Pages

Thursday, May 19, 2011

Ada artis tak di zaman Nabi?


BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Salam semua!! 
Minggu ini Alhamdulillah,Allah masih menyayangi hambaNya ini,hampir seminggu kurang sihat.Biasalah,klu demam dia mmg dtg satu set,mula dgn sakit tekak,demam,selesema dan batuk.Tapi,alhamdulillah,kali ini walau selesema  ,bila makan terasa pahit,masam,manisnya.Biasanya,ibarat makan pizza tu mcm mkn tepung je.


Almuhim,post kali ini lain dari yg sblm ini,,krn kali ini sy akn menceritakan serba sedikit ttg hiburan Arab Jahiliyah,,yg baru shj diceritakan oleh Dr Zack  Dr.Zakaria,lecturer Adab & Nusus. 


Hiburan dan dunia skrg nampaknya bagai tidak blh dipisah lagi,,,olh itu kita kena bijak memilih corak hiburan yg halal dan tidak melalaikan.Jika sekarang anak2 muda kita dihidangkan dgn artis2 Korean,barat dan tak kurang juga artis2 yg ada di Malaysia,begitu juga dengan kehidupan Arab Jahiliyah dulu. Para penyair merupakan penghibur mereka.Jika mereka tahu ada pemuda yg mahir bersyair,maka pemuda itu akn dimuliakan seluruh kabilah tersebut.Kerana syair pada masa  itu boleh meningkatkan darjat kabilah dan juga blh menjatuhkan ssebuah kabilah.Dengan syair yg hebat,nasib kaum dan individu blh terbela.
Anda tak percaya? Baca ni,,,


Dalam suatu riwayat diceritakan bahwa di kota Mekkah ada seorang miskin yang bernama Muhallik, orang itu mempunyai tiga orang puteri yang belum mempunyai jodoh dikarenakan kemiskinan mereka. Pada suatu waktu, keluarga ini mendengar kedatangan al-A'sya seorang penyair Arab Jahiliyyah yang terkenal ke kota Mekkah, maka isterinya meminta kepada suaminya untuk mengundang al-A'sya ke rumahnya. Setelah al-A'sya datang ke rumah miskin itu, maka isterinya memotong seekor unta untuk menjamu al-A'sya. Penyair ini sangat heran dengan kedermawanan orang miskin ini. Ketika ia keluar dari rumah itu, ia langsung pergi ke tempat orang-orang yang sedang berkumpul untuk mengabadikan kedermawanan Muhallik dalam suatu bait puisinya yang sangat indah. Setelah ia membacakan puisi itu, sehingga dalam waktu yang tidak beberapa lama banyak orang yang datang meminang ketiga puteri Muhallik




Syair-syair yang dinilai indah, digantung di Ka’bah, sebagai penghormatan kepada penggubahnya sekaligus untuk dapat dinikmati oleh yang melihat atau membacanya.Contoh penyair yg syairnya digantung adalah spt ZuhairUmru' al-Qais,'Amr b.Kultsum dan 'Antarah dll. Para penyair ini mendapat kedudukan yang istimewa. Mereka dinilai sebagai pembela kaumnya. 

Sampai satu ketika, beberapa penyair hebat ini tertarik dengan Islam. Mereka tertarik apabila Nabi Muhammad SAW membacakan al Quran dan susunan ayat al Quran itu sangat menarik sehinggakan syair-syair karangan mereka kalah dengan bahasa al Quran. Antara penyair yang memeluk agama Islam ialah:



Hassan bin Thabit


Beliau adalah seorang penyair hebat di zaman tersebut dan beliau mampu untuk menuturkan syair secara sepontan.Beliau merupakan penyair di masa hadramain( sebuah karya sastra yang berkembang atau muncul pada dua masa, yaitu Jahiliyah dan  awal Islam.)Beliau penyair yang sangat dicintai Nabi.
Beliau menikah dengan Sirrin, saudara Mariah al-Qibtiah (istri Rasulullah). Pada waktu raja Muqoukis memberikan dua wanita muda kepada Rasululah yaitu Mariah dan Sirrin, Rasulullah hadiahkan Sirrin kepada beliau. Akhirnya dinikahinya. Dari pernikahannya dengan Sirrin, lahir Abdurrahman. Jadi Ibrahim bin Rasulullah itu adalah saudaranya.


