Pages

Sunday, August 1, 2010

SeminarPolitikIslam



Salam,
Susahnya hendak mencari masa kosong untuk menulis.Alhamdulillah,blk shj Talaqi dengan Sheikh Ahmad di Masjid Azhar,ada juga masa terluang.Walaupun tahu esok ada kelas matan Ajrumiah,dan kena tidur awal spy tidak mengantuk ttp kwajipan harus dlaksanakan.

Seorg shbt dari Morocco yg akn pulang ke Msia telah transit di sini,Mesir selama 3 hari.Cadang nak bw dia makan Aruz Mandi,ttp skrg dia sdg jaulah di Alex(Iskandariah). Hidayati mesti sdg sibuk dgn prog KEKAL di Asyir.

Aku dan sahabat tlh dlantik utk mengendalikan USMB,prog utk menyambut kedatangan adik baru.Aku memegang bhg Penerangan dan Informasi.Kerja ini,klu x salah ada kena mengena dgn slide show.Di sini baru kukenal dgn software spt Ulead,SwissMax,Proshow,S.Vegas dan Adobe Photoshop.Bukannya reti pun.Di Msia ,pun selalu kena buat slide show tp guna cara lama microsoft punya movie maker. Almuhim,di Mesir bkn shj aku blj ilmu Islam,di sini juga saya blj ilmu dunia.Bagus,seimbang semuanya.

Baik,Baru2 ini saya meluangkan masa saya sedikit menghadiri SeminarPolitikIslam yang membincangkan 4 kertas kerja.Sebenarnya saya tidak berminat pun dgn politik.Ttp,Alhamdulillah,di sini Allah membuka hati sya untuk sama2 memenuhi Dewan Darul Ehsan di Rumah Selangor,Hayyu Asyir.

Ada 4 kertas kerja yg dibincangkan,dan I/allah,dgn izinNya saya akan kupas satu persatu (tidak scr mendalam) dan moga mata saya tetap segar.Terima kasih kpd sahabat yg setia menemani di sebelah sambil menjahit tudung.Lagu Raihan-Ching Ain memecahkan keheningan malam.



1)APAKAH WUJUD POLITIK DLM ISLAM?


Kertas kerja ini membincangkan kewujudan politik dalam Islam.Islam itu syumul dan kamil.Bab adab bilik air pun amat mendalam dalam Islam,apatah lagi bab yang penting spt politik.
Islam Politik atau Politik Islam?
Jika seseorang mendengar Islam Politik,tentu segera terlintas bhw Islam yg bercorak politik.Tetapi,sahabat,ingat.Islam itu syumul,jadi politik bukanlah satu2ya corak yg dimiliki Islam. Namun,kini manusia terpegun dan mengkagumi politik yang beracuan Barat yg bertunjangkan sekularisme,maka inilah masa terbaik untuk untuk memasarkan produk Islam.
Istilah ‘Politik Islam’ tentu akan segera difahami sbg politik ala Islam yang bertunjangkan Islam dan mengikut alQuran dan asSunnah 100%.
Soalan cepu emas,apakah wujud politik dalam Islam?Islam memiliki konsep yg khas ttg politik.Akn ttp Islam tetap terbuka terhadap pelbagai konsep politik yg sentiasa muncul bagi memenuhi keperluan manusia.Asalkan tidak bertentangan dgn konsep asas Islam.

Konsep Politik Islam ialah:
a)Pemerintah wajib memerintah berdasarkan hukum hakam Allah.
b)apabila itu dilakukan maka kewajipan rakyat utk mentaatinya.

2)Tahaluf Siasi


Definisi: perjanijian persefahaman bagi bekerja sama dan bantu-membantu untuk membina kerajaan dan pemerintahan berasaskan Islam serta digunakan utk tujuan dakwah jangka panjang.

Contoh2 Tahaluf zaman Rasulullah saw.
1.Persefahaman yg dilakukan oleh Rasulullah tehadap kaum Aus dan Khazraj.
2.Perjanjian Hudaibiyah
3.Sistem Himayah

Untuk mendirikan sesebuah negara,memang memerlukan kpd tahaluf lebih2 lagi jika masyarakat berbilang bangsa seperti Msia.Tetapi,mesti mengikut garis panduannya:
1.Mesti dipastikan dasar2 Islam dipertahankan.
2.Tahaluf hendaklah djadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah
3.Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan tahaluf scr mutlak.
4.Mandat penilaian tahaluf dibuat olh Majlis Syura’ Ulamak.

3)Ciri2 dan Prinsip2 ngr Islam

Ramai yg telah mengetahui teorinya Cuma persoalannya adakah praktikalnya dilaksanakan? Jika ia dilaksanakan pun,adakah mengikut alQuran dan asSunnah? Ataupun mengikut acuan barat
Kata syeikh Yusuf alQardawi berkata,” Negera Islam ialah negara yg mengamalkan hukum-hakam Allah.Ttp,tidak semestinya walaupun pemimpinnya Islam,secara tidak langsung negara itu sebuah negara Islam.”
Allah telah berfirman dlm surah alHajj:41.Dan drpd dalil tersebut,kita dpt mengambil beberapa ciri2 apabila kuasa khalifah di tangan kita:
*mendirikan solat
*memberi zakat
*amar Makruf
*Nahi Munkar
*Berserah sgl urusan kpd Allah.

