Pages

Wednesday, January 11, 2012

Hidup ni mcm buat kek,,


Qutuz menceritakan kepada ibunya bagaimana kesemuanya tidak seperti yang diharapkan…sekolah,kawan2,kesihatan,kerja rumah dan sebagainya.
Si Ibu sedang menyediakan barang2 utk membuat kek. 

Dia bertanya kpd anaknya,” Qutuz,nak rasa tak?” Qutuz mengangguk.

“Nah,rasa minyak ni sikit.”  * “Mama,yuck” jerit Qutuz.
“Macam mana dgn telur ni?” * “Mama,geli!”
“Abis tu,sayang nak rasa tepung? Atau  mentega ni?”
“Mama,semua tu Qutuz tak nak! Geli,,,”

Si Ibu, tersenyum,tangannya mengurai lembut rambut anaknya,” Ye,Qutuz.Semua ni geli,xbagus .Tapi,bila kita gabungkan semua,letak pada tempatnya,kena dgn cara,,,,nanti akan jadi kek yang sangat sedap! “



Allah pun macam tu.Banyak kali kita fikir kenapa Allah timpakan kita pelbagai kesusahan,ujian.

Sebab,,,
Allah tahu bila Dia meletakkan semua kesusahan mengikut perancanganNya,ianya semua kerana kebaikan.Kita kena percayakan Allah,sebab semua kesusahan itu akan menghasilkan sesuatu yg indah!
Jika kita merasa susah dan sedih,Nabi menganjurkan membaca doa :  

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ  إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيم     

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan AllahPengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com