Kaab bin Zuhair


Seorg penyair hebat.Tugas beliau ialah menghina nabi dalam syair2nya. Sehingga sampai pembukaan Mekah, Baginda SAW melarang umat Islam membunuh sesiapa ketika itu. Mereka masuk ke Mekah secara beramai-ramai. Tetapi Baginda SAW menghalalkan darah beberapa orang, antaranya Kaab bin Zuhair. Ini kerana penghinaannya terhadap Nabi Muhammad SAW sangat keterlaluan.
 Sebelum memeluk Islam, beliau pernah mengarang tiga bait syair yang membuat nabi murka dan menghalalkan darahnya. Dalam syair itu, ia mencela saudaranya, Bujair yang telah masuk islam setelah bertemu nabi termasuk celaan kepada Abu Bakar as-Shiddiq.
Ketika syair ini sampai ke telinga Rasulullah, beliau berkata, “siapa yang bertemu Ka’ab, maka bunuhlah dia”. Mendengar nabi saw murka, Bujair mengirimkan sebuah surat kepada adiknya tentang sabda Nabi tersebut dan mengajaknya untuk masuk Islam.
Maka ia pun datang ke kota Madinah untuk menyatakan Islamnya dan menemui nabi yang ketika itu sedang berada di masjid. Ia pun menyatakan keislamannya di depan nabi dan mengubah isi syair yang mencela Abu Bakar lalu melantunkan sebuah syair yang keindahannya diakui oleh para pakar bahasa.

Ketika Ka’ab sedang melantunkan syairnya tersebut, Rasulullah memberi isyarat kepada sahabatnya untuk mendengarkan, bahkan Rasulullah lalu memberikan hadiah berupa sebuah burdah. Cerita tentang Ka’ab bin Zuhair diriwayatkan selengkapnya oleh al-Hakim dalam al mustadrok ala as-shohihain, juga disebutkan dalam al-ishobah karangan Ibnu Hajar al-Asqollani dan usdul ghobah karya Ibnul Atsir.




متيم إثرها لم يفد مكبول
بانت سعاد فقلبي اليوم      
مهند بسيف من سيوف الله مسلول
ان الرسول لسيف يستضاء به         
Haa,mcm mana ? Tiba2 saya teringat tuduhan yg dilemparkn kpd nabi Muhammad s.a.w iaitu nabi adalah penyair yg majnun. Dr.Zakaria kata majnun di sini bukanlah bermakna gila ttp apa yg saya faham Dr kata ia berasal dari perkataan jin yg  terlindung dan tidak blh dilihat.Seolah2 alQuran yg dibaca nabi merupakan syair2 yg ada jin yg membantu nabi...Tp Allah tlh berfirman dlm surah Najm:



{ وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) }
Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, (5) 

Saya rasa smpai sini shj jam pun dh pukul 12.01am,,,2.30 nk bgn sbb subuh skrg dh awal,dlm 3.20 dh msk,,,Mlm sekarang makin nk masuk musim panas makin pendek.Kadang2 rasa xcukup 5 jam tidur.Tp,alhamdulillah setakat ni xde la lps subuh tidur krn masih genggam erat kata2 Nabi:
                                                                 "بورك لأمتي في بكورها"
                                    'Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari. ..' 
 Esok pagi mcm biasa,akn melekat 2 jam di meja ping pong,,tgklah klu sifu aku cik Pi nk mengajar screw ke spin atau nk terus aku bertanding..( siapalah kali ini,Uya?Ipah?).Tapi,esok giliran aku msk sarapan.Dh janji ngn bdk2 ni msk nasi lemak.Telur dh hbs,tggl ikan bilis je,ahh,,layan.Yg penting nasi lemak tu ada. Dgr citer Rumah Bakan Selangor nk dtg Sabtu ni,mcm nk buat kuih,,tp tggu org suruh la dlu.Ahad ni ecah ajak pi umah Penang,,isytiroq sana pula. Bnyk betul keahlian aku,KL,Sgor,Pahang ,Penang....Aku pun xtau kenapa aku buat kerja x senonoh ni.Almuhim,kita kena merapatkan silaturrrahim kan,musy keda? 
(amek kat fb,gambar ni xde kena-mengena pun ngn post,,tp ntah aku tertarik,hehe)

Ok la,mlm dh larut,eh dh pagi pun.Mata xngantuk lagi sbb batuk yg asyad menyebabkan badan sengal2.Membuatknku teringt waktu sihat,waktu aku abaikan bnyk perkara...Makin aku selalu berzikir,Alhamdulillah. Semoga sahabat dpt sedikit istifadah,klu nk bnyk maklumat lagi blhlah minta tlg pak cik Google.Dia tahu bnyk benda.Akhir kata,jika ada tersalah taip,dalil..komen la sedikit,xrugi pun,bnyk ilmu tersebar,Jumpa lagi di post akn dtg.

salam
~nisha means night~

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com