Ciri2 Negara Islam

1)Ngr berdaulat
2)Agama yg diikuti
3)Melaksanakan syariat bagi menjamin 5 asas kehidupan:
*agama
*Nyawa
*Akal
*Maruah dan Keturunan
*Harta benda

Dgn plaksanaan hukum syariah,semua jenayah yg melibatkan 5 perkara di atas dpt dikawal.Undang2 yg sebenar kpd masyaraka.Hukum ciptaan manusiaterbukti gagal memberikan jaminan keselamatan dan kehormatan sebenar.
Hukum Hudud-saya amat geram apabila terdengar ada yg berkata jika hukum inii dijalankan di Msia,ramai yg akan mkan sup tangan,jari.Sebenarnya,bkn semua akn pencuri dipotong tangan.Kita sbg Azhari/Azhariah ini,haris menceritakan perkara sebenar kpd masyarakat agar mrk memahaminya.
4)Kesetiaan kpd Negara
5)Pertanggungjawab dan ketelusan.
6)Amar Makruf dan Nahi Munkar
7)Ngr berkebajikan

Saidina Umar pernah berkata,”Sepatutnya pemimpin mendengar suara rakyat.Dan tidak sepatutnya rakya tidak meluahkan suara mereka…”

8)Syura berparlimen dan Raja Berpelembagaan
9)Keadilan
Dari segi hokum,kehakiman dan hak dan tggjawab rkyat.
10)Kebebasan
11)Persamaan
12)Assyura
13)Ketaatan
Abu Bakar dalam ucapan Khalifah:”Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya,bila aku derhakakan Allah dan rasulNya maka jgn kamu taatkan lagi kpd aku.”



4)Non Muslim:Peranan dan memperanankan mrk dlm membentuk Negara Islam.


“Wahai manusi,Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya org yg paling mulia di sisi Allah ialah orang yg taqwa antara kamu.Sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan maha MENGENAL.(alHujrat-13)

Syarat2 keharusan mdapat bantuan/kerjasama Non Muslim.
1.Kerjasama di atas perkara perkara yg diharuskan.
2.Tidak mengundang bahaya atau mudharat kpd Islam dan umay Islam.
Hak2 mereka.
1.Hak kehidupan scr aman dan bernaung dan kedaulatan Negara.
2.Hak utk menetap dan berpindah dlm Ngr.
3.Hak keagamaan.
4.Hak melaksanakan Muamalah.

Tanggungjawab Non Muslim
1)Melaksanakan pembayaran cukai jizyah,khazraj dan usyur.
2)Tidak membuat penghinaan terhadap Islam.
3)Kepatuhan kpd undang2 Negara.
4)Kepatuhan kpd sistem kehakiman.

PENGETAHUAN FIQH INTERAKSI SEBELUM MMPERANANKAN MEREKA
Syariah Islam sst yg dinamik dan sesuai spanjang zaman,di mana2 tempat. Bagi membumikan Syariah Islam ini memerlukan fiqh Islam sbg suatu usaha ijtihad dlm mentafsirkan nas syarak.Justeru,dlm Fiqh Interaksi dgn Non Muslim ini sewajarnya meraikan beberapa prinsip yg perlu diberi perhatian ,antaranya:
a)Tasamuh/Toleransi
b)Keperluan kpd Fikh Perbandingan Mazhab-agar tidak terikat dgn kefahaman sst mazhab shj.
c)Memahami Fikh alAwlawiyat
d)Meraikan Fikh alKhilaf-agar tidak membawa isu2 Khilafiyyah.
e)Mengenengahkan Syahsiyyah Misaliyyah sbg ikon Muslim yg baik
LANGKAH2 PRAKTIKAL MEMPERANANKAN NON MUSLIM DLM MEMBENTUK NEGARA ISLAM
a)Interaksi Sosial
Msyarakat Msia majmuk sejak sekian lama Cuma ineraksi sosial masih lemah.Oleh itu kerajaan pusat muncul dgn slogan 1 Msia untuk memupuk semangat kemajmukan.
b)Kerjasama Politik
Ayat2 suci alQuran kini mula disebut penceramah Non Muslim di pentas politik.
Muncul dasar yg bersifat Islamik di Pulau Pinang spt Pemerintahan Umar Abd Aziz dan Amar Makruf Nahi Minkar.
c)Memanfaatkan system yg mudah diterima pakai Non Muslim
Sistem Perbankan Islam yg sdg meletup2 dan mdapat higher demand di Malaysia .Sistem Ekonomi Islam spt ArRahn,Takaful dan Dinar Emas meraih keyakina mereka.
d)Peranan Gerakan Islam
e)Media
f)Peranan Institusi Islam
Institusi Dakwah-PERKIM,YADI,IKIM DAN YAPIEM.
Penggunaan Log Halal:Syarikat2 Non Muslim terpaksa menggunakan logo halam utk menebusi pasaran produk Muslim.

Seminar 2 hari,hari pertama,selepas talaqi di Azhar pd sebelah malamnya,sy dan sahabat sempat ke Bazar Kedah.Dpt juga sy mkn makanan yg dh lama idam di Mesir.Alhmdulillah!



Char Kue Teow dan Apam Balik




Alhamdulillah,habis juga.Jam menunjukkan 2.42am.Mata mula kuyu.Nampaknya terpaksa berhenti di sini,Semoga sahabt dpt mengambil serba sedikit input.Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com