi meminjamkan buku2 khatnya untuk saya belajar.
Cinta saya pada lukisan tidak pernah pudar walaupun saya tahu saya tiada bakat.Tetapi saya percaya,bakat boleh dipupuk jika ada minat yang mendalam.Sekarang,jika ada masa saya cuba praktis dengan melihat kartun2,dan saya tiru.Pilihan saya anime,sebab saya sukakan matanya yang besar.
Cuti ini juga sya mencuba menghafaz AlQuran.Bkn shj kerana ianya madah utk sem akn datang ini.Tetapi,krn kita ini muslim dan juga sebagai medium untuk berdakwah.Gerun saya untuk membaca akhbar2 Msia,brita2 di TV,semuanya mempamerkan keganasan,kepincangan agama dan politik.Dan dgn AlQuran juga kita boleh banteras semua itu.

Cuti ini juga,saya memantapkan apa yang seorang perempuan should do,should be expertd in. Alhamdulillah,saya teringin untuk menjadi seprti ibu saya yang serba boleh,memasak,menjahit,bergaya,bermuamalah.Sehebat abah berpidato,merancang.Alhamdulillah,kedatangan saya di sini tdak sia2 apabila saya melihat perubahan diri saya cenderung ke arah itu.Cuma memerlukan sedikit perisa iaitu ikatan ukhuwah dari para sahabat sekalian.

Akhir kalam,selamat pulang kpd rakan2 AQ dan 1st batch.Semoga kepulanganmu membawa seribu erti kpd Msia,menghilangkan seribu rindu kpd keluarga,menanamkan serindu kami kepadamu(tp,xdelah sampai suruh bw blk seribu lemang...klu blh apa salahnya) Doakan kami di sini menyambut musim panas dan Ramadhan yang pertama.I/Allah kullu khair,bizniLLAH.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com