Pages

Friday, June 17, 2011

ooo Rasulullah,,,,Ma..



Salam semua,,,

Esok paper Sirah,,Alhmdlh,mlm td dh study group dgn kwn2 shg hmpir pukul 12 mlm. Pagi pula sambung sehingga solat jumaat. Selepas itu saya xsedar apa2 krn dah terlalu tepu dgn sirah,,ghazwah,hisor,yahudi,sulh,mcm2 istilah.Juga membuatkan sy melihat bayangan kwn2 serumah seperti pahlawan perang lengkap dgn senjata,bayangan anak2 para sahabat berlari2 di pasar Ukkaz...dari jauh kurasakan seperti ada gelagat,susuk tubuh kekasih Allah tersenyum melihat keharmonian Islam yg mula bertapak di jazirah Arab,,tp confirm la sy xbayangkan Rasulullah,xterdaya akal saya.

Rindunya dengan Rasulullah,,hampir keseluruhan hidup baginda kami rungkaikan.Namun kata2 Dr Basya tidak sy lupakan,,sejarah yg kt ketahui sebenarnya adalah akhir detik dari akhir saat dari akhir minit akhir jam akhir hari dari akhir bulan dari akhir tahun.Nak katanya betapa sedikit perihal Rasul yg kita tahu,,,Allah.Maka beruntunglah sesiapa yg hidup dlm kalangan Rasulullah,merasakan keindahan Islam bersama baginda..Tp lupakah kita ,kitalah manusia yg nabi rindu? Nabi sering menyebut kita di hdpn sahabtnya..Tapi kita???!

o Rasulullah,,izinkanlah kami memahami sirahmu,spy dpt mengikuti stp perilakumu,sifatmu,akhlakmu.Bukan shj mudah utk kami mjawab soalan paper esok ^0^,,tp juga utk menceritakan ttgmu kpd seluruh manusia di luar sana yg x sempat mdengar ttgmu...Dan juga utk membersihkan namamu di tangan para orientalis dan murtaddin yg sering memutar belitkan sejarah tanpa dalil atau hujjah yg menyokong kata2 busuk mereka.

Esok hari ulangtahun saya,,,yg ke 20.Dah besar dah anak mak ni,,,Ma,walaupun mak tak tahu yg nisha tgh tulis kat blog sekarang ni,sbb nisha xakan bgtaw mak pun.Tp mak kena ingat nisha akn sentiasa ingt kat mak,setiap saat,setiap detik.Nisha akn cuba pgg erat sabda nabi ,' “Tidak akan (sempurna) keimanan seseorang kamu sehinggalah dia mencintai diriku ... '


Nisha dah tak tahan,duduk jauh mcm ni,,Kaherah-Malaysia is a looooong way. Maafkan bila nisha selalu paksa mak kol hampir stp hari,,YM mak,,semuanya duit.Duit! Duit! Maafkn nisha bah,,abah kena kerja spy ada duit.Maafkan nisha krn xpernah berubah.Masih menjadi anak manja,,walaupun ada 2 org adik yg ternyata memerlukan kasih syg mak dan abah,lebih dari Nisha.
Nisha janji akn buat peksa ni sebaik yg mungkin,,doakan spy sem ni dpt lebih dari 5 mumtaz.Ma,,,2o tahun dah nisha jd anak mak.Mesti bnyk dosa,bnyk kali sakitkan hati mak,cakap apa2 yg mengguris hati mak.Tapi,nisha tahu mak akn sentiasa di sisi,,tak pernah merajuk.Tabah melayan kerenah nisha,yg asyik nangis je.Mak,nisha xtahan duduk jauh,Klu x malu dgn kawan2,nisha akn buat perangai lama asrama dulu2,nangis 24jam atas katil. Tapi,nisha tak buat.Nisha tahu,itu salah.Uya pernah perpesan,jangan nangis,,sbb itu memerlukan tenaga dan kita akn mengantuk.Kalau mengantuk mcm mana nk study.Ma,tahulah,,nisha rindukan mak.Stp kali duduk di balcony,dgr bunyi kapal terbang,nisha dh terbayang nak blk Julai ni.Tp hati ini...


Akhir kata mak,,terima kasih krn menjaga nisha 20 tahun ni,,sabar melayan kerenah. Halalkan makan minum nisha.Nisha akn membalas budi mak abah.Ya Allah,peliharalah kedua ibu bapaku.Permudahkanlah urusan mereka,,Ya Allah,jadikanlah kami kekasihMu yg x lupakan jasa mereka kelak ketika mereka memerlukan kami..


Mak,,,kol la,,

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com